PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, February 11, 2009

Kenali Pontian~part 1

Wednesday,February 11,2009

U'ols,apa kata Ell cite sket mengenai tempat tinggal Ell yg trcinta nih.Ell sebenarnya bkn lh asal dr Pontian,Ell asal dr daerah lain negeri Johor iaitu Muar,tp Ell rasa seronok nk share ngan u'ols.Apa salah nya sesekali kita kaji sket ilmu2 geografi ni kan..masa sekolah dulu geografi antara subjek yg ell tk ske:P


Daerah Pontian merupakan daerah terkecil dalam Negeri Johor. Nama 'Pontian' dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN' yang bermaksud tempat persinggahan. Kedua-dua muara Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil pada satu masa dahulu merupakan perhentian tempat perahu berlabuh berlindung dari gelombang dan angin ribut. Perkataan ‘perhentian' itu lama kelamaan berubah disebut sebagai Pontian. Daerah pontian dibangunkan oleh saudagar dari Singapura iaitu Syed Alsagoff . Dengan sokongan dari Sultan Abu Bakar, beliau telah membuka perusahaan perladangan yang besar pada tahun 1878.

Kini, daerah Pontian lebih terkenal dengan perusahaan nenas kerana kesesuaian asas tanahnya(tanah gambut) dengan tanaman tersebut. Sebuah pusat penyelidikan telah didirikan dan menanam hampir lebih dari 100 jenis tanaman nenas di daerah Pontian seperti Josapine (benih nenas dari negeri Johor) dan Nenas Sarawak. Di sini juga terdapat sebuah Muzium Nenas.Pontian mempunyai keistimewaannya iaitu sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Umpamanya, Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung Benua Asia yang menjadikan daerah Pontian sebagai tarikan pelancong yang perlu dilawati.

Tanjung Piai
Tanjung Piai, terletak di Mukim Serkat, Pontian dan ia nya terletak di bahagian paling selatan mengikut peta Benua Asia (hujung benua asia). Tanjung Piai menyajikan pemandangan Selat Melaka yang indah. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Tanjung Piai adalah satu kawasan yang mempunyai fenomena yang "spectacular" dengan kunang-kunang. Pada tahun 2006, beribu penduduk dari seluruh dunia telah melawat Johor. Sebagai laluan utama ke Malaysia, Johor mempunyai potensi untuk memenuhi percutian dengan penuh bemakna yang dapat diabadikan.

Kukup
Kukup, terletak disebelah hujung barat daya Semenanjung Malaysia, 20km dari Pontian Ianya juga dikenali sebagai perkampungan nelayan dimana kebanyakan rumah disana dibina di atas kaki bajang. Kukup cukup popular dengan penternakan ikan dan rangkaian restoran makanan laut yang dihidang dengan masakan tempatan seperti ketam, ikan dan udang. Pelancong juga dapat mengikuti pakej perjalanan ke Pusat akuakultur untuk melihat berbagai jenis ikan dan kehidupan laut yang lain yang dibiak dalam sangkar termasuk raja ketam. Pusat akuakultur adalah rumah kelong diatas air, dimana ianya di bina berdasakan stuktur rakit yang boleh terapung ditengah-tengah laut. Selain itu pelancong juga boleh ke Pulau Kukup dengan menaiki bot yang akan membawa mereka ke pulau bakau dimana ianya juga sinonim dengan kawasan ekologi.



*ada lagi yg menarik ell kumpulkn utk tatapan u'ols di posting yg berikutnya..~(part 2)


12 comments:

e_ja said...

dpd menambahkan ilmu pengetahuan geografi akak nih..hehehe..

akak pun x mnat subjek geog masa sek..

tp ni sabjek feveret asben akak nih..;)

.: Sugar-cRave :. said...

huhu..mcm menarik jek tempat tu kan....hehe....me penah lalu je kat sana tp tak singgah...hehe...

*neway, salam kenal...nice blog lor...ngeee..;D

@tune® said...

terima kaseh di atas setin nenas yg besar itu

kini saye tahu asal usulnye

mummysya said...

ermmm!!! beshnya nengok nenas tu. Anw, info yg menariks nie...

Anonymous said...

xpenah sampai pun pontian... insyallah one day...

~ Lady ell ~ said...

e-ja>
kalau bawak asben akak gi jenjalan mesti tk sesat kn.kalau minat geog,mesti hebat pasal alam nih.

mistaken identity>
dh lalu pontian?dr mana nk kemana?

salam kenal..nnt ell buat kunungan balas ya..:)

atooney rooney>
tk habis2 lg ngan nenas tu.asal aku je ko ingat nenas ekk.kalau nenas ko ingat aku tk?

mummysya>
tq..mai dtg pontian..

kabussenja>
kt pontian ada gak tempat menarik tau...nnt ell cite kt next n3 k.

Dee said...

wah..rajinnyer citer psl pontian..good info ni..menarik ni..

rasp said...

wah terasa cam kat kelas geog hehehehehe nenas josapine/sarawak maniiiiiisss banget kan! tapi i makan se-slice je leh le..tak leh byk..tak suka lidah rasa lidas gitu :D

~ Lady ell ~ said...

Dee>
mmg sgt teruja nk citer tau...walaupn daerah kecik,but ada lah yg boleh dibanggakn..

rasp>
heheh..ha'ah sis..mmg nenas tk leh mkn bnyk,nnt lidas..tp kn,kt sini die dh ada siap dlm tin besar yg dh siap slice,bkn takat tu jer...yg dh siap dgn chilli pn ada...pendek kata,mcm2 lh.n trpulang diri sendiri nk buat minum ke,nk buat masak ke,nk buat jus pn boleh...:)

.: Sugar-cRave :. said...

ahaks...emm dulu2...nak pegi pengerang...melawat kawasan...hik hik....;D

Unknown said...

pontian tompat pokcik ku... hehe

~ Lady ell ~ said...

mistaken identity>
owh,pengerang batu pahat tu kan...
ait!melawat kawasan..?ada ke YB semuda kamu..?(blur)

reena>
pakcik reena tu org bandar...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...