Monday, June 17, 2013

Bahulu Pecak(resepi)

Bismillah..
 Bahulu pecak teramat lah susahnya nak jumpa melainkan kalau u'ols pergi ke rumah orang2 bugis yang ada 
majlis2 keramaian atau kenduri kendara.Tapi kuih ni adalah bukan kegemaran kanak2.Ell buat ni 4-5 hari baru habis.

Asal usul kuih bahulu pecak ni tidaklah Ell ketahui sebab tak mengkaji.Tapi pecak dalam bahsa bugis tu bermaksud banjir atau lembab atau basah.Ha,gituler kot.Orang2 'lama' memang suka kuih ni.Mak mertua Ell lah.Manis je muka dia bila Ell buat bahulu pecak ni.Semanis kuih ni...ya! amaran keras! kalau ada penyakit kencing manis silalah hindari dari kuih ni.Sebab kuih ni super manis sampai kan besar kemungkinan kencing u'ols pun akan dihurungi semut sebab terlalu manis.hahahah.




Ok,bahannya dan caranya mudah je.Tapi kenapa ekk susah na nak jumpa.keliling rumah Ell ni adalah beberapa jiran bugis,so...mgendenglah resepi ni..Meh Ell share kat sini ye.

Bahan2:-

10 biji putih telur size B
1 cwn beras pulut(disangai dan dikisar halus,kemudian diayak)
1sudu teh baking powder

baca dah bahan2 nya? simple kan?tapi mungkin sebab kuantiti telur n nak mengolah beras pulut tu yg leceh kot.Tu pasal lah org malas nak buat...

Cara2:-

1.Jerang pengukus,dan panaskan acuan yang telah disapu minyak.Seeloknya acuan 4segi.
2.Pukul telur sehingga putih pekat.
3.masukkan baking powder.
4.masukkan tepung pulut yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5.Masukkan adunan kedalm acuan yang telah dipanaskan tadi.Kukus selama 45 minit.

untuk pecak:-
6.masak air gula melaka bersama sedikit air.Sejukkan.
7.Kuih yang sudah dimasak,disejukkan dan dipotong anggaran setengah inci.Kemudian direndam dalam air gula yang dah sejuk.
8.Simpan dalam fridge,Makan sejuk2 untuk kenikmatan yang berganda.

Silalah Mencuba.Bayangkan yang u'ols sedang menghisap madu lebah bersama sarangnye ketika menikmati kuih ini.hehe



9 comments:

Dee said...

tang nak sangai, kisar halus dan ayak tu kot orang malas nak buat..hehehe..

Rasp said...

1st time tau pasal kuih baulu ni sis....
i ni kuih yg manis belancas ni sangat2 tidak boleh diterima tekak....

cik hani said...

First time tahu pasal kuih ni.

mesti manis kan..
btw kalau makan time sejuk mesti sedap.especially bulan puasa

~ Lady ell ~ said...

sis dee:
Tu la.ell pun agak mcm tu.ataupun kuih ni terlalu special sgt sampaikan org tk buat saje2.

Sis rasp:
Malaysia ni bnyk lg makanan yg kita x tau kan.bnyk kaum,bnyk pulak makanannye.resepi lama mmg manis2,tp klau tang pedas...pedas nau pulak.

Cik hani:
Sangatlah tepat jangkaan cik hani tu.kuih ni trsangatlah manis.wah,sebut bulan puasa mmglah layan...

ismail zainal said...

haha,masakan bugis,..sedaap,..

ismail zainal said...

kalau mau makan kuih nie,.pergi kenduru kendara orang bugis confirm ada kuih nie,..jrang bngsa lain wat kuih nie time kenduri,..hhehe..

Emy Omar said...

First time dengar kuih ni..mana la nak cari ni.Tetiba teringin nak rasa juga

KayB said...

ohhh kuih tu kue org bugis dr makasar...selalu dihidang masa majlis perkahwinan...sedap tp manis...hmmm best dimakan sejuk2. cuma kena bersabar membuat nyer...kue ni klu x kena caranya...jd bantat keras cam bantal padat...mcm getah keping... x sedap...

stylewomen said...

amazing blog! i will back again to check new posts!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...