PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, June 17, 2013

Bahulu Pecak(resepi)

Bismillah..
 Bahulu pecak teramat lah susahnya nak jumpa melainkan kalau u'ols pergi ke rumah orang2 bugis yang ada 
majlis2 keramaian atau kenduri kendara.Tapi kuih ni adalah bukan kegemaran kanak2.Ell buat ni 4-5 hari baru habis.

Asal usul kuih bahulu pecak ni tidaklah Ell ketahui sebab tak mengkaji.Tapi pecak dalam bahsa bugis tu bermaksud banjir atau lembab atau basah.Ha,gituler kot.Orang2 'lama' memang suka kuih ni.Mak mertua Ell lah.Manis je muka dia bila Ell buat bahulu pecak ni.Semanis kuih ni...ya! amaran keras! kalau ada penyakit kencing manis silalah hindari dari kuih ni.Sebab kuih ni super manis sampai kan besar kemungkinan kencing u'ols pun akan dihurungi semut sebab terlalu manis.hahahah.




Ok,bahannya dan caranya mudah je.Tapi kenapa ekk susah na nak jumpa.keliling rumah Ell ni adalah beberapa jiran bugis,so...mgendenglah resepi ni..Meh Ell share kat sini ye.

Bahan2:-

10 biji putih telur size B
1 cwn beras pulut(disangai dan dikisar halus,kemudian diayak)
1sudu teh baking powder

baca dah bahan2 nya? simple kan?tapi mungkin sebab kuantiti telur n nak mengolah beras pulut tu yg leceh kot.Tu pasal lah org malas nak buat...

Cara2:-

1.Jerang pengukus,dan panaskan acuan yang telah disapu minyak.Seeloknya acuan 4segi.
2.Pukul telur sehingga putih pekat.
3.masukkan baking powder.
4.masukkan tepung pulut yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5.Masukkan adunan kedalm acuan yang telah dipanaskan tadi.Kukus selama 45 minit.

untuk pecak:-
6.masak air gula melaka bersama sedikit air.Sejukkan.
7.Kuih yang sudah dimasak,disejukkan dan dipotong anggaran setengah inci.Kemudian direndam dalam air gula yang dah sejuk.
8.Simpan dalam fridge,Makan sejuk2 untuk kenikmatan yang berganda.

Silalah Mencuba.Bayangkan yang u'ols sedang menghisap madu lebah bersama sarangnye ketika menikmati kuih ini.hehe



Bahulu Pecak(resepi)

Thursday, June 13, 2013

Bercuti-cuti di cuti sekolah (1)

Assalamualaikum...
hehe tajuk kemain lagi.Ok lah tak nak dah banyak2 membebel.Nak update simple je pasal cuti sekolah.Tapi ofkos ye ada gegambar.heheh (hancuss karangan bm.Main belasah je nak bubuh ayat).

Mula-mula we'ols tak de plan pun nak gi kemana-mana memandangkan anak sulong tu asyik lah dengan tusyen die.Alih2 dia kata tusyen minggu pertama je.Minggu kedua memang free sesaje.Kebetulan kawan sepermainan badminton offer we'ols ke pantai,mandi manda sambil berbbq.Wohhoo...memang syok lah kan.dan2 tu jugak i agree u.Imagine eh,nak pergi hari ahad,hari sabtu belah malam baru we'ols rancang.huhu terus jadik je u'olsss.Ell bawak ayam perap utk bbq.D'ols semua bahan2 n menu2 lain yang dah siap dari rumah.Memasing ada bahagian memasing...

Ok,we'ols pergi 4 berkeluarga.Memang seronoklah kalau dah memasing mengangkut anak2 kan.kecoh n riuh rendah dibuatnya.Pantai yang menjadi destinasi we'ols adalah di Desaru,tempat diberi nama Pantai Batu Layar.Ell tak pernah sampai.Agak kejakunan disitu.hahah.Now Ell dah tahu pantai tu agak menarik.Best jugak dijadikan tempat berkelah dan berkhemah.

Lepas subuh we'ols gerak dari rumah.Sepanjang perjalanan agak tenang, kemudian memasing keresahan sebab sinaran mentari memancar terus ke tingkap cermin kereta we'ols.agak memeritkan.

Untuk gegambaran,
let's cekedaut....

Pastikan u'ols jumpa dengan signboard ni ye.

Bila dah sampai ke pantai tu,u'ols boleh la pilih mane kawasan yang u'ols rasa strategik untuk u'ols berpiknik.We'ols sampai pun ramai dah penghuni.Mujur ada tempat yang kosong yang agak terlindung dan ada sedikit privacy.ecewah.:D

Apalagi,mulalah memasang khemah dan bentang tikar.Arang mula dibakar dijadikan bara.

Sementara kanak2 gi mandi(sambil ada dewasa yang memantau) 
Ayam dan sosej haruslah dibakar ye..

 Oh Ikan cencaru jangan dilupa.

Ini dua orang kawan2 i'ols yang memang sangat gonjeng.Senang betul hati d'ols...makan2 sambil menyanyi riang.hahah jangan memain,lagu high note tu.

 Yang ini boleh control lagi,sebab ada baby kecik kan...heheh

Lumrah sejak azali,kalau dah namanya menggodak air,tak kiralah laut ke kolam...bila naik mesti kelaparan...
Menu we'ols yang lelainnya ialah meehoon goreng,baked macaroni n cheese,nasi putih lawan ngan lauk2 panggang,buah2an keropok ikan dan minuman.Walaupun nampaknya alakadar je,tapi we'ols keriangan.:D


See,memang riang kan.D'ols ni sangat sporting!

Ada pulak org menjual eskrim.Yang kekanak apalagi mengoder je le.


Kebasahan sambil menikmati hidangan..

 Antara anak2...

 Ombak die best! Walaupun kecik,tapi sepanjang masa ombak tak berhenti.

 Tapi jangan risau,ini bukan ombak yang ganas punye...die memukul dengan kasih sayang je..heheh siap we'ols yang menghempas badan ke ombak tu.syok habisss! 
Oh ya.sempat jugak we'ols main bola polo dalam air tu.Kepenatan,keletihan...tapi seronoknya tak terucap dah dengan perkataan.

Dak Aariz ni memang tak berapa gemar main air laut.Dia yang bolehnye pool je.

Dari pagi sampai tengahhari we'ols meredah ombak lautan untuk kegembiraan,akhirnya jam 2.30 petang we'ols mula packing barang untuk beransur pulang.Ngam2 habis packing,hujan mula turun berderai...Niat hati nak bersantai lagi..tapi apakandaya...memasing dah kepenatan...nak balik rumah..bersiap pulak ke dewan .badminton katenyer...ok,itu citer lain masa.

Ini antara pemandangan di pantai Batu Layar.Gambar google je.oooppsss soriii...


Itu sahaja dahulu untuk dikesempatan kali ini yang 'simple je'. :D
Ada masa nanti Ell update lagi.Dan mohon maaf andai ada terkasar bahasa serta gambar yang agak kesilauan itu.Itu mungkin faktor cuaca yang sangat terik dek pancaran matahari.


Bercuti-cuti di cuti sekolah (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...