PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Ke Teluk Chempedak


Pertama kali ke Teluk Chempedak.Cuaca pada hari ahad itu(11 Dec 11) agak buruk.haha giler lama..dah sebulan baru nak masuk blog.Tak kisah ler,yang penting i'ols dah sampai Teluk Chempedak.Ini buktinya!




 Awal2 pagi hujan dah lebat.Owh,ini tempat penginapan we'ols di Homestay Gambang tu ya.


 Tapi syukur belum jam 10pagi hujan dah mula teduh.

 Lepas packing semua barang, kemas rumah n bersihkan..we'ols check out lebih kurang jam 12tgh hari.
Cuaca pun dah mula elok kan time tu.memang nampak lah perjalanan kami direstui..hehe
Tapi sepanjang perjalanan we'ols lebih kurang hampir sejam ke Teluk Chempedak dari Bukit Gambang tu,we'ols diiringi hujan yang agak lebat.
Sampai di Teluk Chempedak,suasana tenang menyelubungi.hehe.Tapi orang ramai boleh tahan.

Masing-masing menikmati pemandangan di teluk Chempedak sambil bersantai.


Ok,boleh dikatakan angin melampau kuat.Kalau badan yang slim macam papan tu sure melayang macm sekeping kertas je..ahaks..tipu.


Ko tengok,ini orang berani mati punya woo.Ombak tu giler ganaz tau.Kemain berani d'ols pergi ketengah.I'ols tunggu je apa-apa berlaku kat d'ols tu...

Alahai lah gambar apa yang ada je lah ye.Kalau menshoot dengan DSLR ni tentu lagi hebat gambarnya.So,gambar dari henpon Ell ni pun ok lah ya..;(

Waaa..menikmati pemandangan betul nih.

Ececeh...perasan pulak orang amik gambo die.Konon2 nak lari ah tu.:)

Dan bisnes yang paling untung waktu ini ialah menjual buih2 sabun.
Aariz
Abid n Aariz

Makanan we'ols pada hari itu ialah nasi kukus yang simple tapi sedap!

Nasi kukus ,sayur taugeh dan ayam dara berempah.mabeles!!Lauk boleh pilih ikut selera masing-masing.Ada kambing,ikan bakar dan sotong bakar.Harga pun berbeza-beza lah kan.Untuk nasi kukus lauk ayam dara ni harganya RM6.50.

Angin yang kuat buatkan semua orang cari tempat berteduh.Sebab tau dah itu memang petanda hari nak hujan.Untung we'ols dah masuk restoran untuk makan.Depan we'ols tu ada McDonals yang dah padat dengan manusia.

Sebelum gambar ni diambil,tempat ni berduyun-duyun manusia.


angin kuat beserta hujan.sana sini tempias.

Tapi dak kecik ni masih berlegar-legar kat tepi restoran tu tak mau duduk diam.siap pose lagi.:)

Kuat tu angin..kalau boleh nampak gambar ni sebenarnya nak tunjuk ombak yang memukul2 batu di tepi-pantai tu.


Sebelum balik dan berpisah,bergambar dulu untuk dijadikan kenangan.


Ok bye.Jumpa lagi dilain masa.



Ke Teluk Chempedak

Tuesday, December 20, 2011

Splashing Time!! @ Bukit Gambang Waterpark

 Hello Kawan-kawan(ala2 kids tv show punya host sbb mood kanak2 riang).

Oklah,kali ni Ell nak post pasal we'ols ke Gambang Waterpark.Kiranya ni aktiviti family gathering jugaklah.Tapi ada beberapa fmly yang tak dapat join atas sebab-sebab memasing.we'ols pergi 3h2m n bermalam di homestay.Syok la berkumpul reramai macam masa-masa d'ols balik kampung.


Macam biasalah,kalau pegi memana tu,mesti mau bergambar kat mercu tandanya kan.Dan ini antara ahli2 rombongan .:D We'ols keluar dari rumah jam 9.45am n lebih kurang 3 minit je ke waterpark.


 Baby Abid & Baby Aariz.


 Marsha & Aariz 


  Emak & Abah.


 Dina & Syahmin.(BFF)


 Tak pasti apa yg d'ols tengok tu.
ni sementara menunggu our hero2 beli wristband. me busy snapping photos but lupa nak snap queue in front of ticket counter yg mcm ular.gambar ni tak sengaja,alih2 tengok dlm folder ada pulak.

the carpark was full and yet cars came in non stop.


 Yeah,officially we entered the waterpark at 10.30am.

Me,Aryan n Aariz. 

 Mula-mula we'ols cari tempat kat cocobeach.Nampak gaya semua cabana dah full.Owh,next time we'ols dh tau boleh bawak tent.Boleh kita berkhemah kat tepi beach tu.   

Walaupun bukan dikawasan beach tu,tapi we'ols selesa lah dapat tempat rehat macam ni.Untuk sewa RM45 + deposit RM10 =RM 55.Tapi jangan risau,10 hengget tu akan dipulangkan bila u'ols nak balik nanti.Yang paling best sewa satu cabana ni u'ols akan dapat sekeping pizza n 2 botol air mineral.Not bad huh.

Memula we'ols layan kanak-kanak yang kecik tu main-main air kat cocobeach ni.Ni jelah kot yang paling xtreme kanak2 bawah 4tahun boleh layan.haha.Tapi don't be khuatir,ada jugak tempat slide kanak2 kat kids area iaitu di Penguin Island.
Kat cocobeach ni  paling syok bila time wave die datang tu.Adalah dalam lebih kurang 10minit sekali selama 20minit kot.anggaran je eh.Jangan tak caya,we'ols stay kat sini dekat 4jam.sambil duk tepi sembang2.Tapi mana yang dah besar2 tu,pandai dah bawak diri sendiri naik rides yang d'ols suke termasuklah Marsha yang katanya dah besar.


Tapi kan,baby2 ni memang tahan paling lama pun 4 jam berendam dalam air.Pastu kang die lapar,pastu pulak die mengantuk.Memang tidak syak lagi,lepas je 4 jam our babies mula dah terkulai2 mengantuk sambil disuap makanan pulak tu.

Ok,rides time! wow,syok habis.The crystal slide.Crystal slide ni dalam die terang.

Marsha n her cuzie (syahira) was ride the Galaxy slide.dalam die gelap gelita memang u'ols tak nampak apa2.Ell ride ni dgn inchek suami..yg kelakar dia tak henti2 bertakbir n anak tudung Ell  boleh terbang.Pastu suruh lifeguard die carikkan kat dlm kolam.

Galcier River.Just duduk kat atas tube diam2 n ikut je river's flow. tenang je..sebab die bawak u'ols round satu park ni.best arr rasa nyaman sebab tengah2 hutan kan.Masih boleh nampak kehijauan lagi.

Ni tak pasti apa nama tempat die.Tapi u'ols nampak tak piranha yg tengah menadah air tu...

Woohoo! BIG SPLASH! best woo..rasa macam kene massage plak bila air kat mulut piranha tu termuntah.

Gambar ni terpaksa ambik time we'ols nak gerak balik.Maklumlah kan,susah nak bawak camera sana sini kat tempat yang rata2 dengan air ni.Kang tak pasal2 jatuh dalam air kan ke naya.Dan banyak jugak rides yg we'ols naik,tapi tak dapat ambik gambar banyak2 atas sebab musabab yang sama.

Ha...nampak banner ni? 
Bukit Gambang Waterpark has this cashless policy..
So,kita isi je berapa nilai yang kita rasa nak guna dalam waterpark tu ke dalam wristband termasuklah makan,minum,sewa cabana,locker,tube dll.Jangan risau,tak habis boleh refund semula.



 5.30pm.Tu diaaa...kemain lama we'ols berendam baru nak ingat balik.Dari jam berapa? Jam 10.30 pagi.hehe

Time masuk punya ramai manusia..Time balik dah nak senyap sunyi,maklumlah..dah dekat jam 6 mana de org nak masuk lagi.kalau tak silap,6.30pm Gambang waterpark ni tutup.
Sesiapa yang nak pergi,ni Ell snapkan harga ticket kat kaunter die.Kalau tak nampak,boleh kasi besar gambar ni eh.


Ni tempat u'ols nak refund duit kat wristband yang tak habis guna tu.Tapi we'ols habis dah semua untuk beli t-shirt/sovenir siap topup dengan duit lagi.

Ok,keseluruhannya,Bukit Gambang Waterpark 
1.BEST! cuma kecik sket je dari Sunway Lagoon.
2.Food die pun sedap,harga berpatutan.Oh,lupa ekk nak ambil gambar food die.
3.Kalau ada yg kata..alah,saya dah rasmikan dah waterpark ni.Ok,takpe..ahkak memang baik hati nak review pasal Gambang Waterpark ni.;)


Owh,sebenarnya we'ols ke Gambang ni bukan last week,tapi pada 9,10 &11 yang lepas.Time tu cuaca sangat cantik dengan matahari yg terik.Sampai semua terbakar kulit.Elok je hari ahad yg we'ols gerak balik tu,dari Teluk Chempedak angin kuat beserta hujan turun dengan lebat.Sepanjang jalan hujan mengiri we'ols sampai ke rumah.Dengar2 berita hari isnin jalan Gambang-Kuantan banjir teruk.Syukur we'ols dah selamat kat rumah.





* Banyak betul terlepas n3.Birthday inchek hubby ,birthday Aryan n birthday sendiri pun main lalu je.Tak de langsung n3 kat blog yang kononnya kata sayang ni.N3 ini pun tertunda atas sebab2 yg tidak mengizinkn.




Splashing Time!! @ Bukit Gambang Waterpark

Thursday, April 28, 2011

Day 8~Jakarta


Adeh,apehal n3 holiday ni tak habis2...segan seyh nak tunjuk lagi,ada kwn tegur..ni baru pergi seminggu,n3 dekat sebulan tak habis2 lagi..kalau pergi sebulan mau setahun n3 pasal Jakarta je.Silap2 org ingat i'ols duk Jakarta.:D
Ok kali ni takmo type panjang2..gambo n sedikit ulasan saje...

Jumaat(18/3/11) 

Yuk muter2 sekitar Jakarta.macam biasa..seawal 8.30pg.
 
Tempat pertama mesti pergi MONAS (Monumen Nasional)Indonesia.Kira mercu tanda Jakarta.Tinggi tak berapa pasti tapi yang penting puncak MONAS (obor)tu disalut emas seberat 35kg.Tapi we'ols cuma snap2 gmbar kat2 pintu pagar je.

Bangunan depan MONAS

Posing anak2..:)

Cantik merak tu...:)

Kemudian we'ols bergerak ke destinasi yang tak berapa jauh dari MONAS ni.

Masjid Istiqlal,masjid terbesar di Asia tenggara katanya.Memang besar u'ols...tah berapa tingkat masjid ni pastu siap dengan madrasah yang juga sgt besar.

Gereja Katedral,betul2 bertentangan dengan Masjid Istiqlal.Gereja yang tertua di Jakarta.We'ols tak ke gereja tu pun...masih dalam kawasan masjid,cuma berpaling kebelakang je untuk background church tu.

 Kemudian we'ols terus puter dan puter..Ada satu benda yang agak menarik perhatian..Sistem transportasi bas die.
Bas punyalah panjang,n pintu pun tinggi.cammana plak org nak melangkah naik kan..

Rupanya d'ols kene naik bas dari pondok ni.d'ols panggil halte busway

Ini laluan macam jejantas terus masuk kedalam pondok halte tu.So,takdelah u'ols akan jumpa manusia berterabur nak naik bas.

Maka bila bus dah nak sampai d'ols akan beratur sampai ke hujung pintu halte tu

See,ramai dh menunggu nak ke destinasi.rasanya bas2 tu semua ada nombor kot.Senang d'ols nak cam bas die.Bila pintu bas tiba betul2 depan muka pintu halte tu,barulah d'ols masuk.Pintu bas tu sama tinggilh dgn pintu halte tu.Bagus kan..teratur je.

Ok,next destination is Asemgor.tempat ni tak top sangat..buruk semacam bangunannya.tengok pun ngeri n seram mcm nk roboh.katanya bangunan tak siap n tak dpt kelulusan..tapi d'ols selamba je berniaga kat dlm bangunan tu.Asemgor tu tempatnya dekat dengan kawasan ala2 china town.ramai peniaga cina disitu.

We'ols target perfume yg imitate ni.Tapi kata along(SIL1)baunya lebih kurang je n yg klakar katanya kira boleh juga tahan sepanjang hari.Harganya murah gila2,lebih kurang belasan ringgit malaysia utk 100ml.Bentuk botol n kotak sebijik mcm asli.Apalagi we'ols merembat 5 botol tak hengat.Kenzo 2 botol,burberrys,Hugo boss n apa tah lagi satu hsbn punya.

dah dpt target,we'ols jalan sket2 ke kedai lain.We'ols masuk ground floor je..malas ke tingkat2 yg lain.Kat sini macam2 barang  u'ols boleh jumpa.dan Ell rasa sangat senang kita carik barang untuk goodie bag party, atau wedding,utk buat gifts dsb.
Rambang mata dibuatnya..tapi tak tau kan beli banyak2 nak buat apa..so.cuci jelah mata.Sebab d'ol kebanyakannya jual secara pukal.Ada yg sikit, ada juga yg 50-100pcs untuk satu2 jenis brg.Kalau nak jugak beli satu2,tinggi sikitlah hrganya dri yg pukal.

 Kedai accesories yg we'ols singgah.Beli 2 pasang jam.

Haa...nilah dia bangunan buruk tu.Mcm menakutkn je kan.Pastu kat tepi2 jalan tu pun ramai yg berniaga brg2 dr dlm bangunan tu.


Ok,putar dan putar lagi..Apa nama bangunan ni tak tau..Time ni Ell tido kot dlm kete.Hsbn je yang turun.Buat kenang2an..Yang menariknya ada basikal untuk disewa,siap dengan topi lagi.Tetiba rasa macam kat vietnam plak..(mcm pernah g vietnam..huhu) Yelah,basikal dgn topi tu gayanya mcm org vietnam..

Nampak tak,panjang berderet basikal.Berapa ekk ongkosnya nak sewa.Lupa dah..:)


Grand Indonesia Shopping Town.Haritu Ell ada review pasal mall ni .Nak rasa ke'best'an nya,ada DISINI

Ok,itu tak pergi dah...we'ols lalu je.Snap gambo ni dari dlm kereta.
Memandangkan dah nak tengahhari,dah nak dekat solat jumaat..we'ols terus ke Tanah Abang..lg?.Jangan terperanjat ya untuk kali ke-3nya.hahah kata SIL's pecah rekod!.Orang lain dapat pergi sekali tinggi2 dua kali je,we'ols sampai 3x.Jeles seyh d'ols..hahah

Owh,ini yg satu lagi tak de di Malaysia.

Bajai.kalau pergi Thailand d'ols panggil tut tut rite?


Ok,tak de dah gambar kat Tanah Abang ni lagi..we'ols jalan2 carik langsir,telekung n hsbn Ell puaskan hati meround ikut kaki.:)
 Kalau nak tengok bangunan n kisah we'ols,sila KESINI

Habis solat we'ol nak pergi beli kerepek2 dan emping yang tak de kat Malaysia.Tapi bila tunggu supir kat pintu bangunan Tanah Abang tu,hampir 1jam setengah baru nampak batang hidung.Apa tidaknya,solat kat tingkat 13,kenderaan banyak,berpusu2 pulak nak turun.Katanya,kebiasaan hari jumaat memang begitu,kadang2 sampai 2jam menunggu.

Pasar apa tah tak tahu plak.Gambar ni hsbn yg ambilkan..Ell tak turun kete..cuaca sgt panas terik.So,Ell tak tahu keadaan n suasana dlm pasar tu.

Emping malinjo pedas yg rangup,kacang telur,emping pisang salai bertepung dan emping malinjo mentah(untuk digoreng)Setiap satu2 jenis tu SIL1 belikan 10kg.

Pastu we'ols ke Pondok Indah Mall.

mall ni dekat je dengan rumah SIL1.Jangan orang kata tak pergi kan...Macam pepatah
"Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat buat2 tak nampak" hehe berpepatah bagai..
 
 yelah,we'ols asyik lah pergi mall2 yang best2 yang jauh2..tapi mall depan rumah pun tak nak singgah.

Ada pulak patung Ben10 ni ha...suka je aryan nak bergambo.:)
Lama jugak we'ol merayap kat dalam mall ni.Best jugak sebenarnya.Ada 2 cabang Pondok Indah Mall ni.Satu disebelah kanan jalan,dan satu lagi dikiri jalan.

Anak2 suka naik ketapi ni,tapi we'ols tak naik pun.. kalau rasa tak larat nak jalan bolehlah naik ketapi ni

Disebabkan ada mall kiri dan kanan jalan,maka disediakan jambatan untuk menyeberang.Kat jambatan tu pun ada kedai2..ala2 hentian rehat Ayer Keroh le tu.

Pukul berapa tah we'ols habis meround,lupa dah.maklumlah...sebulan yang lalu kan..heheh.  Pastu we'ols terus lah balik rumah n makan dn tido.Esoknya nak balik Malaysia dah..






Day 8~Jakarta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...