Friday, October 19, 2012

Kek Pandan Marmar~(resepi)


Assalamualaikum..


Ok la,nak share resepi lagi boleh? nak kata Ell ni pandai sangat tu tidaklah jugak...cuma ada sedikit karajinan je.Itu semua sebab anak2...kalau tak kerana anak2 yang selalu merengek nak bende2 pemakan ni,rasanya malas jugak Ell ni.:P Lebih2 lagi anak yg no 2 tu.Dia suka sangat tengok rancangan masak memasak.Kalau ada agak die terbekenan tu,mulalah die meng'oder'.Kadang2 tak mengagak...baru tengok 2minit kat tiwi, nak haritu jugak siap kat dapur rumah dia.Sedap dia je mengoder.Kalau bahan2 ada,boleh lah layan..tapi kalau bahan tak de...boh layan..:D Kalau tak kerana tengok tiwi,nnt dia sesaje tanya,"petang ni mama nak buat apa?" Ok,dia memang suka makan waktu petang.

Kuih ni namanya seperti yang bertajuk diatas,,:)

Cara buat pun senag je,

BAHAN2:-

4biji telur
100gm gula pasir halus
1/2 sudu besar ovallete
125gm butter dicairkan dan disejukkan
2 sudu besar susu pekat manis
100gm tepung gandum **
1/2 sudu teh baking powder**
** digaul dan diayak

1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco

CARA:-
*Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170'c*

1.Dalam mangkuk mixer,Putar gula dan ovallet sehingga rata.Masukkan susu pekat manisdan telur satu persatu dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang,pekat dan gebu.(anggaran dalam 10 minit)

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan perlahan.

3.Tuangkan butter yang telah dicairkan tadi.Gaul dengan spatula hingga sebati.

4.Adunan dibahagi 2atau 3 bahagian sama banyak.Satu adunan dicampur esen vanilla,coklat emulco dan serbuk koko.Satu lagi adunan diletak pandan paste dan satu lagi biarkan plain.(optional)

5.Griskan loyang dgn marjerin.Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.

6.Bakar pada suhu 170'c selama 40-45minit,atau sehingga masak.

Kek ni nampaknya macam padat,tapi percayalah teksturnya lembut dan sedikit lembab.Kalau nak mencuba..silakan.





Kek Pandan Marmar~(resepi)

Thursday, October 18, 2012

Roti Naik kesukaan ramai(keluarga saya)~resepi


Bismillah...
Hari ni Ell nk kongsi resepi roti naik.Roti yg dari dulu sampailh sekarang memang tak jemu2 dn menjadi kesukaan fmly.Kalau dlm sebulan tu,adalah 4-5x mak mertua Ell membeli.Sebab dia lh yg paling suka cicah kupi. :)  Tapi bila time malas nak membeli, kemain lama baru beli lagi.Bila dh beli,asyik lah memebeli...heheh berbelit2 lidah korang?.Ada sahabat tu kata,roti klasik,mmg sgt sesuai utk bonda mertuaku yg klasik.



Ok,sebenarnya seumur hidup Ell tk pernah menguli doh roti.Hari tu mmg cubaan pertama yg hebat.Dengan takde tepung roti,gigih jugak guna tepung gandum.Orang kata boleh guna tepung gandum,kita buat jugaklh kan...
Nak buat ko tak menyukat dulu...sekali tepung tak cukup daaa...tp tak bnyk kurang,agak2 dlm lagi sesudu tepung tak cukup.Nekad jugaklh nak bikin kan...alang2 dh separuh jln, baik teruskan sampai kesudah.

Bahan2 dan cara nk buat tu senang,tp kene ambil bnyk masa.

BAHAN2:
(A)
1 bungkus yis mauripan 11gm
1/2 cwn air
1 sudu besar gula.


(B)
2 sudu besar marjerin dicairkn.


(C)
1cwn gula
1/2 cwn air panas
-Ell guna fresh milk,jerang atas api,jgn mendidih.Tambah 4 sudu gula.


(D)
3 cwn tepung gandum + 1cwn tepung gandum(utk xtra)

mungkin u'ols boleh tukar tepung roti utk bahan ini.

dan sedikit pewarna kuning.(utk membangkitkan warna)

CARA:-
1.campur bhn (c) dn sejukkn.

2.campur bhn (a) ,kacau dn biarkn seketika hingga brbuih.


3.sediakan mangkuk besar,masukkn tepung dn buat lubang ditgh2.


4.masukkn bhn A,B,C dan pewarna kuning.Gaulkn dn uli sehingga tidak melekit.Kalau melekit,tambah sket2 tepung xtra tadi sehingga tidak melekit.Uli doh dgn tangan sehingga kenyal lebih kurang 45 minit.Kalau ada bread maker senang set je.


5.Tutup doh didlm mangkuk dgn tuala atau cling wrap.Biarkan terperap selama 45minit,sehingga doh naik 2x ganda.


6.Setelah doh naik,tumbuk doh utk membuang udara.Bahagikan doh kpd bulat2(60gm-70gm) kecil yg sama saiz.


7.Susun didlm loyang,jarakkn sedikit.Kemudian tutup semula dgn tuala selama 20 minit.


8.Kemudian bakar roti dlm oven pd suhu 180'c,selama 20 minit.




9.Setelah masak,keluarkn dr oven dan sapukan marjerin ketika roti masih panas.Kemudian taburkn gula.

Itulah hasilnya..Eh tak sempat sejuk roti tu..anak2 dah serbu dulu.Ehem paling kembang bila mak mertua tanya kat anak2 dalam bilik,tapi i terdengar u.."sedap mama buat roti?" anak2 jawab spontan berjemaah sedap...pastu mak mertua makan dua biji.:)




Ok,Selamat mencuba...
*Kegebuan roti brgantung kpd berapa lama kita menguli dn perap.jgn lebih dr sejam.
*Sambil2 tengok tiwi tu boleh buat keje2 menguli.

*Sebenarnya loyang apa nak guna,terpulang kepada u'ols.Kalau loyang bulat biasa,boleh tambah 1-2 bun lagi.





Roti Naik kesukaan ramai(keluarga saya)~resepi

Friday, October 05, 2012

Aku dan Diet~episode 4

Sambungan..

Ok,kalau berdiet ni antara perkara yang penting kita harus ambil perhatian ialah kadar penurunan kita.Tak kiralah berdiet cara apa sekalipun...make sure perhatikan 2 perkara ni.Berat badan kita bertindak dengan 2 cara.
1) BERAT BADAN KITA AKAN TURUN 
2) PROSES SHRINKING..DIMANA UKURLILIT AKAN MENGECIL.

Dan sebab itu,kita kene ambil ukurlilit dan berat kita sebelum kita berdiet.Kadar metabolisma setiap orang kan berbeza2...Ada yang turun berat dulu,ada yang ukurlilit mengecil dulu.


Ini rekod Ell semasa berdiet.Asalnya target nak turun 20kg dari berat 80kg.Walaupun Ell tahu 60kg tu bukan berat ideal,sbb pikiran dah selalu pikir yang nak kurus, susah sangat.So,jadilah setakat weight 60kg.Kat nota ni boleh nmpak minggu pertama berat Ell susut 4kg.Minggu kedua hanya ada penurunan sebanyak 1kg je(total 5kg)..tapi,u'ols tengok ukurlilit pulak ya.Nampak tu...pinggang mengecil dari 41inch susut ke 36inch.Seronok tak, seronok tak? Ok,memang seronok.Rasa nak melompat sampai cecah syiling.hehehe

Bila sebulan setengah Ell berdiet dengan SD2( tarikh kat situ 2bulan sbb tak kira waktu period),Ell dah berjaya menghilangkan lelemak dalam badan sebanyak 14kg! Perggh!! ahkak sendiri terpegun u'ols...senangnya nak kurus.Padahal selama ni diet jugak..tapi 1kg seminggu pun susah nak turun.Untuk 4-5kg sebulan tu mungkinlah kot... 

Dalam bulan puasa,Ell sedar berat Ell tak turun banyak.Kata otai2 SD2 mungkin sistem badan Ell dah immune dgn susu SD2 sebab tu kadar penurunan slow.Tambahan pula,bulan puasa kita memang kurang mengambil makanan dan minum air.Ell dinasihatkan untuk berhenti buat sementara untuk body refresh katanya.Tapi ingat! kurangkan karbo.Boleh ambil,tapi tidak melebehi 35g sehari.Kalau nasi tu,3suap dh cukup.Makan lebih lauk pauk seperti biasa.Makanya, dari lepas raya sampai laa ni Ell stop SD2.

Oleh kerana kita dah diajar dan biasa dengan makanan protien tinggi,nasi tu dh tak heran sangat...Bila stop minum SD2,mee dan pasta selalu Ell kepingin hehe.. Tapi Ell paling tak boleh tahan dengan godaan kuih muih.Tak pe...makan jugak sikit.Ok,sebulan Ell berdiet santai macam biasa tanpa minum SD2.Berat Ell tak naik langsung,malah turun lagi 1kg.

Sekarang my goal is...52kg-56kg.Barulah macam remaja...:P
Boleh ke? Insya'Allah boleh,kita dah usaha kan..yang penting tawakal je.Bila dah dapat berat remaja..:D jangan pulak melantak tak ingat dunia ye tak?

Ok,kalau ada sambungan Ell sambung.Kalau tidak,cukup sampai disini saja.hehe 

Owh ya,mungkin Ell boleh listkan menu diet ya.Tengok nanti kalau ada masa.



Aku dan Diet~episode 4

Tuesday, October 02, 2012

Tuna puff pastry pinwheels (resepi)


Assalamualaikum..

Diet,diet jugak..tapi dapur kene jugak berasap.Resepi ni rajin jugak Ell buat untuk anak2 bekal ke sekolah dan untuk minum petang pun sesuai.Rasanya dah pernah publish gambar ni kat FB kan..cuma resepi je belum sempat dikongsi.Untuk sambungan episod diet tu,akan diupdate lagi.Bosan ah asyik citer diet je..Sekali sekala apa salahnya bertukar ke menu kan..



Ok,nak buat ni senang je,
Asal ada stok puff pastry macam gambar bawah ni jadi je.


Bahan2 inti ikut suka u'ols.Untuk kali ni,Ell guna tuna ayam brand macam dalam gambar atas ni.Guna satu dah cukup.
Bahan2 lain,bawang(cincang),tomato(cincang),rempah kari sesudu dan garam secukup rasa atau boleh guna perencah meggi secukup rasa.Untuk menumis.
Mayonaisse untuk apu dipermukaan pastry.

Cara:-


1.Keluarkan puff pastry dari freezer,biarkan dalam suhu bilik lebih kurang 10min,.
2.Sementara menunggu,Tumiskan bawang dengan sedikit minyak.Bila dah naik bau,masukkan bahan2 lain..tomato,tuna,serbuk kari, garam dan serbuk perasa.Boleh tambah sos cili kalau suka.Tapi kalau guna tuna flakes yg spicy tu,tak yah letak pun tak pe.Dah masak,biarkan sejuk sekejap.
3.Ambil sekeping pastry yang dialas dengan plastik dan sapukan mayonaisse rata2 keatasnya.
4.Senduk bahan tumis tadi,kemudian dirata2kan diseluruh permukaan pastry.jangan buat sebaris ya.
5.Gulung pastry dengan menggunakan plastik alas tadi.Macam nak buat swissroll.
6.Kalau agak2 pastry dh lembik/lembut,masukkan sekejap dlm freezer.Bila dah agak2 boleh potong,keluarkan dan potong lebih kurang 1 1/2 inci tebal.Kalau segulung tu dapatlah dalam 12-13 keping kot...
7.Susun didalam loyang pembakar,sapu kuning telur,dan masukkan kan dalam oven,kemudian dibakar dengan suhu 170'c selama 15min.



Tadaaa...inilah hasilnya.Senangkan? boleh buat kudapan diwaktu petang atau bekal anak2 kesekolah.Oh ya,boleh guna bahan lain untuk intinya.Kalau u'ols nak lagi mudah tak nak menumis bagai..boleh guna tuna yang ready to eat punya.

OK,SELAMAT MENCUBA!







Tuna puff pastry pinwheels (resepi)

Monday, October 01, 2012

Aku dan Diet~episode 3

Sambungan...

"(3 minggu kemudian...) Ok,i'm ready! boleh dah belikan susu tu."

Diet bersungguh2 ni,tapi tak de lah bagai nak rak.Diet dengan SD2 boleh makan banyak2 protien sebanyak mana yang kita nak,asalkan elak dari mengambil sebarang jenis karbo seperti nasi,mee,meehoon,kuetiaw,pasta ,roti,gandum atau yang sederajatnya.Jangan sekali2 tahan lapar.Itu pantang larangnya ya.Ambil makanan sekurang2nya 2-3jam sekali.Oh ya,minuman bergas,bergula,kaffien juga kene jauhkan tapi green tea tanpa gula amat digalakkan.Buah2an juga terpaksa elakkan sebb buah2an mengandungi gula yg tinggi.Ok,Ell tak kisah..sebab ayam,daging,ikan dan semua boleh belasah.Sedap tu..Steak,ayam goreng ikan panggang...errmmmm nyum nyum..hehe


Semangat berapi2 nak kurus.Siap buat nota kecik untuk rujukan dah lepas tahap mana.Ok,gambar atas ni menunjukkan tempoh Ell sebelum mengandung sampai cukup bulan nak bersalin.No 1,2,3 dan 4 yang bulat2 tu menunjukkan mengandung anak keberapa.Nampak tak u'ols...walaupun cukup bulan mengandung anak ke4,tapi tak pernah lepas berat 80kg.Tension tau.Stress ahkak.

Sekarang Ell happy sangat sebab berdiet dgn SD2 berkesan buat Ell.Hari ni,berat Ell dah 65kg.Hampir mengurangi berat semasa mula2 mengandung ank ke3.usaha masih diteruskan untuk mencapai berat badan unggul seperti zaman remaja.hehe over ahkak tau.Tapi kalau dah dapat berat 56kg-60kg pun Ell dah suka sangat2.



Bersambung...



Aku dan Diet~episode 3

Monday, September 24, 2012

Aku dan Diet ~episode 2

Sambungan...

produk tu namanya SD2.Kalau berminat,dia boleh terangkan.Pastu Ell buat senyap je..tak reply langsung.....



Dalam Ell senyap2 tu,bukan Ell tak berminat.Tapi cuma nak cari dan kumpul maklumat pasal SD2 ni.Dalam masa yang sama,Ell survey jugak slimming centre,produk2 lain yang semuanya menjanjikan hasil yang nyata.Kalau dah terdesak nak kurus..semua sanggup.Rata2 claim yang dia terbaiklah kan.Tapi tak kurang juga yang tak bersetuju buat treatment kat slimming centre..sebab nipu je lebih.Apa tidaknya,kalau kata 60henggit tu,sekali rawatan je..abestu ko kene buat pulak rawatan susulan..pastu di ayatnya ko utk beli produk dia lagi...alamatnya memang riban lah korang habis..Ok,outlah utk pergi slimming center tu.

Pilihan terakhir terpaksa jugak nekad try ALSD2.tapi masih belum meyakinkan...Ell google testimoni yang dah berjaya menurunkan berat badan.memang banyak testimoni.Boleh dikatakan setiap minggu ada je testimoni terbaru.Cari pulak kat FB..memang dah berlambak ejen2 jualan NEW Image (sykt dia).Korang type je SD2/ALSDII atau yang sederajatnya..berderet keluar.Ell bukak satu ke satu.Baca setiap posting dan komen....tengok pulak respon pengguna2..rata2 memuji tak habis2..pendek kata susah nak jumpa komen yang busuk2.:)

Apabila keterujaan makin menebal..keyakinan datang dengan keazaman...cadangan pun diusulkan pada pegawai kewangan intitusi rumahtangga..hehe.
"Okeh,boleh" kata pegawai tu kan..Ait,apasal takde bantahan ekk.Saja lah tanya lagi..betul ke boleh.Dah memang sah2 orang nak keluarkan duit..ku banyak soal plakkan.Memang tak diragukan...Nama syarikat pun dh meyakinkan dia.Dia kata,zaman sekolah dulu dah ada iklan susu ni kat tiwi singapore.Kalau brtahan lama sampai sekarang ni..maknanya syarikat ni kukuh,mesti produk dia bagus,berkualiti.Cuma syarikat ni dah rebranding dengan tukar nama NEW IMAGE.Tapi logo tetap sama.Ok tak pe,sukahati syarikat tu lah nak buat apa..asal tak de rekod menipu.

Selepas Ell dah survey pasal produk ni,Ell teliti pulak cara diet dia.Kalau diikutkan,cara diet ALSD2 sama persis dengan Atkins diet.Ell pulak amalkan high protien diet.So,tak banyak menyusahkan Ell sebab dah terbiasa dengan diet tu.Sebagai persediaan,Ell disiplinkan diri dengan cara diet ALSD2 tu sebelum memulakan pelaburan yang dijangka akan memberi hasil yang menggembirakan..hehe.Ceh,tahap keyakinan paling tinggi ni.

(3 minggu kemudian...) Ok,i'm ready! boleh dah belikan susu tu.


bersambung....




Aku dan Diet ~episode 2

Monday, September 17, 2012

Aku dan Diet~(episode 1)


Assalamualaikum...

Ok lah,Gambar tu sebenarnya nak tunjukkkan perbezaan antara Raya tahun 2011 dan Raya tahun 2012(dah upload kat FB).Sajelah nak bandingkan untuk membakar lagi semangat,sebab 66kg tu bukanlah berat ideal untuk Ell.Berat ideal untuk orang yang tak berapa tinggi macam Ell ni adalah 52-55kg.Tapi kalau dapat turun sampai 58kg pun dah syukur...sangat.Nampak beza sangat kan..Maklumlah,80kg ke 66kg.Tak percaya?Ye..itulah Ell 80kg pada tahun lepas sehinggalah 3bulan lepas.

Episod penambahan berat badan ni berlaku mendadak lepas Ell mengamalkan pengambilan pil perancang.Katanya setiap individu yang mengambil pil perancang ni kesan dia berbeza2.Kesan yang terjadi pada Ell,gemuk.Haa kau ambik! sekali macam tong drum daaa....malu sey nak keluar rumah.kalau suami ajak pun..tak mau ikut...sebab tak nak malukan dia.melainkan kalau ada sebab2 yang sangat mendesak dan tak boleh di elak.. terpaksa jugak keluar rumah.

Mulanya tak sedar,sebab apa badan boleh membesar dan membesar dan terus membesar.Kalau tengok selera makan pun boleh tahan dahsyat..haha.So,pelan2 ell kurangkan makan dan rajin buat exersice.walaupun kurangkan makan..tapi takde langsung kadar penurunan berlaku.Kalau turun pun..nanti esok lusa dia naik balik.sudah frust disitu.Dengan gigih dan semangat yang kental..Ell google cara-cara yang betul untk berdiet dan yang terbaik untuk kehilangan berat badan yang sihat.Ell pernah amalkan high protien diet,untuk kali ni Ell buat jugak.Buat research betul2 pasal high protien diet.Dapat info,katanya high protien diet sangat berkesan bila kita ambil sekali dengan protien shake.

Ketika sedang berfikir2 nak membeli protien shake tu...tiba2 ada satu advertisement keluar kat tepi2 FB tu dengan tajuk "penurunan 2-5kg seminggu" tertarik tak u'olsss? i tertarik tau.terus klik kat situ.tapi page tu blank je.kata dia kalau nak tahu lebih lanjut..sila PM.Sajelah mesej kan...mana tau kot menipu ke apa..boleh kita report..heheh.Lepas tu,dia respon..katanya produk tu namanya SD2.Kalau berminat,dia boleh terangkan.Pastu Ell buat senyap je..tak reply langsung.....



BERSAMBUNG...



Aku dan Diet~(episode 1)

Saturday, September 15, 2012

Raya part 3(Akhir)

Assalamualaikum..
ini bahagian terakhir episode raya kali ni ya.Malas lah nak citer banyak2.
We'ols tak pergi beraya sangat pun.Kalau gerak keluar rumah pun,berayalah rumah saudara mara yang mana tak berapa sihat.Mana yang sihat2 tu kebanyakannya,raya kedua dah tutup pintu sebab pergi melancong.(Melancong ko time2 raya,tak paham betul ekk...) 

Walaupun macam tu..rumah we'ols tetap meriah dengan kunjungan saudara-mara sebelah mertua.memang kecoh!.

Tahun ni en.suami berhabis lagi nak entertain anak2 sedara dan adik beradik dia.Sanggup berhabis ratus2 beli bunga api yang 115shots,48shots dan bunga2api.Rasa macam sambut merdeka kat dataran pulak.:) Walhalnya kat laman rumah je.Uhhh..sangat danger lah u'ols..sbb banyak pokok2.

Tapi sayangnya,Ell dapat record sket je.Rugi betullah,salah teknikal.Apa2 pun memang show malam raya ke2 tu memang best!.
Kebetulan,raya tahun ni ramai yang tak dapat bersama2...Ell suami isteri dedicate satu clip video untuk d'ols.Dalam clip ni ada sket splashing bunga api yang dapat dirakam.Tapi maaf ya,kualiti kurang baik.Maklumlah...amateur katanya..hehehe.Next time kene belajar bikin clip video yg HD.



Ok,salam sayang buat u'ols..






Raya part 3(Akhir)

Thursday, September 13, 2012

Raya part 2

Assalamualaikum...
Dah berapa syawal ni ekk.hehe.agak2 basi tak kalau nak citer raya.dh malas betul lah dengan blog ni.tah kenapa tah.tapi sayang nak tinggalkan.Bila berjauhan tu..rasa rindu je,Bila dah depan mata kelu seribu bahasa.tak tau nak kata apa2.Maksudnya tu,tak reti ah nak menaip untuk posting.

Raya tahun ni keluarga we'ols ramai yang tak dapat bersama..maklumlah ada yang beraya dirumah mertua..ada pula yang jauh diperantauan.Keluarga dalam ayat ni merujuk kepada adik beradik encik suami ell ya.Maklumlah..Ell kan anak tunggal...keluarga terdekat Ell mak ngan abah je.Eh tapi mak abah pun raya sama2 tau.ruamh dekat je..tak sampai 500 meter pun.So,pagi2 raya macam kebiasaan Ell dan suami serta anak2 bawak d'ols datang kerumah.

Walaupun ramai yang tak de,kemeriahan tetap ada..dah namanya hari raya kan...takkan nak bermuram durja.:P.  Budak2 lah paling suka sekali..sbb nak collect duit raya katanya... 


Ini,antara gamba raya we'ols yang paling nampak meriah.photographer ada 3-4 org lg yang tak masuk dalam gambar.


Ibu2 dan bapak2.
(oh shaye yang perlu kuatkan semangat lagi untuk kehilangan separuh badan..eh salah..kehilangan separuh berat 
badan..hehe)

*Gambar2 dibawah.."/" yang pertama merujuk kepada panggilan untuk suami saya .."/" yang kedua panggilan untuk anak2 sedara...manakala"/" yang ke 3 adalah panggilan untuk saya.

Fmly Along/Mak Long /SIL1.Baru sambut menantu..tapi anak dan menantu tidak ada dalam ini foto...Harus beraya sebelah isteri dulu katanya..

 Fmly Ngah Jade/Uncle Jade/BIL1.


Fmly Usu/Mak Usu/SIL4.

Fmly Amin/Pak Min/Saya.:)

Fmly Azam/Pak Chu/BIL3



 Bujang2an Atok


 Anak2 dara Atok...



Acara memotong kek pun ada...meraikan mereka2 yang berulangtahun kelahiran dan perkahwinan..tahun ni Ell ngan suami tak join..sbb anniversary we'ols 3hb 9.Tapi kek tu, semua pun dpt makan..takde halnyer..:)

Ah..banyak sangat gambar2 kenangan hari raya pertama haritu..Tapi Ell bubuh sket2 jelah ye dalam blog ni.

Kesian 2 beradik ni beraya tanpa ibu ayah dn adik beradik lain.Yang baju biru ni pun untung dapat balik sebab cuti semester kat UK.

Inilah kakak ipar Ell yang berada jauh diperantauan,Yuzhno,Sakhalink,Russia.Kebetulan hari pertama raya tu anak d'ols yang bongsu register belajar di Jepun.

 Nilah budak yang duk di Hokkaido,Jepun tu...Muka pun dah macam orang Jepun.Rambut je style justin bieber.heh.

 Ni kakak dia..Amyra Alyssa gerangannya.Salam dari perantauan di Ohio,USA katanya...

Nasib u'ols lah ekk tak dapat beraya kat kampung...nak buat macammana kan..org lain duk makan ketupat ngan rendang,u'ols makan shushi ngan KFC.hehe memandai je aku..

 Yuhhu...sedapnya makan dipagi raya..silalah meleleh...

Tapi sebelum acara makan2 tu,wajib lah pergi solat raya dulu.

(Psst,nampak tak pokok duku yang kering tu..kesian ahkak kene marah mak mertua.Ada ke seminggu sebelum raya pergi buang daun2 kering bawah tu..konon2 tunjuk rajin..buat pulak perun bawah tu...sekali api menjulat..tak tertahan2 dia membakar separuh pokok tu.haha..kan dah hangus....jadi telinga,tadah jelah.:D

Perempuan pun boleh pergi solat raya ya...

Oh ya,tak lupa adik beradik lain yang tak beraya sama2..pada raya pertama.

Abang Oteh/Pok Teh/BIL3 dan keluarganya yang beraya di Narathiwat,Thailand.
2 fmly lagi tak dapat nak kesan gambar lama d'ols.Tapi d'ols masih not over the sea lah..:) Chik/Aunty Chik/SIL3 n fmly beraya di Lumut,Perak.


 Ok,alls..itu saja n3 kali ni.next n3,2 minggu dari sekarang ya...haha.eh tak,tengok bila2 ada kelapangan.

Terima kasih pada yang sudi singgah dan membaca.Sayang u'olss..







Raya part 2

Monday, August 27, 2012

Raya part 1

Assalamualaikum...
Lama dah tak bermesra2 dengan blog.dah terasa jauh sangat.Apa kata sempena bulan baik ni..yang dah jauh tu kita rapat2kan,yang rapat kita mesra2 kan..ecewah siap guna bidalan lama ni ha.hehe.

Ok lah,sebenarnya cerita raya taklah banyak sangat..cuma saja je nak buat part by part ni supaya ada post n3 tetiap hari.:) strategi tu...Oh ya,sebelum tu terima kasih buat sis RASP sebab kirim kad raya ekk.Tapi kan,kad raya tu tiba pada raya ke 4.Jadi tak dapatlah nak gantung kat ranting pokok ekk.hehe.

Raya kali ni kami sekeluarga tak de BBQ seperti tahun2 sebelumnya.Tahun ni ada cadangan untuk ubah sedikit seperti kebiasaan.Kami sekeluarga termasuk ahli2 keluarga yang lain,anak2 ibu mertua yang mana ada akan sama2 mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil dan diikuti dengan takbir raya.Meriah dia rasa lain sangat.

Dibawah ni ada serba sedikit gambar kami dimalam raya.












Ok,itu saje n3 kali ni.Sebelum tu masih belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca blog Ell yang tak seberapa ni.Salah silap harap dimaafkan ya.





Raya part 1

Wednesday, July 11, 2012

Resepi:Kek Apple caramel upside down(step by step)



Bismillah...
Hari ni share resepi jelah.resepi ni pun buat minggu lepas.Kek nya dah habis..tapi gambarnya tak habis2...heheh gambar jelah letak ekk.:) tergerak nak try resepi ni sebab stok apple dlm fridge banyak..en.suami asyik membeli je.makannya tidak.bila tanya kenapa tak makan,dia kata tak best sebab tak rangup.Makanya asyik membeli jelah sebab nak cari yang rangup.
Kebetulan,bila Ell tengok rancangan 'Barefoot Contesa' yang chefnya Ina garten...ada pulak dia buat kek yang macam ini,tapi guna buah plum.Tertarik...terus cari resepi yang guna apple.Banyak versi rupanya untuk buat kek apple karamel ni.tapi Ell try resepi yang ini.Anak-kata sedap,mak mertua pun puji.heheh Tapi en.suami kata buat lah apple pie..maknanya dia tak berkenan resepi ini..:P
Diri sendiri rasa secebis je sebab diet.:( So,untuk rasa betul-betul tu memang tak sampai la....

Marilah semak resepinya:-

BAHAN-BAHAN:-

~Untuk kek~
250gm butter(suhu bilik)
1 1/2 gelas tepung gandum
2 gelas gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
50ml susu pekat
apples (berapa biji apple ikut saiz ya termasuk yang dihiris dan didadu anggaran 5-6 biji)

~Untuk apple karamel~
3/4 cawan gula
1/4 cawan butter (lembut)
2 sudu makan madu

CARA-CARA:-

1.panaskan oven suhu 170'c

2.Dalam loyang,masakkan gula,1/4 cwan butter dan madu dengan api sederhana.Kacau perlahan sehingga gula cair.tambah kan 1/4 cawan air dan biarkan ia didih sebentar.Ketepikan

3.Hiris apple agak-agak tebal 1/2inci.Susun apple keliling loyang seperti dalam gambar.

hasilnya seperti ini..


4.dalam bekas lain,pukul butter bersama gula perang hingga kembang dan gebu.Masukkan telur satu persatu,Pukul sebati.kemudian masukkan susu pekat.

5.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan serbuk kayu manis.Pukul sehingga sebati.

6.Masukkan apple yang telah dipotong dadu.gaul guna kaedah kaup balik.Oh ya, Ell ada perah jus oren dalam adunan ni.tapi itu bukan diwajibkan ya.Cuma menambah rasa.sedap.

7.Tuang adunan keatas loyang yang berisi apple dan karamel tadi.Ratakan perlahan-lahan.

8.Sedia untuk dibakar.Bakar selama 1 jam dengan suhu 170'c atau sehingga masak.

9.Setelah masak,sejukkan atas wire rack 5minit.Kemudian baru diterbalikkan


Ok,hasilnya memang best..rasanya sangat sedap.Dapat curi-curi makan secebis tu rasa mengeletek nak lagi.Tapi nak diet ni takmaulah tipu diri sendiri kan...pasrah je la...

Ok,selamat mencuba dan menikmati kek yang kaya dengan apple ni.










Resepi:Kek Apple caramel upside down(step by step)

Wednesday, July 04, 2012

Resepi:Black and White angel food cake(step by step)



Assalamualaikum....
Semalam terajin pulak bikin kek.Padahalnya tengah diet.Macamlah boleh melantak kan...Tapi tak pelah...demi anak2,tambah pulak Marsha tengah ganti puasa.Barulah dia bersemangat kan,tiap kali berbuka ada makanan yang best.:)

Ok,kek ni asalnya dari Ina Garten di channel 706(food network) .Ell dengan cik TV kan sahabat baik..jadi channel 706,memang on sesaje(kalau org lain tak alih).Dari pagi sampai ke petang rancangan masak manjang.Awal pagi tu adalah sket exercise...pastu kalau malam dia dh tukar Li(life inspired) lebih kepada hiasan rumah2.

Resepi ni senang je,tapi kene korbankan banyak kuning telur sebab nak dapatkan putih saje.

BAHAN2:-
2 cawan gula(kisar halus)
1 1/3 cawan tepung kek (not self raising) tepung gandum pun jadi
1 1/2 putih telur suhu bilik(10-12biji telur,bergantung pada saiz)
2 cubit garam

1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat parut.


CARA2:-


1.Panaskan oven 180'c / 350'f
2.Campurkan 1/2 cawan gula bersama tepung,dan ayak 4x.Ketepikan.


3.Didalam bowl,campurkan putih telur,garam dan cream of tartar.


4.Pukul dengan kelajuan tinggi,sehingga menjadi gebu lebih kurang 1minit.
5.Perlahankan kelajuan mixer,tambah lagi 1 1/2 gula yang baki.Pukul dengan kelajuan tinggi untuk beberapa minit,sehingga berkilat.Tambahkan vanilla dan teruskan memukul sehingga 'thick' lebih kurang 1minit.Berhentikan mixer.


6.Dengan menggunakan spatula,tambahkan 1/4 tepung kedalam adunan putih telur dan gaul perlahan dengan cara kaup balik.Campurkan lagi 3/4 lebihan tepung dan terus kaup balikkan dengan perlahan sehingga sebati.


7.Tambahkan coklat parut.

gaul sehingga sekata


8.Tuangkan kedalam loyang tube(lubang tengah) dan bakar ia selama 35-45minit, suhu 180'c.


9.Jangan risau pasal rupa buruk tu ya..hehe.Bila dah masak,tunggu sejuk beberapa minit baru diterbalikkan.

tadaaa.....


10.Untuk coklat glaze,cairkan coklat dan susu secara double boiler.Biarkan seketika.

11.Curahkan atas kek,pastikan menutupi permukaan kek,dan biarkan ia melimpah ketepi hingga bawah.

Maaf gambar agak kurang memuaskan.Ni salah setting lah ni.


Ini gambar ambik lagi sekali yang tinggal seciput je.



It's supposed to look like this.


OK,SELAMAT MENCUBA.





Resepi:Black and White angel food cake(step by step)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...