PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, October 24, 2009

Layanz lagu oldies..


Ell cut short je ye..
Dlm seminggu dua ni Ell n Hsbn suka sngat dengar dari biasa lagu2 lama yg best2 ni. Tk kiralah originally dari 50's,60's,70's,80's even the 90's. Sambil feelings kalau dihayati bnyak sbnarnya lagu2 lama ni yg sedap telinga kita mendengarnya. Ada bbrapa yg Ell teringat, Ell letak as main songs kt Playlist Ell mnggu ni. Syok jgak tngok vid clips smbil dengar lagu dia org (mana yg dpt clip). Mmg meletops betul dia org nih dulu2. Kemana2 pn sure sana sini kenal..mmg org respect rasanya pd zaman tu. Kekadang tu kn, Ell tefikir apa yg dia org buat skrg ni..yelah kehidupan dia org. Senang ke susah, dlm laluan hidup yg dipilih setelah ruang peluang dibuka melalui lagu2 dia org nyanyikn yg diketahui n mnjadi siulan satu dunia. Apa2 pn Ell n Hsbn salute n brterima kasih kt dia org ni krn mewarnai serta menghiburkn kita semua dari dulu hngga ke skrg dgn lagu2 hebat mereka. Terima Kasih n kita layan..enjoy.
please hold dulu Playlist Ell kt tepi ye



"Heaven Must Be Missing An Angel" by Tavares
one of the songs fit in the Charlie's Angels Sountrack
Layanz lagu oldies..

Friday, October 23, 2009

Puding Gula Hangus

Sekarang ni,Ell rajin benar buat desserts.Tambah pulak makanan tu sumer manis2.Yang heran tu,gigih pulak nk buat sendiri..mungkin ada roh kerajinan kot..:)
Semalam,(sebenarnya dh 2kali buat dlm bulan ni) Ell buat puding gula hangus..atau biasanya org panggil puding caramel.So,Ell rasa nak share lah resepi ni ngan u'ols.Resepi cara Ell ni senang je,tk leceh n tak banyak kerenah.
Bahan-bahan yg u'ols mesti ada
Untuk Puding
~ 2 sudu makan tepung custard (apa2 brand)
~ 4 biji telur
~ 1/2 tin susu pekat manis (apa2 brand)
~ 1/2 tin susu cair (apa2 brand)
~ Vanilla esen
~ 1 tin air (guna tin susu tadi)

Untuk Caramel/gula hangus
~ 2-3 sudu besar gula

Cara-Caranya
1.Panaskan pengukus,biar sehingga air menggelegak. 

2.Masak gula dalam loyang yg diguna untuk mengukus, dgn api perlahan. 

3.Biarkan cair sehingga mendapat warna keperangan yang ideal.Jangan hangus..nnt rasa nya tak sedap.ratakan keliling loyang dan ketepikan.

4.Dalam bekas lain,pukul telur dan esen vanilla,masukkan tepung custard,masukkan susu pekat dan susu cair.Kacau/pukul sehingga sebati.Tuangkan 1 tin air.Pastikan tepung custard hancur dan tdk berketul2.
5.Tuangkan bancuhan dalam loyang yang berisi caramel tadi.
6.Kemudian kukus selama 20-25 minit. 

7.Keluarkan dr pengukus,biarkan sejuk seketika kemudian diterbalikkan.See,puding caramel ku..:P



8.Masa nak makan/hidang,bubuh lah buah2 kesukaan...atau lebih senang lagi guna coctails fruits.baru sedap dimakan...tambah pulak kalau sejuk..

Senang kan u'ols..tak leceh,dlm setengah jam -45minit dh siap.Ell rasa buat puding caramel ni ada pelbagai versi..ada yg cairkan gula guna butter n ada jugak yg letak air sket.Tp ni versi Ell,sgt mudah.Utk puding nya pun..senang.Kos anggaran tak sampai RM10.Caranya pun tak sampai 10 langkah.





Puding Gula Hangus

Thursday, October 22, 2009

Update!


Salam u'ols...
Ell dah 26 minggu pregnant nih.Yuuhuu..95 days are left until my due date (24/1/2010).Wow..berdebar2 rasanya.And u'ols nak tau,smlm Ell gi routine check up n scan.Everythings is ok but Ell punya HB agak sket menurun..thats why u'ols tengok muka Ell ni pucat je..kurang darah lah tu.
U'ols faham tak tengok gambar scan nih.Ntah ler..Ell pun tak faham sangat..tapi sebab dh diterangkan itu ini,Ell faham lah sket2.Baby ok dgn berat anggaran 1kg sekarang ni.And....and...it's a boy! harap2 betullah,sbb Ell pun mmg nak tambah sorang lg je boy.Tp,macammana pun Ell tak mengharap sgt sebab gambar scan ni bukan boleh percaya sgt..lainlah kalau Ell tengok scan yg 4D tu kan..Apa2 pun Ell syukur lah baby ok setakat nih.harap2 Ell akan melahirkan baby ni dengan sempurna dan selamat nanti.U'ols tolong doakan Ell ya.Walaupun lama lagi..doa yg berterusan tu kan akan diperkenankan..Insya'Allah..
Sekarang ni,time Ell tgh type ni,baby menendang2 nak say hye kat u'ols...:D tambah pulak Ell tengah feeling layan lagu2 80's ni.Syok pulak rasanya..U'ols perasan kan playlist Ell kat sebelah ni main lagu 80's? Tp kan..itu tak menggambarkan umo Ell ni yg dah tua ya..Ell muda lg..cuma suka je layan lagu 80's ni...mendamaikan.
1st song yang Ell pilih boleh lah dikatakan sesuai jugak utk menyatakan perasaan Ell pada u'ols..bawah ni ada Ell sertakan lyric.kalau u'ols pun feeling nak nyanyi sama..enjoy yarh.:)





Lyrics Words Don't Come Easy lyrics



Update!

Tuesday, October 20, 2009

Ish! budak bertuah!!!



Sihat u'ols..Ell sihat alhamdulillah..tp ada sket memenatkan diperlakukan oleh dak kecik yg bernama Aryan :). Aduih! bnyk perintah2nya.Time2 mcm ni kekadang tak bleh ramal macammana mood dier..bila kita rasa dia ok,dia bnyk kerenah n kekadang bila kita rasa dia akan bnyk hal..dia baik2 aje rupanya..Kadg2 tu senang lah jugak sbb dia pandai bawak diri..tp kadang2 ya ampuunn...tobat! ada masa tu tk taulh apa yg dia nak.

Gambar bawah ni hsbn Ell captured masa dia tgh leka. Kisahnya Ell nk suap dia mkn tp takmau..konon2 nya dh besar lah tu..nk mkn sendiri.So,Ell bg je sepinggan nasi n tinggalkan je sambil sambung wat keja2 dapur.Alih2 hsbn Ell panggil suh tengok 'budak' ni.Terkejut jugak sbb hsbn panggil dgn nada yg agak tinggi.Ingatkan apalah jadi,rupanya...




U'ols tengok la eh..dia kata nk wash hand je tp dia pi duk panjat bertapa atas tu adalh lebih kurang 15 minit. Selamba je muka dia bila kita buat2 marah kat dia.Dalam hati ni mmg nk tergelak jugak sbb dia sambil nyanyi2 tu,tp tahan je sambil buat muka garang.Last2,dia mengalah..mngkin dh tk best duk kat tempat sempit tu n kata 'dah'. Bertuah tul. Mcm tu je ending die..
Sink tu dh tk guna sgt sbb dapur tu pun dh jadi dapur kering.Tp u'ols nk tau,belakang dia tu ada tangki utk we'ols tadah air..hampir separuh habis dia buatnya basuh tgn.Apalagi basah lencun la baju dgn seluar dia.Hai..sabar aje lah dgn pe'el budak mcm ni.kalau tak de anak2 pun sunyi jugak hidup kita hari2.



Ish! budak bertuah!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...