Monday, March 25, 2013

Hari-hariku yang pack



Hai lah blog,susah benar nak commit dgn kamu.Hari2 macam2 hal yang nak dibuat dan di selesaikn.

Lebih2 anak sulong Ell tahun ni akan menduduki peperiksaan UPSR.Makanya macam2 program yang pihak sekolah aturkan untuk melibatkan ibu bapa bermula febuari lepas.Dengan kelas malamnya setiap hari untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran diluar waktu sekolah,dari jam 8 hingga 10mlm.Dahlah budak2 ni balik sekolah agama kul 6.30ptg,berebut nak buat semua benda.n ibu bapa diharuskan datang bersama anak masing2 untuk lihat mereka belajar.Ibu bapa pun ada tugas memasing,untuk Ell dan suami serta seorang lagi ibu,kami ditetapkan untuk sama2 mmbantu menyediakan makanan pada setiap hari selasa.Hujung minggu pula diwajibkan hadir kekelas tambahan,tanpa alasan(yang ni mak pak takyah sibuk,tinggal je deme kat skolah)..Sekolah berusaha keras,tapi kenelah ada kerjasama dari ibu bapa kan.Tak kurang dengan kelas malam dan kelas tambahan,setiap hujung bulan ada pula aktiviti bacaan yasin dan solat hajat.Cuti sekolah ni pun ada kelas tambahan.Tinggi sungguh harapan cikgu2 dan pihak sekolah pada murid2 ni. Dan Marsha adalah antara pelajar yang pihak sekolah dah letakkan harapan untuk score 5A.(gile ko!mak die yang nebes.Tiap2 hari tak putus berdoa) 


Sebagai persedian sebelum Marsha ke sekolah menengah,Ell terpaksa daftarkan diri kekelas memandu.Ye, Ell baru belajar nak pegang stereng kete.Jangan nak senyum2 sinis ye,Ell dah sah2 dapat title 'ketua'..Time kursus KPP(kursus pendidikan pemandu) tu semua nye budak2 baru lepasan SPM kecuali ahkak.hahah tapi takde org perasan pun Ell pelajar berusia sebab kan ke awet muda.hehe...Ok,lepas pra L,9 kali belajar,cikgu suruh amik QTI(qualifying test in institut) aka pra test.29hb febuari(jumaat ni) Ell test dengan JPJ.Doakan Ell lulus ye.TerimaKasih :-)

Selama ni en.suami manjakan sangat suruh stay rumah,anak2 pergi balik sekolah konon semua dia boleh settle.Tak dinafikan lah,semua dia boleh handle..tapi sila imagine u'ols,pagi jam 7 antar Marsha n Dina sekolah kebangsaan,jam 7.50 antar Aryan ke Taski.Balik pulak semua masa lain2 sorang jam 12,sorang jam 1 n sorang lagi jam 1.30 kecuali hari jumaat semua jam 12tghhari.Pastu antar pulak sekolah agama.Dina darjah 3 jam 2 ptg,ambik pulak nanti jam 3.30ptg sekali antar marsha yg masuk kelas jam 3.30ptg .Dan Marsha balik sekolah jam 6.30 ptg.Tapi waktu balik tu,minta tolong mak Ell pickup Marsha dari sekolah.Mak tunggu pulak Marsha nak hantar kesekolah untuk kelas malam...sebab en.suami tutup kedai jam 8mlm.Ha! pening tak? Kesian laki i..banyak terganggu masa kerja dia.Itu pun nasib baik masuk kedai bergilir dengan partner kedai dia.En.suami amik belah petang je dari jam 4.30ptg-8mlm.(untuk pengetahuan,En.suami ada kerja lain selain menguruskan kedai sukan)  

Itu pun lama dah pujuk nak mintak belajar kete,tapi asyik bertangguh je.Sengaja dia lengah2 kan masa.At last dia mengalah dan mengaku jugak yang dia tak boleh handle semua bende sorang.Ok,mula tahun depan,Ell boleh dah uruskan hal anak2 sekolah.Biar en.suami cari rezeki dengan selesa tanpa mengganggu masa kerja.  

Kemudian nak uruskan hal2 rumah lagi yang takkan pernah habis,maklumlah ye..kanak2 berusia dalam lingkungan 3-6 tahun sangat rajin membantu 'mengemas'. ;-) Kadang2 belah petang ada pulak permintaan buatkan makanan.Tu kerja Dina.Dia memang selalu order dengan mak dia ni.Tapi tak pe,sabarrr layankan jugak.kalau tak gitu skill mak dia kat dapur tu tumpul.;-)

Ok,sepatutnya hari ni Ell ada kelas blajar kete(walaupun bukan belajar dalam kelas),tapi cikgu tu ada hal makanya Ell ada peluang belajar lagi sekali je hari rabu sebelum dipandu uji dengan JPJ hari jumaat ni.huhu nebes2...puhpuhpuh.tolong jampi sket.hehe


Hari-hariku yang pack

Thursday, March 14, 2013

Testing testing...

Bismillahhirrohmanirrohim...


Wah,tetiba je semnagat dh pulih kan.Saje nak menge'test' penulisan dalam blog ni.Tapi tengok,tah sampai bila semanagt ni.N3 yg lepas pun takde sebarang komen,makanya semangat tak sempat nak bakar pun api dah padam balik..haha.

Sebelum nak mula menulis ni Ell ada juga singgah beberapa blog sahabat2 blogger lain.Ternyata kalian masih setia menulis.Sangat kagum sebab memberikan komitment yang tak berbelah bahagi terhadap blog masing2.Tapi tak kurang juga yang dah tutup buku setahun dan 2 tahun yang lalu.
Mana yang masih 'sedar' akan kewujudan blog ni,Ell berterima kasih sangat.

Mudah2an blog ni takkan tinggal kenangan semata.Harapan Ell,penulisan blog ni akan seiring dengan perjalanan hidup Ell dan keluarga.




Testing testing...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...