PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, October 02, 2012

Tuna puff pastry pinwheels (resepi)


Assalamualaikum..

Diet,diet jugak..tapi dapur kene jugak berasap.Resepi ni rajin jugak Ell buat untuk anak2 bekal ke sekolah dan untuk minum petang pun sesuai.Rasanya dah pernah publish gambar ni kat FB kan..cuma resepi je belum sempat dikongsi.Untuk sambungan episod diet tu,akan diupdate lagi.Bosan ah asyik citer diet je..Sekali sekala apa salahnya bertukar ke menu kan..



Ok,nak buat ni senang je,
Asal ada stok puff pastry macam gambar bawah ni jadi je.


Bahan2 inti ikut suka u'ols.Untuk kali ni,Ell guna tuna ayam brand macam dalam gambar atas ni.Guna satu dah cukup.
Bahan2 lain,bawang(cincang),tomato(cincang),rempah kari sesudu dan garam secukup rasa atau boleh guna perencah meggi secukup rasa.Untuk menumis.
Mayonaisse untuk apu dipermukaan pastry.

Cara:-


1.Keluarkan puff pastry dari freezer,biarkan dalam suhu bilik lebih kurang 10min,.
2.Sementara menunggu,Tumiskan bawang dengan sedikit minyak.Bila dah naik bau,masukkan bahan2 lain..tomato,tuna,serbuk kari, garam dan serbuk perasa.Boleh tambah sos cili kalau suka.Tapi kalau guna tuna flakes yg spicy tu,tak yah letak pun tak pe.Dah masak,biarkan sejuk sekejap.
3.Ambil sekeping pastry yang dialas dengan plastik dan sapukan mayonaisse rata2 keatasnya.
4.Senduk bahan tumis tadi,kemudian dirata2kan diseluruh permukaan pastry.jangan buat sebaris ya.
5.Gulung pastry dengan menggunakan plastik alas tadi.Macam nak buat swissroll.
6.Kalau agak2 pastry dh lembik/lembut,masukkan sekejap dlm freezer.Bila dah agak2 boleh potong,keluarkan dan potong lebih kurang 1 1/2 inci tebal.Kalau segulung tu dapatlah dalam 12-13 keping kot...
7.Susun didalam loyang pembakar,sapu kuning telur,dan masukkan kan dalam oven,kemudian dibakar dengan suhu 170'c selama 15min.



Tadaaa...inilah hasilnya.Senangkan? boleh buat kudapan diwaktu petang atau bekal anak2 kesekolah.Oh ya,boleh guna bahan lain untuk intinya.Kalau u'ols nak lagi mudah tak nak menumis bagai..boleh guna tuna yang ready to eat punya.

OK,SELAMAT MENCUBA!







Tuna puff pastry pinwheels (resepi)

Wednesday, May 23, 2012

Roti Cawan Berinti


"Setiap hari dipagi yang hening tatkala anak2 masih nyenyak tidur,kemudian dikejut pula untuk bersiap kesekolah.Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah,sang ibu bergegas kedapur menyiapkan juadah pagi demi menunaikan permintaan anak2 saban hari."
hahaha...ape bende melalut nih.tak tahu nak start macammana..tetiba je ter'type' macam ni.

Oklah,mari Ell nak share satu lagi resepi bekal sekolah anak2 Ell.



BAHAN-BAHAN:-
~6-8keping roti
~sosej/daging cincang/isi ayam atau apa saja untuk inti kesukaan.Tuna spread pun boleh,tinggal bakar roti je.
~sayur campur paket
~bawang cincang
~serbuk pati ayam
~cheese parut.


CARA-CARANYA:-

1.Guna cawan,masukkan roti kedalamnya.Kalau guna loyang muffin lagi bagus.Ell takde loyang muffin tu,maka Ell guna cawan.Yang penting tahan panas ya.

2.Bentukkan elok2 macam kelopak bunga.Kalau guna loyang muffin,boleh gunting bahagian atas,jadi dia lebih kemas.

3.Ketepikan sebentar.

4.tumis bahan-bahan inti(bawang,sosej/daging kisar/isi ayam,dan sayur campur.)
5.Tambahkan serbuk pati ayam.

kalau ada serbuk cheese,boleh bancuh.

6.Isikan inti yang dah ditumis tadi kedalam roti cawan.

7.Tuang sedikit serbuk cheese yg dah dibancuh,

8.Tabur cheese parut.
9.Bakar dalam oven selama 10minit dgn suhu 190'c.
10.Bila dah siap,keluarkan dari cawan.

atau..

u'ols boleh bakar roti dulu,kemudian baru isi inti.Cara ni boleh guna kalau takde guna cheese.Sangat sesuai kalau inti tuna.



Ok,Sila mencuba.


Roti Cawan Berinti

Tuesday, May 15, 2012

Kulit Kentang Goreng/Bakar Berinti~



Hello u'ols...harini nak share resepi yang Ell buat untuk sarapan dan bekal anak2 pergi sekolah.Tapi bukan sarapan harini lah...Minggu lepas punya.Since ada org tukang betulkan ceiling rumah loteng tu...banyak gambar2 resepi yang terperam...tengoklah minggu ni ada 2-3 kot n3 resepi.heheh dah macam blog tukang masak pulak nanti.
Errmm sarapan Ell memang tak boleh miss buat untuk anak2.Paling cikai pun toast bread sapu dengan marjerin kemudian tabur gula.Lebih2 lagi yang si kakak Marsha.Walaupun dah 11tahun,tapi kalau takde bekal sekolah...muncung panjang je boleh sangkut baldi.Dia bukan boikot makanana kat kantin sekolah...tapi malas nak beratur dan menunggu.Pastu kalau dah dapat makanan,loceng pulak dah bunyi.tu yang dia malas beli makann kat kantin sekolah tu.Kalau balik,merungut tak habis2 kata lapar tak makan pastu blame kan mamanya ni tak sediakan bekal.Kalau bagi duit,tak pernah luak.Sebab tu kesian..bekal sekolah mesti ada.


Kadang2 kering jugak idea kan nak buat sarapan apa.Ell rajin jugak tengok2 resepi omputih tu.Yang mana kene dengan selera anak2,boleh buat selalu.Kalau tanya resepi kat pak google selalunya Ell cari 'appetizer menu'.


Ok,resepi Kulit kentang ni Ell buat cara goreng.Lagi satu cara bakar dalam oven.Tapi kalau nak buat bekal anak2 sekolah ni mana ada banyak masa nak bakar 2 kali yang ambil masa lebih kurang sejam setengah.Pengsan ko nak bangun sebelum subuh nak siapkan sarapan.




BAHAN-BAHAN:-
6 biji kentang yang bentuk lonjong
daging cincang(kalau guna brand RAMLY,guna sekeping)
bawang merah cincang
bawang putih cincang
sebiji atau setengah tomato didadu
1 sudu serbuk pati ayam
minyak untuk menggoreng
cheese parut


CARA-CARANYA:-
1.Rebus kentang separuh masak.Kalau nak bakar,bakar separuh masak selama 50-60mnt.

twice-bkd-potatoes-3.jpgtwice-bkd-potatoes-4.jpg

2.Belah suku kentang bahagian atas.


twice-bkd-potatoes-5.jpg


twice-bkd-potatoes-6.jpg

3.Korek atau buatkan lubang untuk letak inti.
(Kalau nak jimat masa,sebelum masuk tidur tu rebus dan korek lubang siap2).
Isi kentang yang dah dikorek tu jangan buang.

4.Buatkan inti,Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak.
5.Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.Kemudian masukkan serbuk pati ayam dan tomato.Kacau rata.Tutup api.
6.Campurkan bahan inti ini bersama isi kentang yang dah dikorek.Gaul rata.
7.Goreng kulit kentang kedalam minyak yang dah dipanaskan.(goreng terendam)



8.Dah siap goreng,masukkan inti kedalam kulit kentang.



7.Taburkan cheese parut.Kemudian dibakar selama 15-20minit dengan suhu 170'c atau cheese dah cair.


Ok,kalau nak buat bekal untuk anak2,balutkan dengan clingwrap supaya inti tu elok sehingga dia nak makan waktu rehat.Makan satu dah boleh kenyang.




SILAKAN MENCUBA.







Kulit Kentang Goreng/Bakar Berinti~

Thursday, May 03, 2012

Kek Gula Hangus



Assalamualaikum..hari ni sebenarnya nak buat n3 lain..tapi memandangkan ada yang mintak copy resepi Kek Gula Hangus ni..jadi n3 ini yang terlepas dulu.Kek ni buat petang semalam(abis tak sampai sejam) request oleh cik puan seri kecik Dina.Dia tu makan boleh tahan,tapi badan melidi.Ni..tengah type n3 ni dia mintak lagi buat sesuatu nak minum petang.Pandai betul dia meng'order'.dalam kepala ni dh terbayang lempeng pulak.Ok tu projek jap lagi.So,mereka2 yang kusayangi...meh sini Ell share resepi.step by step lagi. Senang je,cuma ada part bahaya sket ya..hehe


BAHAN2:-

1cwn susu pekat manis
1cwn tepung gandum
2sudu kfc soda bikarbonat
4biji telur
2sudu besar mentega
1cwn gula
1cwn air panas

(sukatan cawan tu ikut u'ols ya..tapi mesti cawan yang sama)


CARA:-


 1.Masak gula dgn api sederhana hingga perang/hangus yg tak pahit.

2.masukkan air panas then masak lagi hingga gula cair.Part nak tuang air panas tu hati2 ya..inilah part yang bahaya sket tu.kalau melecur saya tak bertanggungjawab.

 3.masukkan mentega.Jangan dikacau,biar dia cairsendiri.Sejukkan dn ketepikan dulu.

4.Pukul telur hingga kembang dan pekat guna sudip kayu atau pemukul whisker.         


5.masukkan susu pekat kedalam telur,kacau sebati.
6.masukkan pula tepung dan soda bikarbonat.kacau sebati.


 7.Akhir sekali,masukkan air gula yg dh sejuk tadi.

Kacau rata

8.tapis adunan kedalam acuan/loyang guna penapis santan.

9.biarkan adunan terperap 3-4 jam.(Saya tak tahan nak tunggu lama2 sebab cik puan seri kecik dah tak sabar..tak tahan dengar dia merengek "lambatnyerrr...")

10.bakar selama 1jam suhu sederhana 160'c-180'c.bergantung pd oven masing2...



Ok,senang kan...
SELAMAT MENCUBA






Kek Gula Hangus

Thursday, April 05, 2012

Kek Karamel Pelangi


First time buat kek ni.Sibuk dok sana sini cakap sedap,tekak pun tetiba rasa gatal2 je nak terai kan..tapi kedai kek pontian ni takde pulak jumpa kek karemel ni.Aduhai,nampaknya kene bikin sendirik jugak lah ya.Memula rasa nebes..ahaks.beriya sangat nak buat,penimbang takde,main sukat agak2 je.berapa kali baca bismillah ni.pastu tawakal je lah.

Bila dah jadi,Masya'Allah...cantiknya kejadian kek ni.hehe.Anak2 pun berulang2 nak lagi dan lagi dan lagi.Bahaya juga makan kek ni.
Sejak beberapa bulan lepas teringin nak buat kek ni.Puncanya sebab tertengok kat dalam WHI(wanita hari ini) TV3.Dia punya cantik kek tu,sangat menerujakan sekali.dan2 tu juga cari resepi.Ok,ini resepi yang pertama sekali Ell jumpa.memandangkan ini cubaan pertama,makanya ell tak dapat nak tunjuk step by step.Takut tersalah steps..:P


BAHAN-BAHAN:-
Loyang 7x7
Ell punya oven kecik,jadi kalau guna size loyang yg dicadangkan,nanti tentu tak muat loyang besar untuk proses membakar guna water bath tu..So,Ell guna pyrex casserol(gambar atas) yg tak pasti saiz berapa.huhu 

(A)
{bhgn gula hangus}
~2 sudu besar gula
~masak dalam loyang,dgn api sederhana..biar sampai perang dan cair.
~ketepi dan sejukkan


(B)
{bhgn karamel}
1/2 tin susu cair(boleh tambah kalau nak tebal)
70gm gula castor (takde scale,ell guna 21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
1/2sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur(kalau tambah susu,tambah juga telur)

(C)
{lapisan kek}
140gm tepung gandum(ell sukat 1cwn)
70gm gula castor(21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1sk baking powder(guna sudu kfc)
45ml minyak masak.

(D)
{Meringue}
6biji putih telur
70gm gula castor (21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
1sk cream of tartar(tak letak pun)

See,banyak na yg main sukat sendirik je.Pastu tawakal jelah jadi ke tidak.:)

CARA-CARA MEMBUAT:-


1.Kacau kesemua bahan(B) perlahan2 jangan berbuih.nanti tak jadi karamelnya.
2.Masukkan (B) dalam loyang gula hangus.
3.pukul bahan(C)
4.Pukul bahan(D) sampai kembang dan bila diterbalikkan ia tak jatuh.
5.Campur bahan (D) dalam adunan (C) dan gaul dengan spatula/senduk kayu hingga sebati.
6.bahgikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki dan letak warna kesukaan.
7.Masuk dalam loyang tadi.jangan risau adunan ni takkan tenggelam sebab meringue tu ringan.
8.Bakar secara water bath(loyang kek dimasuk dalam loyang lain yang berisi air panas) selama 1jam, suhu 160'c-180'c bergantung pada oven masing-masing.
9.Bila dah masak,rehatkan 10 minit.Bila nak terbalikkan,potong keliling.
10.masuk dalam fridge 1jam,kemudian makan sejuk2.mantap!


Tips:-
1.Panaskan oven 10minit.
2.45mimit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi guna api atas bawah.
3.Meringue yang betul,5 minit diperlukan.
4.Susu cair suhu bilik.
5.buat (A),Putar (B),kemudian buat (B) dan (C).
5.Tahan 5 hari,kalau simpan dalam fridge.(tak sempat)haha.




Ok,itulah hasilnya dalam gambar diatas..bila sekejap je dah habis,itu ada tanda akan ada permintaan lagi.hehe semestinya dari anak2lh kan..nekad punya nak buat kek ni main bedal je sukatan.Macam main masak-masak.Tapi kalau tak jadi nangis ooooo..6 biji telur tu guna.kalau buat telur dadar boleh juga makan dengan nasi.


Ok alls,itulah die kek karamel pelangi pertama sayerrrr..hehe.



Sumber inspirasi:-
Kek Karamel Pelangi

Thursday, March 29, 2012

Claypot Yee Mee (homemade)

Assalamualaikum...

Kalau duk rumah ni banyak bende nak buat pun sampai tak tahu nak buat apa.Perkataan boring tu ada je keluar dari mulut.Padahal ada je keje kalau nak buat..tapi masih dok pikir apa nak buat  kan..Macamlah memasak ni ha.Dah hari2 dok memasak,sampai tak tahu apa nak dimasak.Padahal ada je bende yang boleh dimasak...hahaha 

Ok,ini menu lunch semalam,Claypot Yee Mee.Terpikir nak buat claypot mee ni sebab dok masuk stor mak mertua terjumpa claypot ni ada 3 biji lain2 saiz.Resepi pun ada taruh dalam buku,kebetulan pulak mak mertua balik terengganu haritu kemain banyak borong mee sanggul,apalagi mari bersilat gayung.hahaha..rupa claypot pun dah macam gayung kan...
Bahan2 dia simple je.Tapi mungkin kalau org melayu ni kadang2 susah jugak nak ada sepanjang masa bahan2 ni.Ok,mari cek dapur u'ols ada tak bahan2 ni.Kalau ada,silakan mencuba..


BAHAN-BAHAN:-

~1 keping Yee Mee atau mee telur 

~ bawang putih (crush)

~Kicap cair

~Kicap pekat
~Kicap manis
~Sos tiram

~halia hiris memanjang

~Minyak bijan (sesame oil)

~Isi Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair)




~5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)

~1 pokok sawi hongkong (ell tak letak,sbb takde)

~1 biji telur
~1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
~Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
~Air secukupnya

~ sayur2an lain kalau suka karot,kobis dll.


 CARA-CARANYA:-

Oh ya lupa,bahan2 tadi tu untuk hidangan seorang iaitu satu claypot ya.Tapi don't be khuatir..u'ols boleh je masak banyak dalam kuali/wok.Sukatan nya pun kena tambah la.Agak2 eh..kalau tak tahu nak agak,bedal je.hihi



1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga keperangan.

2. Masukkan air 270ml(agak2) , kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis.

3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan,3-4 titik minyak bijan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.

4. Masukkan telur dan sawi/sayur2an. Tutup dan biarkan lagi lebih kurang 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan. 



Ok.kalau cara Ell,Ell dah siap celur sedikit mee tu.Macam ni..

Pastu kuahnya,Ell siap2 tumis dalam kuali.Bila nak makan,baru Ell bubuh kuahnya dalam claypot,kemudian letak mee,pecahkan telur dan bubuh sayur.Biarkan menggelegak,baru ada feel nak makan dalam claypot.:)






* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...

**Minyak bijan tu memastikan kesedapan yee mee.kalau tak da, rasa macam kurang.So,pastikan ada.




Selamat Menjamu Selera....





Claypot Yee Mee (homemade)

Monday, March 26, 2012

Coney Hotdog (homemade)

Sarapan apa pagi ni? Ell macam biasa tiap2 hari kene bikin sarapan untuk anak2, sekali dengan bekal kesekolah.Sarapan apa pun d'ols tak banyak bunyi.Semua d'ols sebat.:D


Ok,hari ni Ell nak share lah resepi ni.entah sama ke tidak macam yang kat A&W tu u'ols boleh terai sendiri.Tapi sedap sudah semestinya lah kan.:P
Ni salah satu peberet anak2 n en.suami jugak ni.eh maksud Ell A&W punya.Kalau naik ke KL tu,pergi balik mesti singgah restoran jejambat Air Keroh tu beli sedozen.Jangan sebut2 tak cukup katanya..

resepi ni Ell dapat dari majalah.Tapi tak tahu majalah apa, sebab dah gunting cecantik n tampal dalam buku resepi.Yang pasti majalah berbahasa inggeris..Entah2 Ell koyakkan majalah kat rumah sepupu en.suami tak? hahaha kes naya tul.Tapi serius tak ingat.
  
Ok..r u ready kids!!
aye aye captain!!!

BAHAN-BAHAN:-


~300gm daging cincang.kalau guna brand Ramly ni sekeping dh cukup.

~sebiji bawang merah cincang
~1-2biji tomato cincang

~6 sosej ayam (brand ayamas ni dia besar sket..puas kalau makan)
~1/2 piece KNORR beef cube (kalau takde,chicken cube pun boleh je)

~ 3 Sudu besar KNORR sos barbeku pedas(dlm gambar)
~6 biji roti sosej / 1 batang french loaf,potong 8cm panjang.
sedikit minyak untuk menumis
~1/2biji bawang merah utk ditabur atas sosej.


 CARA-CARANYA:-

1.kukus/goreng sosej dengan sedikit minyak/marjerin 
2.Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bawang,masak lebih kurang seminit.
3.Masukkan pula daging cincang dan masak sehingga lebih kurang 4minit. 
4.Tambahkan pula beef cube,sos barbeku dan tomato.Masak lagi selama 5 minit,dan tambahkan sedikit sos tomato jika perlu.
5.kacau sehingga pekat,tetapi nampak moist dan juicy.Tutup api.
6.Belahkan bahagian atas roti,letakkan sosej ditengah2.Sudukan bahan2 yang ditumis tadi keatas sosej.Taburkan dengan bawang cincang.
6.Siap dimakan.


SILAKAN MENCUBA.






Coney Hotdog (homemade)

Saturday, March 24, 2012

Update! Ice cream goreng


Hello...
posting ni ringkas je.Update gambar eskrem goreng.n3 ice cream goreng yg sebelum ni takde gambar goreng kan..Korang boleh refer semula n3 tu.dan gambar2 yg diupdate adalah gambar2 seperti dibawah ni.



Ini gambar hasil bedah siasat eskrem goreng tu.

Kalau nak resepi boleh refer



Update! Ice cream goreng

Thursday, March 22, 2012

Puding Roti Marble Kukus



Assalamualaikum...
previous n3 dah janji nak tunjuk cara nak menggayakan  lebih roti yang lubang-lubang tu kan..:)
nilah dianyer...
Puding roti marble kukus.Ala2 puding roti karemal lah tu,tapi lain sket.dah macam kuih talam pun ya jugak.
Ni pun buat sebab kesian tengok roti yang lubang-lubang tu..tak mau membazir kan...Tapi kalau u'ols nak buat saja-saja pun boleh je..tapi time kenduri oklah kot...cepat sket habisnya.Ell rasa kalau puding gini 1 talam ni agak banyak jugaklah n lambat sket nak habisnya.Tapi kalau loyang yg sama buat kek cekelat...laju je.hehe
Ok sudah..ini bahan-bahan dan caranya.

BAHAN-BAHAN:-
12 keping roti(disiat-siat)
2 cawan susu sejat
4 sb susu pekat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb marjerin /butter
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
3 sb serbuk koko (utk corak marble)

CARA-CARA:-

1.Siat-siatkan roti...ni roti lebih buat ice cream goreng tu ya.jangan terkejut pulak..

2.Masukkan dalam blender dan campur semua bahan2 kecuali serbuk koko

3.Kisar bahan2 sampai halus.

4.bahagi 2 bahagian.Kemudian satu bahagian campurkan dengan serbuk koko.kacau rata2.

5.Tuang dalam loyang selang seli.Contoh gambar atas.Maknanya sesenduk warna putih dan sesenduk warna coklat.

6.ulangi proses ini sampai kesemua bahan habis.

7.untuk menjadikan puding roti ni marble,gunakan belakang sudu dan buatkan garisan melintang.Nanti akan jadi seperti gambar atas.Terpulang nak buat corak apa.ini salah satu contoh yang mudah.Kalau taknak marble kan pun boleh aje.Tapi dia jadi pelangi lah kan...

8.Kukus puding selama 30-35minit.Pastikan pengukus dah dipanaskan.

9.Bila dah masak,biarkan puding sejuk,kemudian baru dipotong.


Dah potong,buka mulut masukkan dalam mulut ya.haha.Ok senang kan.rasanya pun ok2 je sesedap rasa, tak manis dan tak tawar..sedang2 elok.Kalau yang suka manis sangat tu bolehlah buat kan sos custard.Pasti akan lebih sedap n konfem kencing u'ols bersemut..haha 
oopss.(sambil tutup mulut)









Puding Roti Marble Kukus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...