Tuesday, June 21, 2011

Sarapan dan bekal~


Assalmualaikum...
kesian blog ni.Lama sungguh kena tinggal tuan..:D Sebenarnya ada je setiap hari surf internet segala,cuma tak berapa rajin nak ketik-ketik keyboard post apa-apa.Tapi hari ni agak tergerak hati nak menulis tentang sesuatu.Manalah tahu hari ini sebagai permulaan,dan mungkin esok lusa idea bertalu-talu. 


U'ols atau pun anak-anak, sarapan tak waktu pagi atau nak pergi sekolah.Haa..cek betul-betul rutin harian u'ols ya.Kesian lah tengok adik-adik yang kecik-kecik tu pergi sekolah sakit perut,masuk angin.Pastu nanti muntahlah,peninglah,pitam lah.hai,jangan buat naya.Menyusahkan orang keliling je.Lebih-lebih lagi cikgu,nak mengajar pun jadi tergendala.

U'ols tahu tak otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.(langsing tu tak kukuh lagi)ahakss

 Sebenarnya,pengambilan sarapan pagi tak perlu terlalu berat.Cukup sekadar sekeping roti,segelas susu atau cereal/bijirin.Tetapi,jika memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat yang memberikan tenaga,ia mampu menahan rasa lapar dan keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dan makan tengahhari.Kata pakar,kesan nya amat positif terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan waktu pagi.Mereka lebih fokus dalam pelajaran dan boleh menyelesaikan masalah terhadap pelajaran dengan baik.


Ok,untuk anak-anak Ell sejujurnya sejak dari sekolah tadika Ell dah bekalkan d'ols dengan sarapan dari rumah.Dan sampai sekarang pun Marsha dah darjah 4 masih bawak bekal tanpa malu.Patut Ell berterima kasih dengan cikgu-cikgu sekolah tadika tu jugak sebenarnya.kalau sekolah Tadika Kemas d'ols mesti sediakan makanan untuk murid-murid.Sebab tu Ell ingat lagi orang ramai yang kata Tadika Kemas tu sekolah makan..:)

Mula-mula register Marsha sekolah Tadika Islam tu dulu,agak kecewa sedikitlah sebab pihak sekolah tak sediakan makanan.Murid-murid kena bawak bekal dari rumah.Dan d'ols boleh berkongsi dengan kawan-kawan atau cikgu di sekolah.Time tu Ell ingat lagi terpaksa bergigih bagun awal-awal pagi nak bikin sarapan yang sedap-sedap.Maklum jelah,memang dah tahu cikgu-cikgu akan rasa juga bekal murid-murid :) Kata orang "alah bisa tegal biasa"kan.Lama-lama dah jadi kebiasaan n tak kisah nak menumbuk cili untuk nasi goreng kampung seawal 6 pagi.(kadang2 dia dh request malam sblm tidur).

Untuk pegetahuan,apa yang dikatakan sarapan ialah pada waktu 7-9pagi.Orang yang mempunyai penyakit seeloknya ambil lebih awal iaitu pukul6.30pg.Sarapan sebelum pukul 7pg adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.

Sebab itu,Ell pastikan anak-anak Ell ambil sarapan sebelum pergi sekolah dan bekalkan juga dengan sarapan tu.Sekali sekala je bagi duit belanja sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali,kadang-kadang seminggu sekali pun tidak.Nasib d'ols tak de komplen apa-apa.

Ini bekal anak-anak Ell ke sekolah.Yang merah Marsha punya,n yang pink Dina punya.gambar ni ambil sebelum cuti sekolah haritu,sekarang botol air Marsha lagi besar dengan air penuh.Alah,botol nestea yang macam dalam iklan tu...."goncang botollah..bukan badan..." 

Ok sarapan pelbagai ya..tengoklah internet.Dah ada kemudahan kan.Selalu search resepi mat salleh yang simple2 lah.Paling cikai pun nuget or frankfurter n fries.Tu kalau terbangun 'awal' lah.Kalau bangun lagi awal boleh buat murtabak simple,sandwich,mini pizza guna roti,penkek/lempeng,baked bean,lasagna,frittata,murtabak meggi,sosej roll n macam-macam lagilah.Paling terdesak pun roti sapu jem,kalau sempat toast akan di toast.Tapi yang penting roti mesti ada setiap hari kat rumah. 

Salah satu kebaikan bawa bekal makanan dari rumah ni,kebersihan kita yang kawal.Makna nya dijamin bersih.Anak-anak Ell jarang bawak duit saku pergi sekolah.Bukan masalah kewangan,cuma nak biasakan budak-budak ni tak main sangat dengan duit.Melainkan ada keperluan di sekolah yang memerlukan duit.
Citer pasal duit belanja sekolah ni,teringat Ell waktu Marsha darjah 1.Time tu memang terlewat habis nak prepare sarapan.1st time bg dia duit belanja.Bagi 50sen je sebab dah bawak bekal air.Kalau 50sen tu cukuplah sebungkus nasi lemak katanya.Balik sekolah je sebagai mak yang prihatin ni(eceh) tanyalah kat sekolah beli makanan apa?Si anak pun jawab beli tempe goreng(fav dia tu).Ok,tapi yang tak puas hati ada ke dia bayar semua 50sen tu untuk sekeping tempe yang harga 20sen.Dia seboleh2 argue yang makcik kantin kata tempe tu 50sen.tak logik kan,sebab tempe tu kecik je.Lepas tu 2 tahun jugaklah tak bagi dia duit belanja.Bukan takat tu je,siap belanja kawan pun ada,beli pemadam lah,pensel lah...murah hati betul tau.Tapi bagusnya sikitpun dia tak merengek nak minta duit belanja sekolah.Pada dia bawak bekal tu tak de masalah.



Sarapan dan bekal~

Tuesday, June 07, 2011

PERSONA TRADING: My First Contest

Klik tajuk bawah utk penyertaan:-


Syarat2 penyertaan:
1) Letakkan header di atas dalam entry anda.
2) Mestilah menjadi follower PERSONA TRADING.
3) Buat entry mengenai contest ini dengan menjawab soalan2 berikut:
a) Pernahkah anda dengar dan menggunakan produk Imtiyaaz?
b) Adakah anda menggunakan penapis air di rumah?
Jika ya, jenama apa?
c) Jika anda mengetahui tentang kebaikan penapis air untuk
keluarga anda dan kami pula menawarkan penapis air
dengan harga promosi, adakah anda berminat untuk membelinya?
4) Tag kan pada 2 orang dan pastikan mereka tahu mereka telah di tag.
5) Tinggalkan link entry anda di kotak komen ye.
6) Contest bermula dari 23 Mei - 30 Jun 2011.

  • Contest ini dilakukan secara online dan offline. Online adalah melalui blog PERSONA TRADING dan offline dilakukan di booth kami di Econsave Bangi, Jalan Reko.
  • Pemenang akan dipilih 2 orang dari online dan 2 orang dari offline.
Hadiah menarik menanti anda semua. Lihat di bawah ini:

HADIAH PERTAMA

Penapis Air Imtiyaaz SE bernilai RM598.00

HADIAH KEDUA
Imtiyaaz Termos Alkali bernilai RM298.00

HADIAH KETIGA

Raudhah de' Foot Patch(20 keping) RM65.00

HADIAH KEEMPAT
Raja Detox(10 keping) RM25.00
Jawapan:-
a)Pernah,beberapa hari lepas setelah kena tag dengan PN SHIELA.hehe.Secara jujurnya tak pernah dengar secara details tentang produk IMTIYAZ ni.Produk baru ya.Alhamdulillah...satu lagi produk halal keluaran anak bumiputera.Tumpang bangga!
b)Ya,saya guna penapis air dirumah.Jenama DIAMOND yg dutanya Chef Wan.
c)Secara amnya,air adalah punca utama kehidupan kita.Masak guna air,mandi guna air,minum juga kita minum air.Dengan air kita boleh sihat,dan dengan air juga kita boleh jatuh sakit.Klau sumber air kita bersih kesihatan sentiasa terjamin.Maka kalau air yang kita terima itu diragui kebersihannya,kemungkinan macam-macam penyakit kita boleh hidapi.Maklumlah,dalam air tu macam2 jenis bakteria yang kita tak nmpak dengan mata kasar.
Kalau harga penapis air IMTIYAZ ini berpatutan,dan saya mampu apa salahnya saya mencuba.Boleh pasang 2.kalau dapat free lagi saya suka.hehe.


Tag:-
 
PERSONA TRADING: My First Contest
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...