Thursday, November 03, 2011

Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis~


Hmmmm..(mengeluh) susah betul jadi manusia kalau tak mengeluh ekk.Tapi Ell ni bukan mengeluh tak cukup makan ke apa.Bukan juga tak bersyukur dengan rezeki yang ada,cuma susah sungguh nak commit dengan blog ni.Lagipun sebagai surirumah sepenuh masa macam Ell ni,tak ada banyak perkara menarik yang nak dikongsi...

Yang ada ini ler die,resepi.Tapi resepi2 biasa takyah lah Ell kongsi ye.U'ols pun rasanya dah tahap master kalau bab2 masak asam pedas ke,kek coklet ke jemput2 ke kan...Yang di posted hanyalah resepi yg jarang dan tak berapa biasa...So,tak berapa banyaklah koleksi 'LadyEll's Recipe' dalam blog ni,Bukanlh pulak blog memasak katanyakan...Ini blog caca marba.:) Apa saje 'bout "Life of LadyEll'..ngeee



Ok,hari ni tayang resepi ibu mertuaku yang simple tapi sedap.Sedaplah pada tekak i'ols ni..:P
Memula dulu rasa macam pelik la,yelah..tak pernah dengar pun sebelumnya.Orang biasa guna bunga kantan ni tuk campur dalam asam pedas ke laksa ke gitu kan.Tapi bila dah pandai makan tu,alamak aiiih,rasa sangat sedap lah pulak.


BAHAN-BAHAN:-

Bunga kantan 3-4kuntum cukup.(dibelah 2atau 3,ikut besar bunga.dihiris kasar sedikit dari bunga rampai)
segenggam ikan bilis
2 labu bawang besar
5 batang lada merah
5-6 batang cili padi
belacan bakar
air asam jawa


CARA-CARA:-

1.Goreng ikan bilis ,ketepikan
2.Panaskan minyak,tumis bawang besar beserta cili dan lada merah.Kemudian masukkan belacan 
3.Apabila bawang mula layu,masukkan bunga kantan.
4.Kacau sebati dan tuangkan air asam jawa.rasakan garam nya .
5.Tutup api dan dihidang bersama ikan bilis tabur diatasnya.Pastikan ikan bilis tabur time nak makan ya,sebab baru sedap rasa ikan bilis rangup.


Ok,u'ols..yang mana suka bau2 n rasa bunga kantan tu boleh lah terai.
selamat menjamu selera...:)



9 comments:

ﮐذﻣﯥﺮﺍﭬﮐﺎﺮ said...

laparnya...

ct rahani said...

as salam k.ell.. lama x jengah sini.. sy pun baru2 ni je aktif berblog balik.. tu pun sejak kurang kt fb.. hiks..

simple je resepinya kak.. biasa yg simple lg sedap.. boleh try nih..

JR® (22) said...

salam...kena try ni.cam sedap jer.thnks resepi... ;)

Neeza.Areef said...

mcm mantap je rasanye..senang pn senang

LYAfrina said...

x pernah dgr lg nama masakan ni.. msti sedap kan...

**tq atas doa n wish utk asya..sgt2 hargainya... lmanya dah x smpai sini :-)

UmmiRosma said...

Bunga kantan ni kegemaran saya jugak ni..terlalu banyak kat garden my parents.

Selalu I buat ulam jugak and kerabu. Now nak cuba resepi Ell ni....terliur dah ni....tnx dear for sharing.

rasp said...

i sukkkkkaaaa bunga kantan...
leh i try nie nanti....
thx ek sis for sharing the resepi :)

shiela latif said...

tak kisahlah tu babe nak update ke tak nak update ke...nak tayang resipi simple2 ke hebat2 ke...yang penting keikhlasan nak berkongsi cerita..yang paling penting sekali menu mak mertua ko mmg yang peling termantop sekali :)

Huda Ahsin said...

Bunga kantan mmg favourite. Resipi ni tak pernah jumpa tapi malangnya kena tunggu balik kampung baru dapat buat ni.... huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...