PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, August 15, 2010

Tanda2 Sebelum Ajal~





 Salam wahai sahabat..hari ni Ell tergerak nak berkongsi sedikit info untuk renungan kita bersama.'Tanda2 sebelum ajal/maut/mati'.Apa yang u'ols bayangkan?Adakah seseorang itu berkelakuan pelik/ganjil/aneh seperti yang pada biasanya dipanggil 'buang tabiat'?Ntah la,Ell pun tak dapat memastikan.Adakalanya sesetengah orang berpendapat simati bakal merasakan kematiannya,sama ada itu benar atau kebetulan.Wallahualam..

Artikel ini adalah sumber yang didapati dari internet dan Ell copy lalu di paste kan ke sini.Insya'Allah,mudah2an perkongsian ini memberi manfaat.

Berikut adalah tanda2 dari hari ke 100 sebelum tibanya hari kematian.Namun begitu,telah dinyatakan tak semua orang dapat merasakan tanda2 kematian itu.Hanya insan terpilih je..moga kita2 semua tergolong dlm insan terpilih,bersih segala dosa dan bertaubat sebelum izrail memanggil.amin..

Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Innallillahiwainnailaihi rojiunn..



 Allahuakbar,terasa bergetar hati ini.berdiri bulu roma dan menitiskan airmata..moga pesanan dan peringatan ini brmnfaat utk diriku khasnya yg selalu berdosa….






7 comments:

Khairunnisa' said...

Subhanallah...

Entri ini membuatkan diri terfikir, adakah amalan yang nisa buat ini diterima Allah SWT. Cukupkah untuk dibawa dan dibentang di hadapan Allah SWT dan para manusia yang lain di akhirat sana?

Ya Allah, semoga solat, puasa, dan amalan-amalan yang diterima oleh-Nya, insha'Allah. Hindarkanlah kami dari merasa riak dan takbur akan amalan kami. Ambillah nyawa kami di kala kami beriman kepada Mu, Ya Allah. Ameen...

Terima kasih atas peringatan ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal buat awak.

Unknown said...

terima kasih akk sbb kongsikan entri ini pada pembaca,
wanie nak tempek jugak pada blog wanie bole x akk,
hope akk x marah yer....

~ Lady ell ~ said...

khairunnisa'>>
sama2..alhamdulillah kalau memberikn manfaat..

~ Lady ell ~ said...

cik wanie>>
sama2 sayang...silakn berkongsi di blog wanie jugak...:)

Amiha Ayu said...

subhanallah! thanks fr the info sis..
sedih sgt baca.. takut actually.. sbb sah sah langsung tak layak nak berjumpa lagi dengan pencipta.. sangat daif and tak cukup segalanya..
:(

theblabber said...

thanks 4 this post. a good reminder tho :)

[leily.laily] said...

tq 4 sharing info..
lately de aje kematian mengejut,
Nauzubillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...