(Selamat menghayati hari Israk Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,( kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
*harap 3 entry megenai Israk Mikraj sebelum ini,akan mendatangkan keinsafan kepada diri kita,disamping berusaha meningkatkan tahap keimanan.
*Sesama kita saling memperingati kerana ada juga terdapat balasan bagi orang-orang yang sering mengingatkan orang lain,sedangkan dirinya sendiri dilupai...Masya'allah..(u'ols pun tolong2 ingatkan Ell ya.sebagai manusia kita memang selalu lupa dan leka)
*Sesama kita saling memperingati kerana ada juga terdapat balasan bagi orang-orang yang sering mengingatkan orang lain,sedangkan dirinya sendiri dilupai...Masya'allah..(u'ols pun tolong2 ingatkan Ell ya.sebagai manusia kita memang selalu lupa dan leka)
10 comments:
salam israk mikraj ell
Good information...salam Israk mikraj yer...:D
bagus la info nieh elle...rase best membaca lagi2 time cuti nieh...selamat menyambut israk mikraj to u too...
salam...
TQ for the info dear....
salam Israk mikraj dear...
salam israk mikraj ell..
neezareef>>>
salam israk mikraj kak..kat johor tak dapat cuti israk mikraj ekk.
gieyana>>>
tq n salam jugak.
cheryna pires>>>
hai sha...salam israk mikraj yer..kat N9 cuti yer..bagus ekk
mummysya>>>
sesama kita share info kan..
salam jugak yer.
Dee>>>
yer,mekasih eh.arini tak cuti ke..?
puasa x arini?
atune>>>
puasa? aku mabuk budak la tun..niat hati mmg nak puasa..tp tak kesampaian. :(
thx for these info...
saling ingat mengingati amalan yg mulia :)
rasp>>>
siapalah ell ni nk menasihatkan orang kan...sekadar mengingatkan diri sendiri je sis..:)
Post a Comment