PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, June 21, 2011

Sarapan dan bekal~


Assalmualaikum...
kesian blog ni.Lama sungguh kena tinggal tuan..:D Sebenarnya ada je setiap hari surf internet segala,cuma tak berapa rajin nak ketik-ketik keyboard post apa-apa.Tapi hari ni agak tergerak hati nak menulis tentang sesuatu.Manalah tahu hari ini sebagai permulaan,dan mungkin esok lusa idea bertalu-talu. 


U'ols atau pun anak-anak, sarapan tak waktu pagi atau nak pergi sekolah.Haa..cek betul-betul rutin harian u'ols ya.Kesian lah tengok adik-adik yang kecik-kecik tu pergi sekolah sakit perut,masuk angin.Pastu nanti muntahlah,peninglah,pitam lah.hai,jangan buat naya.Menyusahkan orang keliling je.Lebih-lebih lagi cikgu,nak mengajar pun jadi tergendala.

U'ols tahu tak otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.(langsing tu tak kukuh lagi)ahakss

 Sebenarnya,pengambilan sarapan pagi tak perlu terlalu berat.Cukup sekadar sekeping roti,segelas susu atau cereal/bijirin.Tetapi,jika memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat yang memberikan tenaga,ia mampu menahan rasa lapar dan keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dan makan tengahhari.Kata pakar,kesan nya amat positif terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan waktu pagi.Mereka lebih fokus dalam pelajaran dan boleh menyelesaikan masalah terhadap pelajaran dengan baik.


Ok,untuk anak-anak Ell sejujurnya sejak dari sekolah tadika Ell dah bekalkan d'ols dengan sarapan dari rumah.Dan sampai sekarang pun Marsha dah darjah 4 masih bawak bekal tanpa malu.Patut Ell berterima kasih dengan cikgu-cikgu sekolah tadika tu jugak sebenarnya.kalau sekolah Tadika Kemas d'ols mesti sediakan makanan untuk murid-murid.Sebab tu Ell ingat lagi orang ramai yang kata Tadika Kemas tu sekolah makan..:)

Mula-mula register Marsha sekolah Tadika Islam tu dulu,agak kecewa sedikitlah sebab pihak sekolah tak sediakan makanan.Murid-murid kena bawak bekal dari rumah.Dan d'ols boleh berkongsi dengan kawan-kawan atau cikgu di sekolah.Time tu Ell ingat lagi terpaksa bergigih bagun awal-awal pagi nak bikin sarapan yang sedap-sedap.Maklum jelah,memang dah tahu cikgu-cikgu akan rasa juga bekal murid-murid :) Kata orang "alah bisa tegal biasa"kan.Lama-lama dah jadi kebiasaan n tak kisah nak menumbuk cili untuk nasi goreng kampung seawal 6 pagi.(kadang2 dia dh request malam sblm tidur).

Untuk pegetahuan,apa yang dikatakan sarapan ialah pada waktu 7-9pagi.Orang yang mempunyai penyakit seeloknya ambil lebih awal iaitu pukul6.30pg.Sarapan sebelum pukul 7pg adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.

Sebab itu,Ell pastikan anak-anak Ell ambil sarapan sebelum pergi sekolah dan bekalkan juga dengan sarapan tu.Sekali sekala je bagi duit belanja sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali,kadang-kadang seminggu sekali pun tidak.Nasib d'ols tak de komplen apa-apa.

Ini bekal anak-anak Ell ke sekolah.Yang merah Marsha punya,n yang pink Dina punya.gambar ni ambil sebelum cuti sekolah haritu,sekarang botol air Marsha lagi besar dengan air penuh.Alah,botol nestea yang macam dalam iklan tu...."goncang botollah..bukan badan..." 

Ok sarapan pelbagai ya..tengoklah internet.Dah ada kemudahan kan.Selalu search resepi mat salleh yang simple2 lah.Paling cikai pun nuget or frankfurter n fries.Tu kalau terbangun 'awal' lah.Kalau bangun lagi awal boleh buat murtabak simple,sandwich,mini pizza guna roti,penkek/lempeng,baked bean,lasagna,frittata,murtabak meggi,sosej roll n macam-macam lagilah.Paling terdesak pun roti sapu jem,kalau sempat toast akan di toast.Tapi yang penting roti mesti ada setiap hari kat rumah. 

Salah satu kebaikan bawa bekal makanan dari rumah ni,kebersihan kita yang kawal.Makna nya dijamin bersih.Anak-anak Ell jarang bawak duit saku pergi sekolah.Bukan masalah kewangan,cuma nak biasakan budak-budak ni tak main sangat dengan duit.Melainkan ada keperluan di sekolah yang memerlukan duit.
Citer pasal duit belanja sekolah ni,teringat Ell waktu Marsha darjah 1.Time tu memang terlewat habis nak prepare sarapan.1st time bg dia duit belanja.Bagi 50sen je sebab dah bawak bekal air.Kalau 50sen tu cukuplah sebungkus nasi lemak katanya.Balik sekolah je sebagai mak yang prihatin ni(eceh) tanyalah kat sekolah beli makanan apa?Si anak pun jawab beli tempe goreng(fav dia tu).Ok,tapi yang tak puas hati ada ke dia bayar semua 50sen tu untuk sekeping tempe yang harga 20sen.Dia seboleh2 argue yang makcik kantin kata tempe tu 50sen.tak logik kan,sebab tempe tu kecik je.Lepas tu 2 tahun jugaklah tak bagi dia duit belanja.Bukan takat tu je,siap belanja kawan pun ada,beli pemadam lah,pensel lah...murah hati betul tau.Tapi bagusnya sikitpun dia tak merengek nak minta duit belanja sekolah.Pada dia bawak bekal tu tak de masalah.



7 comments:

Kak Lia said...

akak ni malas nk buat sarapan...hehehe....salu buat, tak terabih...melainkan akak tapauuuu gi opis...paling2 malas, beli roti aje...tk pun nasik lemak

rasp said...

saya sgt agree bahwa breakfast itu wajibbb.....
utk anak2 mmg rajin saya bekalkan...
tapikan sis...utk diri sendiri tak nak plak bawa bekal...
agaknya 'bosan' dgn masakan sendiri kot hehehehehe

Dee said...

dee mmg tak sarapan..minum air je..tp lunch awal..dah biasa gitu sis..kalo dee bfast..dee lagi gemuk dr skrg..cuba juga bfast..tp tak lunch..xleh..gastrik..huhu..

si mimi lak..gi sekolah awal..6.30 pagi..kat sekolah pra..cikgu dah sediakan light bfast..nti kul 10 baru heavy bfast..balik dia bukak lagi tudung saji bbsitter..mana tak gemuk..hehehe..

~finee~ said...

adam before pegi school nak bfast roti bakar n milo..nenek dia buatkan :)

Yan said...

klu ade benda dlm esbox.. buatla sarapan.. cam qis.. dia ske sosej.. so rebuskan je... takpun goreng kentang.. simple heheh...
klu rajin skit.. msk ns goreng.. klu ade tepung wat jemput..

SYANI said...

Bagusnya anak2 kak ell rajin bawak bekal pi sekolah. Anak saya tahun depan tak tahulah cemana nak sekolah kebangsaan.

Lama tak singgah blog kak ell, Aariz pun dah besar ye..

Che Sayzzuwan said...

Wah...nampak cm sedap tu kak hehe

http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jom-bersama-menikmati-sarapan-pagi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...