Friday, February 01, 2013

Kek Coklat Parut~(resepi)




Assalamualaikum...

Walah2...lama sungguh tak bermanja2 dengan belog.Sampaikan Tahun 2013 belum ada satu pun sebarang catitan di blog yang katanya 'sayang' ni.Haha.Apa2 pun,hari ni tiba2 bersemangat sebab earning kat nuffnang ada hasil walaupun lama terbiar.Kesian kan.

Ok lah hari ni nak share resepi yang Ell dapat dari anak kepada sepupu en.suami.Resepi ni simple je,tapi sedap nya boleh tahan jugakla.Sekali pandang sebijik macam kek pisang.Tapi yang nampak macam pisang tu sebenarnya coklat parut.Mari Ell nak share resepi ni dengan u'ols.Siapa yang rajin membaking tu boleh lah terai resepi ni.

BAHAN-BAHAN:-

250gm butter
300gm gula kastor
6 biji telur
340gm self raising flour
1sudu kfc vanilla esen
6sudu besar susu pekat manis
1 bar coklat van houtan(brand lain pun boleh)


CARA-CARA:-

1.Panaskan oven dengan suhu 180'c selama 30minit.


2.Pukul butter bersama gula sehingga kembang.

3.Letak telur sebiji demi sebiji.Letak esen vanilla.

4.Campur tepung sedikit-sedikit.

5.kemudian,letak susu pekat.Tutup mesin pemukul.

6.Sagat/parut/grated coklat bar dalam adunan,dan gaul manja dengan menggunakan spatula.

7.Bakar selama 45minit dengan suhu 160'c.Atau sehingga masak.ikut keperluan oven masing2.


Yang Ell buat ni mungkin lain kali boleh kurangkan masa membakarnye..sebab nampak macam terlebih masak sangat.Apapun rasanya sangat simple sesimple caranya..


SELAMAT MENCUBA!






1 comment:

Anonymous said...

excellent publish, very informative. I'm wondering why the other specialists of this sector do not realize this. You should proceed your writing. I am confident, you've
a huge readers' base already!

Also visit my web site; adwokat łódź

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...