Hello n hye..
Semalam jiran sebelah rumah Ell buat majlis kahwin..Dan biasalah hiburan melampau kan...bukan selalu kan..sekali sekala kan....ahaks.Adoi,sampai kul 1-2 pagi u'ols..pening kepala x dapat tido.Pastu hari ni bagun kul 5 pagi siapkan sarapan n bekal ank2 sekolah sebelum subuh.Sebab selalunya lepas subuh siren Aariz dh berbunyi.Tak tahan nak buat kerja berebut2.
Citer pasal hiburan ni,Ell teringat zaman Ell kecik tawon 80an dulu.Time tu Ell ngan mak abah stay kat Muor.Sedia maklum lah,muor tu dekat dgn Melaka n sedikit sebanyak pengaruh budaya Melaka tu ada ye tak?
Apa yang Ell maksudkan bila time kenduri kawen tu ialah joget lambak.Katanya joget lambak di Melaka ni dari tahun 50an lagi dah ada.Joget lambak ni asal usul namaya dah tentulah dari jogetnya yang melambak tu.Maknanya bila time nak joget melambak lah orang2.
Biasanya joget lambak ni dibuat oleh orangtua pengantin belah malam dimana belah siang d'ols dah berpenat2 bertungkus lumus mengadakan kenduri.Joget lambak ni kira hiburan menghilangkan penat lah kononnya bagi orang2 yang menolong di majlis berkenaan.(Makin penat ada ler)
Tuan rumah akan panggil KUGIRAN (Kumpulan Gitar Rancak) atau kumpulan pukul tabuh (macam gendang) untuk menyanyi dan bawa 2-3 orang aweks wanita untuk menari. Tarian ni ditarikan sampai subuh beb..tahan jelah .. memang giler ah...
Kaedah joget d'ols gelar sorong tarik..(jgn korang pikir kuning plak yer..) macam dlm klip ni..
Malam nilah kalau ada yang nak mencari jodoh boleh try...:)Orang tua2 tak marah punyer..tak percaya? cuba u'ols tengok klip ni>
ahaks..org tua lagi kemaruk ni ha.....
Sekarang dah tak pernah jumpa lagi..mungkin ada,tapi tak banyak.Elok lah kalau dikurangkan..dan lebih elok kalau terus dimansuhkan.Bukan nya apa,ditakuti yang bukan muhrim ni bercampur gaul melampaui batas plak.Dibimbangi juga niat asal tu jauh terpesong macam dalam klip ni>
Adoii..segan aku tengok pondan ni....so,ini mmg tidak diinginkan kan..
Asal majlis walimatulurus tu kan mencari pelbagai keberkatan,nanti tak dapat berkat dosa pulak berganda.N3 ni pulak tak de apa2 maksud yer.Cuma saja tetiba teringat kenangan zaman2 membesar.:)
Asal majlis walimatulurus tu kan mencari pelbagai keberkatan,nanti tak dapat berkat dosa pulak berganda.N3 ni pulak tak de apa2 maksud yer.Cuma saja tetiba teringat kenangan zaman2 membesar.:)
