PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label sambal dan kerabu. Show all posts
Showing posts with label sambal dan kerabu. Show all posts

Monday, February 06, 2012

Sambal Ijo(hijau )Padang


Siapa suka makan makanan padang,mesti suka sambal ni.So u'ols, disebabkan Ell pun dah lulus test bikin sambal ijo ni,n rasaya sangat mabeles..Ell nak share dengan u'ols ekk.hehe bukan nak puji diri sendiri eh...cuma dah dikaji dan diuji...rasanya tidak mengecewakan..makanya bolehlah dikongsi.

Oh ya,ini bukan pertama kali..malah entah keberapa kali Ell buat sambal ijo ni.Agak kerap jugak la memandangkan anak sulong Ell pun dah jadi peberet die jugak.


BAHAN-BAHAN:-
5-6 Biji lada hijau
5-6 Biji cili padi hijau
Bawang merah
2 Biji lada merah 
(kalau nak kasi kalerful. optional eh tak guna pun tak pe..sebab namanya sambal ijo kan)
sehelai daun limau purut
1 Biji tomato hijau (kat sini Ell guna yang hampir nak masak) dihiris
1 sudu gula
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis




CARA-CARANYA:-
1.Tumbuk kasar lada hijau,cili padi,lada merah dan bawang.
2.Tambah tomato dan lenyek-lenyek.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi serta daun limau purut.
4.Bila minyak dah naik,tambah garam dan gula.

 5.tambah air anggaran sesenduk besar.bukan sudu eh.

6.Biarkan sebentar sehingga agak kering dan naik minyak.
nampak gambar ni,tengah menggelegak..blup blup blup..hehe

Ok,dah kering macam gambar atas sekali tu bolehlah tutup api dan hidang dengan nasi panas.Lawan dengan ayam penyet sangat sesuai.Kalau ada pucuk ubi celur pun mantap di buat colek.Kalau tidak pun ulam timun dah cukup.

Ini gambar lama saja nak share.Yang terbaru Ell modified letak lada merah.Oh ya,ubah lain sket boleh tambah kentang dan ikan bilis tamban..u'ols boleh tambah jugak sotong.Ikut selera lah eh,tapi bahan asasnya sama je.Kalau nak bubuh sotong tu,seeloknya celur sekejap sebab sotong ni selalunya keluar air banyak bila masak..nanti dia tak kering n tak best.

Cer try...mesti u'ols nak buat selalu.Asik nak sambal belacan aje.Sekali sekala masak masakan padang sendiri kat rumah.Ell tengah belajar cara nak buat ayam goreng die yang berbumbu(rempah) tu.bukan yang biasa..yang serbuk2 tabur atas ayam goreng tu.Kalau dah pass Ell post kat sini share dengan u'ol ya.Til then tata....


Sambal Ijo(hijau )Padang

Thursday, November 03, 2011

Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis~


Hmmmm..(mengeluh) susah betul jadi manusia kalau tak mengeluh ekk.Tapi Ell ni bukan mengeluh tak cukup makan ke apa.Bukan juga tak bersyukur dengan rezeki yang ada,cuma susah sungguh nak commit dengan blog ni.Lagipun sebagai surirumah sepenuh masa macam Ell ni,tak ada banyak perkara menarik yang nak dikongsi...

Yang ada ini ler die,resepi.Tapi resepi2 biasa takyah lah Ell kongsi ye.U'ols pun rasanya dah tahap master kalau bab2 masak asam pedas ke,kek coklet ke jemput2 ke kan...Yang di posted hanyalah resepi yg jarang dan tak berapa biasa...So,tak berapa banyaklah koleksi 'LadyEll's Recipe' dalam blog ni,Bukanlh pulak blog memasak katanyakan...Ini blog caca marba.:) Apa saje 'bout "Life of LadyEll'..ngeee



Ok,hari ni tayang resepi ibu mertuaku yang simple tapi sedap.Sedaplah pada tekak i'ols ni..:P
Memula dulu rasa macam pelik la,yelah..tak pernah dengar pun sebelumnya.Orang biasa guna bunga kantan ni tuk campur dalam asam pedas ke laksa ke gitu kan.Tapi bila dah pandai makan tu,alamak aiiih,rasa sangat sedap lah pulak.


BAHAN-BAHAN:-

Bunga kantan 3-4kuntum cukup.(dibelah 2atau 3,ikut besar bunga.dihiris kasar sedikit dari bunga rampai)
segenggam ikan bilis
2 labu bawang besar
5 batang lada merah
5-6 batang cili padi
belacan bakar
air asam jawa


CARA-CARA:-

1.Goreng ikan bilis ,ketepikan
2.Panaskan minyak,tumis bawang besar beserta cili dan lada merah.Kemudian masukkan belacan 
3.Apabila bawang mula layu,masukkan bunga kantan.
4.Kacau sebati dan tuangkan air asam jawa.rasakan garam nya .
5.Tutup api dan dihidang bersama ikan bilis tabur diatasnya.Pastikan ikan bilis tabur time nak makan ya,sebab baru sedap rasa ikan bilis rangup.


Ok,u'ols..yang mana suka bau2 n rasa bunga kantan tu boleh lah terai.
selamat menjamu selera...:)



Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis~

Thursday, October 20, 2011

Urap Pegaga~


Urap pegaga ni Ell memang suka sangat.Tapi tak reti nak buat.So kali ni takde malu2 request kat mak mertua nak makan urap pegaga.Tapi bahasa cover arr sket kan..cakap lah nak belajar sambil puji urap pegaga mak sedap...:)
Makanya hari ni dah perturun ilmu,Ell nak share ngan u'ols pulak ye.

BAHAN-BAHAN NYA:-

daun pegaga


4-5helai daun cekur yang muda

sehelai daun kunyit

(3bhn ni dibersihkan dan dicuci.pastu tos kasi kering.Kemudian dihiris halus )



1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar cili kering kisar(option)
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan tos*
1 1/2 cawan ikan bilis*
3-4 biji cili padi*
 isi cekur*
 kunyit hidup*
halia*
sebatang serai dihiris* 1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*
(*ditumbuk lumat)


CARA-CARA NYA:-


1.Tumis semua bahan tumbuk tadi,termasuk cili kering kisar.
2.Biarkan sejuk sekejap.
3.Gaul dengan kelapa parut dan daun pegaga tadi bila nak hidang.

Perrgghh! tak sedar diri Ell meratah sepinggan sorang.




Urap Pegaga~

Thursday, May 19, 2011

Kerabu Kerang Pucuk Paku~

Lama dah tak post n3 resepi masak memasak ni.Maklumlah..zaman sekarang ni ramai dh yg pandai memasak tahap master.Kalau resepi yg ala2 je tu malas ah nak publish..buat segan je.Coklat kek ke,ciskek ke,cupcake ke...Org lain lg dh expert.Tapi resepi hari ni Ell rasa lama dah tak buat..Ramai jugak yg tanya camner nak buat kerabu pucuk paku ngan kerang ni.So,Ell publish kat sini biar d'ols refer ke sini je .Senang kan.

Tu diaa..lebih kerang dr pucuk paku.Pasal tu nama dia kerabu kerang pucuk paku.Kalau kerabu pucuk paku dgn kerang...dh tentu pucuk paku lebih bnyak dr kerang..hahaahah gasak ler,korang paham ke.


1 Ikat pucuk paku perak(mcm dlm gambar yg digoogle ni) 
1 Genggam taugeh
Sebiji limau nipis
4 Sudu besar santan pekat
1/2 Kilo kerang
(rebus sebentar & buang kulit)
3 Sudu besar kerisik
Gula dan garam

DITUMBUK (mcm sambal belacan)
3 Biji cili merah
3-4 Biji cili api
(tambah jika ingin pedas)
4 ulas bawang merah
2 Sudu besar udang kering
(disangai)
atau gantikan dgn belacan

CARA MEMBUAT:-
1. Siang dan Celur pucuk.Begitu juga taugeh, sebentar sahaja.
2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang


Ok,SELAMAT MENCUBA
Ell meratah mcm tu je...ini jam ai tak layan nasik..heheh


Kerabu Kerang Pucuk Paku~

Tuesday, July 06, 2010

Ubi Rebus + Sambal Tumis Special


 
Pagi ni Ell sarapan ubi rebus yg empuk cicah sambal tumis ibu mertuaku.Fuh! lazatnya..sehingga menjilat jari gitu.:)
Sebab apa Ell kata sambal tumis ibu mertuaku? Sbb,sambal die lain sket dr lain.Mak mertua Ell ni,kalo ubi rebus..sambalnya mmg ada special sket.Kalo ada ubi rebus,mmg ini ler sambalnya.Kalo nasik lemak,nasik lemak punya sambal.. dia mesti campur udang halus ngan ikan bilis.Kadang2 sambal sotong kembang.

Ok,sbb apa Ell kata special? Sbb,dia campur semua jenis lada utk sambal tumis ni.Pastu tumbuk jgn sampai lumat sangat.Allamak aiiii..tu yg sedddappp!

Bahan2:-
4 biji lada hidup merah
4 biji lada hidup hijau
4-5 biji cili padi
sesudu lada kisar/lada boh
belacan bakar
ikan bilis (kalau dh halus,takyah tumbuk)
gula
garam
sekeping asam gelugur/keping
minyak utk menumis

Cara2:-
1.Tumbuk sampai hampir lumat semua bahan.
2.Tumis mcm biasa buat sambal tumis.
3.Tabur gula dan garam,kemudian asam keping.rasa
4.Tutup api dan bolehlah dicicah dengan ubi.

Pastikan ubi dah siap direbus...

Ell penah terai,tp tak sesedap yang mil buat.Mmg nak kena air tangan dia jugak...hehe.









JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)





Ubi Rebus + Sambal Tumis Special
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...