PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, September 03, 2010

10th anniversary~


"Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan bahagia dipanjangkan jodoh kami selama ini.Mudah2an jodoh kami akan berkekalan hingga kesyurga.Andai itu dengan izinmu Ya Allah."

Kawan2,Ell mohon agar u'ols semua turut doakan Ell dan suami ya.doakan segala yang baik2 belaka.Insya'Allah berkat doa serba sedikit itu mudah2an akan dimakbulkan.Sebelum itu Ell nak mengucapkan berbanyak terima kasih.
Semoga kalian akan mendapat ganjaran yang sewajarnya diatas doa2 semua..Amin..

Buat suamiku,inilah hasilnya kita yang duk siang ke malam depan pc.Kekadang duk melangut pikir2 camner nak susun gambar,lagu apa nak pilih..Lebih malang lagi tah bape ploh kali buat klip ni tapi tak menjadi. Tp akhirnya inilah hasilnya..
(mcm biasalah,tekan pause playlist sebelah utk lebih menghayati) 



Terima kasih sayang~
Terima kasih kerana...
mempercayaiku,menyayangiku
setulus hatimu

Terima kasih kerana...
membuatku merasa gembira
sekalipun adakalanya
kau membuatkan hatiku terluka
tapi tiada yang terbuku didalam dada

Terima kasih kerana..
sudi menjadi peneman tidurku
dikala kulena
tatkala ku bangkit dari tidur
dengan kepala bersandar didada
dan hari ini
dengan bisikan mesra, ucapan manja
'Happy Anniversary'
kau hembuskan ditelinga.

Terima kasih sayang~
Terima kasih atas segalanya,
 Biar susah,biar senang,
Kita harungi bersama.

 AKU CINTA KAMU SAMPAI MATI!!!!
 ♥♥♥

~Elly~

Adeii,feel feel..rasa nak menitik air mata.




9 comments:

shidah said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat akak n suami..Semoga mahligai yang dibina selama ini berkekalan hingga hujung nyawa :)

iena hamdi said...

Moga kekal hingga hujung nyawa yer ell.. tahniah sekali lagi

Dee said...

tahniah ell..selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan..semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke hujung nyawa..amin..

rasp said...

selamat menyambut anniversary sis...
smoga berkekalan and enjoy each other's companionship hingga ke akhir hayat...

Lieya said...

Waaaaa sentapppp sikitt arinie. Heee anyway tahniah Ell & Enchek Husband, Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. Semoga kehidupan korang sentiasa diberkati oleh Allah swt dan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama anak2 yg soleh & solehah.

Shiela Latif said...

waaa...dah 10 tahun yer babe..

aku doakan semoga ko ngan suami berkekalan hendaknyer hingga ke akhir hayat...semoga berbahagia selamanyer...ikhlas dari aku :)

Izan said...

selamat menyambut ulang tahun perkahwinan untuk ell da suami...
semoga bahagia selamanya bersama suami dan anak2 tercinta. =)

Huda Ahsin said...

Alhamdulillah... dah sihat dah Elle.
Selamat menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang ke -10. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Amiin...

dZana said...

happy belated anvsry ell.. smga bbhgia perpjgn.. N SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR N BATIN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...