Friday, January 20, 2012

Ke Teluk Chempedak


Pertama kali ke Teluk Chempedak.Cuaca pada hari ahad itu(11 Dec 11) agak buruk.haha giler lama..dah sebulan baru nak masuk blog.Tak kisah ler,yang penting i'ols dah sampai Teluk Chempedak.Ini buktinya!




 Awal2 pagi hujan dah lebat.Owh,ini tempat penginapan we'ols di Homestay Gambang tu ya.


 Tapi syukur belum jam 10pagi hujan dah mula teduh.

 Lepas packing semua barang, kemas rumah n bersihkan..we'ols check out lebih kurang jam 12tgh hari.
Cuaca pun dah mula elok kan time tu.memang nampak lah perjalanan kami direstui..hehe
Tapi sepanjang perjalanan we'ols lebih kurang hampir sejam ke Teluk Chempedak dari Bukit Gambang tu,we'ols diiringi hujan yang agak lebat.
Sampai di Teluk Chempedak,suasana tenang menyelubungi.hehe.Tapi orang ramai boleh tahan.

Masing-masing menikmati pemandangan di teluk Chempedak sambil bersantai.


Ok,boleh dikatakan angin melampau kuat.Kalau badan yang slim macam papan tu sure melayang macm sekeping kertas je..ahaks..tipu.


Ko tengok,ini orang berani mati punya woo.Ombak tu giler ganaz tau.Kemain berani d'ols pergi ketengah.I'ols tunggu je apa-apa berlaku kat d'ols tu...

Alahai lah gambar apa yang ada je lah ye.Kalau menshoot dengan DSLR ni tentu lagi hebat gambarnya.So,gambar dari henpon Ell ni pun ok lah ya..;(

Waaa..menikmati pemandangan betul nih.

Ececeh...perasan pulak orang amik gambo die.Konon2 nak lari ah tu.:)

Dan bisnes yang paling untung waktu ini ialah menjual buih2 sabun.
Aariz
Abid n Aariz

Makanan we'ols pada hari itu ialah nasi kukus yang simple tapi sedap!

Nasi kukus ,sayur taugeh dan ayam dara berempah.mabeles!!Lauk boleh pilih ikut selera masing-masing.Ada kambing,ikan bakar dan sotong bakar.Harga pun berbeza-beza lah kan.Untuk nasi kukus lauk ayam dara ni harganya RM6.50.

Angin yang kuat buatkan semua orang cari tempat berteduh.Sebab tau dah itu memang petanda hari nak hujan.Untung we'ols dah masuk restoran untuk makan.Depan we'ols tu ada McDonals yang dah padat dengan manusia.

Sebelum gambar ni diambil,tempat ni berduyun-duyun manusia.


angin kuat beserta hujan.sana sini tempias.

Tapi dak kecik ni masih berlegar-legar kat tepi restoran tu tak mau duduk diam.siap pose lagi.:)

Kuat tu angin..kalau boleh nampak gambar ni sebenarnya nak tunjuk ombak yang memukul2 batu di tepi-pantai tu.


Sebelum balik dan berpisah,bergambar dulu untuk dijadikan kenangan.


Ok bye.Jumpa lagi dilain masa.



5 comments:

Neeza.Areef said...

akak baru skali pg TC itupun time study dulu...

lienda said...

ooppssss leh mandi ke pantai teluk cempedak tuh ?

ratna said...

Nasi kukus tu mmg menggoda!

rasp said...

kita sropa sis...
amik gambar pakai hp jer ;)
dah besar dah aariz kan sis...
makin encem :)
bila ek i gi teluk cempedak nie...
rasanya dah setahun lebih gak kot...

~ Lady ell ~ said...

Neeza>
kak ranya nak kene pegi lagi sekali tu..Ell rasa dah cantik.

lienda>
tah ler...dieorg selamba dek je mandi manda tak takut ditelan ombak ke hape.

nasi kukus>
sedap sis...mmg tak rugi.

rasp>
kan...asal boleh nampak terang gambonye kira ok lah tu...
Aariz ur son sis..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...