PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, October 09, 2009

Rahsia BESAR disebalik gempa!!




Salam Jumaat..
U'ols, Ell ada sedikit info yang nak dikongsi bersama.Mungkin ada diantara u'ols dh mendapat pesanan ringkas melalui hp (sms) mengenai perkara ni.Tp Ell suka membuat satu post yg agak menyedarkan ini utk dijadikan iktibar buat diri sendiri.
Katanya,Gempa di Padang (Sumatera Barat) yang terjadi pada Rabu (30/9/2009) pukul 17:16 WIB berkait dengan surah ke-17 (Al-Isra) ayat 16 adalah mungkin peringatan dari Allah.Ini adalah disebabkan oleh pemimpin2 rakyat di Indonesia itu lebih mementingkan harta kekayaan sendiri berbanding hal2 yg berkaitan rakyatnya.Menurut pembantu rumah warga Indonesia yg bekerja dgn Ell nyer SIL,mmg pemimpin2 negara d'ols lebih suka mengumpul kekayaan padahal rakyat sendiri tertindas.Pendek kata,"yg kaya terus kaya,yg miskin semakin papa kedana".
Berbalik pada topik ni, masa Ell dpt sms tu,Ell keluar rumah.Balik rumah je dgn serta merta Ell amik terjemahan Al-Quran terus Ell belek2 dan teliti.Ell cari serba sedikit info yang berkaitan.
Secara jujur memang Ell terkejut.Ok,jom kita semak sama2.

~Gempa pada jam 17.16 WIB~
Surah ke-17(Al-Isra') ayat 16

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan(ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".


~Gempa susulan pada jam 17.38 WIB~
Surah ke-17(Al-isra') ayat 38

كُلُّ ذَلِكَ كَانَ سَيٍّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

"Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu".



~Gempa susulan pada keesokan harinya Khamis,1/10/2009
pada jam 8.52 WIB~
Surah ke-8(Al-Anfaal) ayat 52

كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَفَرُواْ بِآيَاتِ اللّهِ فَأَخَذَهُمُ اللّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya".


Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk menganggapnya sebagai "kebetulan" atau "teguran dari Allah".
Tapi cuba kita lihat dizaman Nabi Nuh.Apakah kita kira banjir di masa Nabi Nuh as dan azab umat terdahulu semata2 disebabkan kejadian alam? Bencana yang terjadi pun bukan sekedar hukuman kerana "murka"nya Allah. Ar-Rahman dan Ar-Rahim milik Allah jauh lebih tinggi. Jadi,semestinya kita ambil kejadian tersebut sebagai "bahan pelajaran" atau "iktibar".

Apa perasaan U'ols setelah membaca terjemahan ayat tersebut? Tepuk dada,tanya selera.Yang penting,kita umat diakhir zaman ni,perlu saling ingat mengingati utk segera bertaubat.Subhanallah..
*Jujur u'ols Ell menagis nih.Mcm2 fikir tentang bunga2 hari kiamat nih.

11 comments:

bspotgurl said...

memang sedey dgn ape yg berlaku. Semuanya perlu dijadikan iktibar untuk kita sesama insan

~ Lady ell ~ said...

bspotgur>>>
u ni slalu jadik 1st person yg komen kat blog neh.mekasih la.;)nmpknya awal pagi u dh blogwalking eh.aduih..respek nyer..

Dee said...

bspotgurl tu kan ell..dia tu pagi2 jln..nti kul 9 dia dh bz giler..ekeke...

anyway..thx for the info..peringatan utk diri sendiri gak ni..

rasp said...

Allah Maha Mengetahui......
kesian kat dorang especially the kids lah sis...

Brilliant Marjan said...

Amaran telah byk diberikan..apakah kita masih tidak sedar lagi??

Sy pun mcm sis, sedih & nangis..xsanggup nk sampai "SAAT ITU"..

Semoga DOSA2 KITA DIAMPUNKAN ALLAH & SEMUA AMALAN KITA DITERIMA-NYA~AMIN

nasazfrog... said...

subhanallah... satu petunjuk dari-Nya... Berdebar2 jantung ku ini..

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

itu ler psl ..kita pun dpt email psl benda nieh .. allah nak balas time tue jugak ..

Anonymous said...

Salam. Ini peringatn buat semua umat. Bagus la Ell ni rajin buat research...

~ Lady ell ~ said...

Dee>>>
kalau masih bujang boleh ler..awal2 pg dh round blogsphere.tp kalau dh kawen,awal2 pagi sibok buat sarapan bagai..

biasalah dee..org keje opis nih.kul 9 dh start bz kan..:)

owh ur wlcm

rasp>>>
betul la sis..tengok kuasa Allah kan...bb yg tak berdosa diselamat kan dr bencana dgn keluar merangkak dr runtuhan.Allahhuakbar..

~ Lady ell ~ said...

Brilliant Marjan>>>
ermm..dh tak terkata apa2.apa yg penting,sentiasa bersujud memohon ampun dr yg maha Esa.

Naszfrog>>>
Allah maha BERKUASA.Andai ditakdirkan kita melalui nya,terpaksa redha dan akur dgn kehendak NYA tp masih belum 'bersedia'

~ Lady ell ~ said...

Diana>>>
mssg2 mcm ni bagus dijadikan iktibar..tp jgn pulak ada yg ambik kesempatan nk main2 kan ye tak.takut terpesong akidah. :)

kabussenja>>>
Salam...hai Nurra.lama tk dengar citer.

bukannya apa..cuma nk kepastian.dr terima melulu tanpa usul periksa.kdg2 org bkn islam ni suka mempersendakan surah2 dlm Al-quran nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...