PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, February 24, 2011

Bergelap 3 pagi..




Awal crita,dlm kul 1 pagi Aryan dgn Aariz baru trsedar dri tidur yg kebetulan trtidur awal td. So mngkin rasa kurang ngantuk,diaorg pun mcm brpakat masing2 brtahan mata main tu ni. Yg kita ni plak tk tahanlh nk layan diaorg tu,so tidurlah ayam2. Tiba2 dlm kul 2.30 senyap je dua beradik tu,Ell pn celiklh mata lepas Aryan kata " Ma..gelap Ma". Laa...blackout rupanya atau kata org kmpung tk de karen. Bila Ell cek diaorg..yg si Aryan tengah baring2 try nk lelapkn mata,yg Aariz plak sblh Ell trkebil2 mata dia cuba cari cahaya dlm gelap tu. Nk ketawa je Ell nengok kelaku budak2 ni.Pandai plak diaorg ni senyap bila tiba2 gelap ni,klau tk th brapa lama tahan mata dia. So lps hsbn Ell cek fius utama menendang ke tak (semuanya ok) Ell pn pasanglh bbrapa lilin n lps tu semua smbung tidur.

Tp dugaan betul harini bila jaga pg kul 5.50 dlm suasana sunyi dan gelap lg.Apa tidaknya,nak solat,siapkan anak2 pergi sekolah,buat breakfast n bekal bagai..huhu memang agak teraba2 bila buat kerja hanya dengan bertemankan cahaya lilin.

Anak2 pulak komplen air super sejuk.Nak masak kan air mandi?heh,tak yah manjakan sangat..biar dia sesekali rasa mandi air sejuk betul.Maknya pulak dah biasa masak air ngan electric kettle harini menggelabah cari kettle biasa..bila dah tak jumpa, masak air dengan periuk lah jawabnya.

Sejug air teh,secawan susu dan milo,untuk breakfast bikin burger simple untuk bekal anak2 juga.Siap pakai makan semua,ready lah nak pergi sekolah.Yang tak tahan cantik je timing,anak2 tengah pakai kasut,jam 6.50 pagi 'pling' lampu menyala...huhu apa rasa? tah ler...sabo je ler..yang penting boleh putar mesin ,basuh baju.

Tu ler kita ni asek lah merungut je.Bayangkan lah eh orang dulu2 yang hidup tiap2 hari dengan lampu minyak tanah,mandi air perigi,masak guna dapur kayu.Boleh je hidup.U'ols pernah rasa tak hidup macam tu?Ell pernah tapi zaman tu Ell belum sekolah,atok nenek Ell orang kampung pedalaman jugak lah...sekali sekala balik kampung mesti rasa saat2 nak pasang lampu minyak tanah tu,tapi tak lama rasa hidup macam tu.Lama2 hidup ni berubah...Syukur je dengan apa yang ada sekarang.Rezeki Allah bagi,sekali sekala Allah uji.

Bergelap 3 pagi..

Monday, February 21, 2011

Joget Lambak~


Hello n hye..
Semalam jiran sebelah rumah Ell buat majlis kahwin..Dan biasalah hiburan melampau kan...bukan selalu kan..sekali sekala kan....ahaks.Adoi,sampai kul 1-2 pagi u'ols..pening kepala x dapat tido.Pastu hari ni bagun kul 5 pagi siapkan sarapan n bekal ank2 sekolah sebelum subuh.Sebab selalunya lepas subuh siren Aariz dh berbunyi.Tak tahan nak buat kerja berebut2.

Citer pasal hiburan ni,Ell teringat zaman Ell kecik tawon 80an dulu.Time tu Ell ngan mak abah stay kat Muor.Sedia maklum lah,muor tu dekat dgn Melaka n sedikit sebanyak pengaruh budaya Melaka tu ada ye tak?
Apa yang Ell maksudkan bila time kenduri kawen tu ialah joget lambak.Katanya joget lambak di Melaka ni dari tahun 50an lagi dah ada.Joget lambak ni asal usul namaya dah tentulah dari jogetnya yang melambak tu.Maknanya bila time nak joget melambak lah orang2.


Biasanya joget lambak ni dibuat oleh orangtua pengantin belah malam dimana belah siang d'ols dah berpenat2 bertungkus lumus mengadakan kenduri.Joget lambak ni kira hiburan menghilangkan penat lah kononnya bagi orang2 yang menolong di majlis berkenaan.(Makin penat ada ler)

Tuan rumah akan panggil KUGIRAN (Kumpulan Gitar Rancak) atau kumpulan pukul tabuh (macam gendang) untuk menyanyi dan bawa 2-3 orang aweks wanita untuk menari. Tarian ni ditarikan sampai subuh beb..tahan jelah .. memang giler ah...
 Kaedah joget d'ols gelar sorong tarik..(jgn korang pikir kuning plak yer..) macam dlm klip ni..

 Malam nilah kalau ada yang nak mencari jodoh boleh try...:)Orang tua2 tak marah punyer..tak percaya? cuba u'ols tengok klip ni>


ahaks..org tua lagi kemaruk ni ha.....

Sekarang dah tak pernah jumpa lagi..mungkin ada,tapi tak banyak.Elok lah kalau dikurangkan..dan lebih elok kalau terus dimansuhkan.Bukan nya apa,ditakuti yang bukan muhrim ni bercampur gaul melampaui batas plak.Dibimbangi juga niat asal tu jauh terpesong macam dalam klip ni>


Adoii..segan aku tengok pondan ni....so,ini mmg tidak diinginkan kan..

Asal majlis walimatulurus tu kan mencari pelbagai keberkatan,nanti tak dapat berkat dosa pulak berganda.N3 ni pulak tak de apa2 maksud yer.Cuma saja tetiba teringat kenangan zaman2 membesar.:)



Joget Lambak~

Tuesday, February 15, 2011

Selamat menyambut Maulidur Rasul

12 RabiulAwal adalah tarikh kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Demi memperingatinya  yang telah membawa Islam yang menerangi jalan kehidupan manusia di atas muka bumi ini,sambutan selalunya dilakukan dimasjid2 dan agensi2 serta institusi.Tapi tidak seharusnya tidak terhad dengan menyambutnya semata2...kat sini Ell nak ajak sahabat2 Ell semua menghayati juga apa yang dikatakan dalam khutbah dan wasiat terakhir Nabi junjungan kita itu.


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.


Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.


"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."


Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.


1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).


2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.


3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).


4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.


6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.


7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.


8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.


9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.


10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.


11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.


12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.









Sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah ini,mari kita sama2 kembali menghayati akhlak Islam dalam segenap lapangan kehidupan ya. Peringatan ini untuk diri sendiri juga.Semoga kita tidak terpesong jauh dari aqidah sebenar.  Seterusnya mari kita mantapkan akhlak itu dengan ibadah yang betul dan berterusan. Dirikan solat kerana ia mencegah perbuatan mungkar, tunaikan zakat kerana ia menyucikan jiwa dan harta, berpuasalah kerana ia membenihkan ketakwaan. Ibadah-ibadah sunat mampu memantapkan lagi akhlak seseorang hamba.Insya'Allah..
Mari berselawat>>>>
Sumber:
http://tranungkite.net
www.ashtech.com.my
www.bucklemyshoes.blogspot.com




Selamat menyambut Maulidur Rasul

Monday, February 14, 2011

Cinta dan Tanggungjawab~ (no-v-day)

Ell tak pernah sambut valentine day kerana itu tidak diperlukan dlm islam sebenarnya.Syukur beberapa tahun lalu  tersedar dan membuka mata valentine day adalah haram dan dosa.(refer previous n3)
Tapi n3 hari ni ada kaitan jugak dengan CINTA.:) meh lh kita feeling romantika cara berhemah.:)


Membina cinta sejati adalah datang selepas kesukaran, mengecapi terlebih dahulu iman di hati. Iman pula, adalah proses datang sesudah ditimpa ujian hidup yang tak putus, dan sabar sebagai pendinding kalis dugaan. Usah tinggalkan cinta utama, iaitu cinta Ilahi, semata-mata tidak tahan lagi untuk menagih cinta manusia. Ikhlas, antara bahan asas membina Iman.
Keikhlasan memberi dan tidak menagih balasan.


Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan, mendambakan, menginginkan untuk dicintai dan mencintai. Ingatlah, cinta sempurna berkait-rapat dengan kesabaran menongkah arus duniawi.

Begitu indah cinta berputik lahir selepas terpatrinya ikatan perkahwinan. Matlamat utama terbina di atas saling percaya-mempercayai dan penuh rasa tanggungjawab, di hujungnya pula hanya mengharapkan keredhaan Ilahi. Pentas perkahwinan adalah antara hakikat sebenar medan meraih cinta dan redha Allah Taala.


Bahan asas membina cinta seperti pengorbanan, tanggungjawab, ikhlas, memberi, sabar dan toleransi akan wujud di sebalik tembok redha Allah Taala itu. Maka asas dan terasnya diperolehi umpama keringat kita mencari redha Allah Taala.

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana-mana sahaja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan. Oleh sebab itu, lebih baik jika kita selalu sedia membuka perbincangan, toleransi, berlapang dada untuk bertukar-tukar buah fikiran dengan pasangan, agar hubungan cinta tetap terjalin.


Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman.Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.Terlalu sayang,sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan,sudah ketara,tapi buat-buat lupa.Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama menjadi buta,gelap gelita.Ya,bila ujian Allah Taala datang mendidik diri,baru tersedar,baru terngadah.Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha,terima hakikat.

 Ingatlah, Tuhan selalu menduga walaupun sudah merasakan sempurna, tiada masalah kewangan, yakin mengurus tadbir rumahtangga, kerana di celah-celah kesempurnaan tadi kita sering alpa. Ujian-Nya adalah mendidik, kerana Dia masih melihat, masih kasih kepada setiap hamba-Nya yang sabar, dan bersyukur.
Gerbang perkahwinan sudah dilewati,onak duri pasti ditempuhi,semoga cinta mekar bersemi dan harumannya akan terus mewangi hingga penghujungnya nanti..


‘Wahai sahabatku,janganlah bermimpi untuk bercouple jika anda tidak cukup sayang kepada Allah Taala,Nabi dan keluarga.Anda tidak berlaku adil jika sanggup sayangkan perempuan,mahupun menyayangi lelaki yang belum muktamad menjadi suri hati kalian lebih daripada yang lain.Alangkah indah dan bahagianya bila Islam menjaga hubungan kita sesama muslim’.
~ petikan dr novel "berteduh di kebun Cinta"~



Sumber:Tuan Mohd Rezza Tuan Mohd Khanafiah.
Penulis buku:
-Melakar Pelangi Cinta (MPC)
-Berteduh Di Kebun Cinta
Cinta dan Tanggungjawab~ (no-v-day)

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day HARAM!!!

Sebelum tu, Ell nak share sikit apa kisah,sejarah n hukum menyambut hari valentine's ni...u'ols yg berminat nak tau..bolehlaa baca sampai habis..terima kasih..

Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.
 
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjara, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepucuk surat yang tertulis from your valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. U'ols tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut untuk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.

So, dari semua kisah tadi, u'ols nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, 
Sheikh al-‘Utsaimin berkata: 
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Konklusi
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam"
So, apa pendapat u'ols? Bagi Ell dalam islam, tiada hari untuk kita specialize kan menyambut hari istimewa bersama kekasih. Hari-hari adalah hari kekasih. Kan? Toksahlah dok semangat tunggu 14 feb, baru nak beri hadiah, tak supriselah. He he. 
Bagi sesiapa yang beragama islam diluar sana,yang turut serta meraikan valentine's day ni...hentikanlah,masih sempat lagi untuk mengikut yang lebih elok sebagai seorang muslim.
Pendek kata......
 
Cinta dan kasih sayang ditunjukkan setiap hari, bukan sehari setahun...
PS:U'ols boleh je search pasal valentine day dalam islam ni dari internet.
Valentine's Day HARAM!!!

Saturday, February 12, 2011

Buah markisa~

 U'ols tahu ke apa bendenye buah markisa ni.Ok,sebelum Ell nak tunjuk gambar,meh Ell khabo yang satu masa dulu,tapi tak berapa lama la dalam beberapa tahun lepas je,MIL ada beli sebatang anak pokok setelah berjaya di'ayat' oleh apek tokey.Tokey cina tu kata pokok buah epal.Wah...dahsyat arr kalau kita berjaya tanam pokok epal.MIL pun tanam punya tanam punya tanam..pokok membesar n menjalar.


Kendian mengeluarkan buah..memang serupa arr macam buah epal(dari jauh),tapi tak sama.Ell pun pelik apasal lain benar rupanya..

See...(think!) owh,ok..now we'ols sedar we'ol dh tertipu...huhuhu..

ni bunga nya..

Ada yang dah masak nih.Elok sangat kalau buat jus.Untuk pengetahuan u'ols..buah markisa ni selalu orang buat jus je.Sebab musababnya adalah rasanya yang agak2 masam sket.So,memang dah sahlah ini bukan buah epal kan...haiyya tatak guna itu tokey lor,mau untun ini olang kasi tipu punya...choiii!

Op op op...ok,ini pengakuan jujur...gambar2 diatas bukan pokok hasil tanaman MIL yang Ell ceritakan tu ye.Kisah ini memang kisah benar..tapi hasil tanaman diambil di"Wednesday Ditch Farm Resort" tempat yang Ell pergi tengok kuda haritu.Kalau tak tahu dimana,refer previous n3 atau link nya DISINI.

Ell pun baru tahu,lepas pakcik staff kat situ bagitau.Dan...Ell sangat kagum dengan kesungguhan owner dengan menanam pelbagai jenis pokok2 (mostly masih kecik2 la) utk mengekalkan kehijauan serta Ell rasa untuk pengetahuan jugak.
Tapi sedihnya pokok yang MIL tanam tu terbiar tak terjaga tidak seperti pokok dalam gambar2 ni.Dah ingat tak de pekdah apa2 kan.Agak2 kalau bela balik boleh menjadik tak?Well,ini kene usulkan cadangan pada MIL nih.heheh..

Pokok ni boleh tahan lebat buah die,daunnya pun merimbun..sejuk je kalau berteduh bawah ni.

Dan juga yang ini...Sila cari buah tersembunyi...hehe

Seingat Ell,Ell memang pernah beberapa kali rasa jus markisa ni.If u'ols nak tahu lebih pasal buah ni,samada rupanya,khasiatnya atau cara gunanya..jangan malas google sendiri.Tapi Ell jumpa gamba yang sangat meleleh...untuk ditengok.:)

Tu diaa....jus markisa! pekena time hangat2 ni fuhhh syorgaa...


thnx to citarasawan.blogspot.com





Buah markisa~

Monday, February 07, 2011

Cuti CNY~

Hai hai hai....
Panjang cuti ya u'ols..seronok?Ramai yg Ell perasan ambik kesempatan pergi melancong pada cuti panjang ni.Tak kiralah dalam negara atau luar negara.Budget lebih boleh seberang laut kan.Ell tak kemana pun u'ols...sebab BIL1 n fmly balik kampung plus MIL kene masak briyani n lauk ayam untuk open house manager kepada En.husband saya. :) Tapi ada xtvt we'ols..bukan duk melangut je kat rumah.

Ok,sebenarnya hari isnin n selasa kids masih sekolah,untuk sekolah agama.Maklumlah,mana ada pelajar or cikgu cina kan.Makanya hari rabu baru start cuti.Petang rabu BIL1 n fmly tiba tapi sebelum tu Ell ngan MIL ni kencang jugak ah masak gulai asam pedas ikan sembilang yg fresh.If u'ols pandai makan,mesti u'ols trliur niyh.Tu sebenarnya gulai wajib kalau anak2 MIL balik kampung.Ok,enough lh ye.(sori no gulai pic) 

Hari khamis we'ols dah plan nak bawak kids gi horse riding sebelah petang lepas balik dari open house.We'ols pun 1st time nak gi situ.Exited kemain lagik.Untuk pengetahuan,tempat riding horse tu tak jauh dari tempat we'ols..tu yg macam tergedik2 je.weather pun hari tu just nice..tk berapa nk panas,mendung nk hujan pn bukan..sedang2 je.

Tempat ni dalam daerah Pontian,kawasan kampung.
~PT.Wak Rabu~

Ok,we'ols dah sampai...kids sangat teruja!:)
 Pintu gerbang yg menyambut kedatangan we'ols..

Ok,meh2 explore apa ada kat dalam.Tapi sebelum tu Ell nak nasihatkan supaya jangan termuntah plak dengan n3 yang melampau banyak gambo ni ye.Ni pun dah edit...ngee..


Antara facilities..

Antara  horses pictures
Ni semua horses yg sangat suman (baik2)

 Tapi jangan yg sekor ni.Orang lain tak boleh tegur sebarang,nk meradang je.Nampak tu ada caution..Tak padan kecik okeh.Ada sejarah sebelum ni ada kids yg pernah kene gigit perut lah,mulutlah..huhu danger!

Kardo baru balik jalan2..:)

Mari beramah mesra bersama Kardo

Da kids..

with Kardo

background Bilal...bleh amik pic dr jauh je...

proses hancurkan rumput utk mknn ostrich.




 

Memandangkan baru lepas musim hujan,xtvt horse riding trpaksa break dulu sebabb struktur tanah yg lembik.Kang trbenam kaki horse tu susah plak...sapa nk jawab...So,we'ols bersembang jelah dgn staffs yg ada...Macam2lh yg diborakkn...n tumpang bangga owner this farm is bangsa melayu dan yg penting,anak jati Pontian.Mesti bnyak duit tu...imagine sekor2 horse yg dibawa masuk kosnya lebih kurang RM70k...pergh! nk maintain lg,maintain tmpt,gaji pekerjalh, lain2 lglh..








Meh snap pic sana sini..:)

siap ada signboard petikan surah lagi

"And (He created) horses , mules and donkeys for you to ride them, and as an adornment. And He created (other) things of which you no knowledge" surah 16 An-Nahl

ATV riding pun ada..

 relaxing view....

Ok,alls..buat masa ni tak dapat jumpa boss lagi n tak tnya pn berapa kos utk horse riding,penginapan or pakej lain yg disediakn.But surely we'll be back soon...promise!! :)



Cuti CNY~

Birthday blast di tepi kolam~

Ok sebelum tu nak bgtau bukan Aariz punya, juga bukan Dina punya.Ni birthday party anak sedara MIL yg Ell dulu pernah review pasal rumah agam dia DISINI. Walaupun hujan tanpa henti 3-4 hari, we'ols sudikan jugak menghadirkan diri.Rugi woo kalau tak pegi sbb mmg dh tau foods dia super duper superbss.

 Hujan hri tu mmg sangat lebat.Mngkin ada antara u'ols  tau dari berita yg kt Johor ni tgh hujan memanjang. Dn dsbbkn hujan yg tramat lebatlh,we'ols sampai jam 5ptg sungguhpn sbnrnya mjlis start jam 4ptg.Tp apapun acaranya masih rasa mcm baru je start.

 Ada games utk all da kids yg dtg...seronok lh d'ols...tp mak pak eloklh menjamu selera ya...sbb itu je acara nyer pun...hahaha.
Nampak tak nun diseberang swimming pool tu..tu d'ols tgh men games lh tu.

 Foods seperti yg dijangka,mmg double thumbs up.Ada satey,ada mee rebus,ada roti jala,ada mee soto.Utk desserts ada blueberry tarts,ada custard tarts n peach,ada tu ada ni...eh mcm2 adalah.Yang penting sediakan perut je...perut sendat pun sumbat je..:D

 Ok,ini anak dara saya yang kengkonon feel dh besar n shy2 cat nk join games..

 Masquerade lady? haha..Dina abes satu game dtg mintak air,abes lg satu game dtg mintak kueh...dh abes games..dtg tunjuk adiah..ala,jajanan je pun.

 Aryan suka suki die je nak merayap memana.Risau je tercebur dlm pool tu.

 "Weee...ni celebrate birthday Aariz ke..."
sori la sayang mama tk buat gah cenggini.

 Dina n Aryan

 Buah hati mama n babah.Happy kn kat majlis orang. bukan org lain pun..hehe


Model tingkap..

Orang kata hujan bagaikn mutiara..kalaulh betul hujan tu mutiara dh sah2 Ell kutip satu2 mutiara tu.boleh kayo makcik...:D 


 Hujan tu berpanjangan..kejap kang lebat,sekejap lagi rintik2 manja je die...tapi non stop ok.

 Hari nak senja dah pun...nak tunggu hujan berhenti mmg payah la...n seperti yg diberitakan,stgh tmpt kt Johor dilanda banjir.Itu adalah sebab hujan berlarutan siang kemalam membawa ke siang dan ke malam lagi selama 4 hari.
makanya we'ols mintak lah diri..takkn nak tunggu 4hari 4mlm plak kan...

Ell mmg memuji mknn n layanan tuan rumah.Terima kasih bnyk2.


Ok, gambar bawah ni tempelan harijadi Dina & Aariz. Betul2 simple, apa yg penting is happy.

Wahha..lilin tu ada 8 btg trmasuk lilin Aariz (Dina 7 n Aariz 1).

Tapi Aariz sangat tak menyabo2 nak potong cake.Macam pandai je ekk.

Sayang anak mama n babah semua..




Birthday blast di tepi kolam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...