PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, April 08, 2010

Bayi Menangis~






Tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.Aritu dah posted n3 pasal legakan kembong n kalau tak menjadi jugak mungkin ada sebab2 lain.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, Insya'Allah, bayi tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapa menggelabah.
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan jin ini.


1.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa.
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
6.Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

*Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan

~surah al-Fatihah,
~ayat al-Kursi,
~surah an-Nas dan
~surah al-Falaq,

kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

*Selepas bersalin juga ada diajarkan dan digalakkan membaca doa yang bermaksud:-

"Aku memohon perlindungan dengan kalimat Illahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat"

*Semasa didalam berpantang ibu-ibu disarankan memberitahu suami agar memperbanyakkan membaca

~Al-Ma'thurat
~Surah yasin
~Ayat Kursi
~Surah Al-Jin

Mudah-mudahan amalan-amalan yang dilakukan dapat menjauhkan bayi dan ibu daripada diganggu jin dan syaitan.Insya'Allah...




Sumber buku:-
*'Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi'
*'Mengelakkan gangguan syaitan'


8 comments:

rasp said...

bagus info nie sis....
nak nak pada bakal2 ibu kan....
especially for the 1st timers nie...

Amiha Ayu said...

info yang bagus..terutama untuk org skrng yg pndang remeh benda2 ni...
good info sis!

Dee said...

good info sis..kdg2 kita yg dh beranak ramai pun leh terlupa..nak2 yg baru anak sorang..

Zasillah Ariffin said...

bagus..bagus..bagus... :)

Aslina said...

kak ell... kalo yang jadik lebih-kurang macam info yang diberi ni...umo da masuk darjah 1 da... bleh buat cam petua tu jugak ke???

kdg2 dier suke menangis teresak2 masa tido. tak pasal2 je...

~ Lady ell ~ said...

rasp>>
betul3..:)

ayu>>
tu la,org skrng ni mana percaya antu setan ni sumer..tp hakikatnya mmg ada..:)

~ Lady ell ~ said...

Dee>>
betul dee,yg dh berank ramai pun kdg2 terlupa..:P

shiela>>
ni cara amalan org islam la..kalo org kapir tk tau plak aku mcm mana caranya..sekadar berkongsi shj..:)

~ Lady ell ~ said...

ninaneno>>
bukan itu mengigau ke...tp cubalah nina try.manalah tau berkesan.yelah setan tu kat mana2 ada,amalkan yg senang dulu

surah fatihah
ayat kursi
surah an-nas
surah al falaq

tu..hembus kat ubun2 kepala.mungkin berjaya..takpun bangkan kuat2 kat telinga die..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...