PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, August 29, 2008

ramadhan kareem

ramadhan al-mubarak


sempena dengan kedatangan bulan ramadhan yg mulia ini,sama2lh kite brazam utk mmperbanyakkn amal ibadah kita.semoga segala perbuatan baik kita akn diterima dan diberkati oleh-NYA amin....
Ell jg nk mohon ampun dan maaf sekiranya ada apa2 kesalahan dan kesilapan yg tdk ell sengajakn .
bwh ni ell ada sertakn beberapa penerangan hadis utk renungan bersama.insya'allah...

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.


5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.


7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.


8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.


9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.


11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.





selamat berpuasa...

salam......

 
*sbg umat islam kita digalakkn nasihat - menasihati & ingat - mengingati antara satu ngan yg lain.

 

17 comments:

Mieza's Penny said...
This comment has been removed by the author.
Mieza's Penny said...

slmt berpuasa gak...:D

@tune® said...

selamat berpose...rase da insaf pas bace entry nih...hix!

pearl'E.J said...

Salam ramadhan jugak.. :)

ita.itu said...

selamat berpuasa..jgn pose yang yuk ek..hehe

~Eila Nur Kaseh~ said...

ell..sesama kita menunaikan tanggungjawab ok..

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

hey there...im new here...nways, slamat mengerjakan ibadah puasa to u n family ;)

~ Lady ell ~ said...

mieza>
slmt berpuasa kak..

atune>
insaf ke...gud2

ej>
slmt brpuasa 2 u 2..

ita.itu>
kalau puasa yang yuk kene ketuk.

iela>
insya'allah ....

verde>
hi!thnx visit my blog.slmt mengerjakn ibadah puasa utk anda jugak...

Teman2 Sekalian said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa buat ell dan family....

~ Lady ell ~ said...

tq mummy...utk mummy sefamily jgk yer...

semoga tabah menghadapi dugaan di bln posa....(bln posa kn mcm2 dugaan..)

Ninie said...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan ye... :-)

~ Lady ell ~ said...

hi ninie.slmt dtg ke blog ladyell.
time kasih...slmt berpuasa untuk ninie jugak ye...

zeti said...

tq ell 4 da sharing!!
zt pun nk mntak ampun maaf klu ada slh silap spnjang pkenalan kita dlm blog ni :)

~ Lady ell ~ said...

no problem zeti...
sama2 kita ye zeti....

shafa said...

Ell...Selamat berpuasa...semoga puasa kali ini mendapat rahmat & diberkatiNya. Agar pesanan Ell & hadis yang disertakan menjadi panduan hidup ini, InsyaAllah.

Amiha Ayu said...

Ramadhan Mubarak yang..
semoga di permudahkan segala urusan & amalan kita sepanjang Ramadhan ni, insyaAllah...amin.

~ Lady ell ~ said...

ayu>
insya'allah..amin yarabbal alamin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...