PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, April 17, 2014

HiShop 15% OFF~(April 2014)




Assalamualaikum...
U'ols HiShop nak bagi offer 15% ni.U'ols guna discount code tu k.Pergi terjah dan dapatkan produk kecantikan dan penjagaan diri kesukaan u'ols dengan harga offer.Dah,tak yah lepak lelama kat sini.Gi sana!! heheh.

Oh ya,jangan risau produk di HiShop dijamin adalah asli dan tulen dari produk2 rangkaian terpilih.Lebih 3000 produk dan lebih dari 150 jenama.Bahagian yang 'BEST' adalah penghantaran percuma dan percuma sample barangan.Apa lagi u'ols tunggu? Dahlah dapat harga offer,pastu kalau u'ols dah pernah berbelanja di HiShop,u'ols dah ada points yang tersimpan.Kalau u'ols baru mendaftar,u'ols dapat 200points.BEST kan?.Ok dah balik dulu...esok datang lagi k.
Saaayang u'ols!!




HiShop 15% OFF~(April 2014)

Tuesday, April 01, 2014

Hasil berbelanja di HiShop.my

Assalam..
Semalam dah posted pasal discount kat HiShop.my kan...sempat shopping ngan offer yang 40% tu tak? Tak sempat ke? alah...kesian u'ols.Tapi jangan khuatir u'ols...HiShop memang akan sentiasa ada offer.U'ols subscribe je..nnt d'ols update thru email.Email u'ols tu siap2 lah install kat phone canggih u'ols tu. ;)
Ok,Ell nak tayang hasil rembatan kat HiShop tu.Eh,tapi jangan salah faham...ini bukan yang offer semalam tu ye.Ini Ell grab masa ada offer15% je dengan discount code(lebih kurang 2 minggu yang lalu).Tanpa discount code,harganya sama je macam u'ols beli kat watson or guardian tu.Tapi kan,Ell guna semua points yang Ell ada sebanyak 800(rm8) plus discount 15% plus no shipping cost memang sangat berbaloi u'ols...

 Ha,inilah die yang Ell duk merengek ngan en.suami mintak tolong dia transfer kan kos produk ni via accnt bank dia.heheh..Mulanya mcm berat hati konon..at last dia kata shopping kat HiShop jelah lain kali.Apa tidaknya..tak yah lah dia bawak ma'am ni gi ke watson or guardian lagi kan...Berbelanja di HiShop minyak FREE,penghantaran FREE(RM50 keatas),masa nak kene FREE,tapi ongkos tak free ye.hehe

 Tadaaaa...FREE gift dari HiShop.Tapi Ell yang pilih, 2 je...x dapat nak lebih. :(

 Best tak? Apalagi start engine.... gi terjah HiShop.Eh tak yah start engine dah...tak perlu kemana2.habiskan je masa duk melangut depan komputer.heheh


Ha...nampak tak total dia tu berapa.Kalau u'ols ke kedai..memang gitulah harga dia.tapi dengan HiShop Ell bayar RM80 sahaja.Berbaloi2 shopping di HiShop...Jimat duit,jimat masa n jimat minyak kereta.Barang pula,dijamin sampai dengan selamat ke tangan u'ols.

*Maaf,Ell malas nak rotate gambar ni.Makanya u'ols kene rotate kepala u'ol sendiri.heheh nampak macam kejam ke?
**Phone number yang tertera disitu dah tak berfungsi lagi...makanya i have no worries.Eh,macam pantun plak.


Ok,ini kata2 terakhir untuk posting kali ni.

100% of HiShop brands are genuine and sourced directly from the brand distributors. 






Hasil berbelanja di HiShop.my

Monday, March 31, 2014

Shopping @HiShop.my

Yuhhu....u'ols suka shopping produk kecantikan? mari sini Ell nak share online beauty and cosmetics store.Ok,mmg best..offer gila2 punya.Gerenti u'ols tak menyesal n akan selalu dok jengah2 tak menentu masa walaupun takde bende pun yang penting sangat u'ols nak beli.
Servis terbaik i tell u...Order hari ni,esok or lusa dah sampai si abang pos laju depan rumah u'ols.Dan yang paling best,tiada kos penghantaran,free sample(apa2 je produk pilihan yang ada dalam senarai 'free gift').Ok,banyak lagi nak story mori,tapi offer hari ni diskaun 40% untuk sebarang produk.Hari ni sahaja(31 march 14) cepat2 gi terjah 


Oh ya,jangan lupa sign up kemudian masa checkout tu isi kat kotak discount code FAST 



Sorry lambat post n3 ni...esok sambung lagi ea.

Shopping @HiShop.my

Wednesday, March 12, 2014

Baked Mac & Cheese~(resepi)


Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum u'ols.Lama sungguh Ell tak menulis n3 di blog.Tak tahulah kenapa agaknya.Mungkin rasa malas nak membebel2.(padahal bukan bercakap pun,type je). Baiklah,hari ni Ell nak share resepi seperti tajuk diatas ye puan2...hehe

Tapi nak bagitau lah kan,resepi ni inspirasi dari rancangan Diners,Drive-Ins and Dives @Food network. 
Host dia Guy Fiere yang rambut putih,badan besar tu.Ell layan jugak rancangan ni sebab dia pergi restaurant yang best2 utk dia cuba.ala2 jalan2 cari mkn lah gitu...Dan ada satu episod ni Ell tengok tahun lepas pasal cheese ke apa..ntah lupa dah.Pastu dia pergi review kat satu restaurant yang specialty dia baked mac n cheese.Super cheezy u'ols....meleleh!



Ok..resepi ni Ell alter ikut tekak melayu lah ea.Idea ni pun datang dari sister in law yang bagi resepi lasagna...dia kata bubuh sket rempah kari daging.Resepi asal restaurant tu guna cheese sesaje.Pasta sauce ni Ell nye taste ye.Let's cekedaut u'ols...:)

Bahan2:
~200gm macaroni(dicelur sampai lembut)
~130gm butter(separuh saiz butter biasa)
~2sudu mkan tepung gandum
~susu segar 1/2 liter(500ml)
~2biji bawang besar(potong dadu)
~3-4ulas bawang putih (dicincang)
~daging cincang
~cendawan tin 3-4biji dihiris (ikut suka)
~mix herbs atau apa saja perasa yang u'ols suka.seperti oregano,bay leaf,basil dan seumpamanya.
~1/2 tin kecil tomato puree.
~2sudu makan serbuk kari daging.
Seketul kiub pati ayam/daging.
~200gm mozarella/parmesan cheese parut (campur 2-2 pun ok)
~sedikit minyak zaitun untuk menumis.

Cara2:
1.celur macaroni sampai lembut,toskan.



Sos putih cheese
2.Panaskan susu,jgn mendidih.
3.Dalam periuk lain,cairkan butter,sebelum mencair masukkan tepung dan kacau cepat2 dengan hand whisker.Tutup api.
4.Masukkan campuran butter dan tepung tadi kedalam susu hangat dan kacau cepat2 supaya tidak berketul2.Pastikan api dalam keadaan kecil ke sederhana ya.
5.Masukkan separuh kiub pati ayam,kalau suka sedikit lada sulah.Kemudian masukkan segenggam kecil cheese parut.Kacau sentiasa supaya tidak berkerak.Agak2 dah pekat seperti yang dikehendaki,tutup api.Ketepikan.


Sos pasta tomato
6.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar.Masukkan daging cincang.
7.Lepas tu masukkan serbuk kari dan tumis agak2 garing.
8.Masukkan separuh lagi serbuk pati ayam.Kacau sebati dan masukkan tomato pes/puree serta cendawan.Kalau suka masam boleh bubuh tomato lebih.Perasakan seperti bay leaf atau seumpamanya.
9.Kalau rasa pekat,boleh tambah sedikit air.sket je ya.agak2 sesenduk.Biarkan sehingga daging masak.
10.Boleh masukkan terus macaroni yang dah siap dicelur tadi.Kacau rata2.

Ok,cara nak sediakan.
1.Sediakan bekas aluminium/caserol(pastikan boleh dibakar dlm oven) 2.Tuang sedikit sos cheese kat dasar tak kenang dek untung..eh!.
3.Tuangkan macaroni yang dah bergaul sebati dengan pasta sos tadi.
4.Tuangkan baki sos cheese dilapisan atas.
5.Taburkan dengan parutan cheese.
6.Bakar dalam oven sehingga cheese cair dan keperangan.Lebih kurang 15 minit dgn suhu 170'c(anggaran) .

Ok,siap bakar...TING! oven dah bunyi,makan panas2 mmg mabeles.

Selamat mencuba.






Baked Mac & Cheese~(resepi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...