PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label sons. Show all posts
Showing posts with label sons. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Ulangtahun PERTAMA~ Aariz Arslan

Selamat pagi!
 Nyaris terlupa nak update birthday Aariz dlm blog.:)


Rasa setahun ini sangat cepat berlalu.Aariz dah pandai bertatih dan panjat tangga semestinya dah master.:) Aariz juga sudah banyak mengomel.Walaupun omelan itu Aariz sorang je yang tahu.:) "mama,baba,dada" tak kira waktu.
Aariz dah banyak makan,walaupun dengan hanya 4 batang gigi depan yang comel atas dan bawah.Tapi agak hairan kenapa berat Aariz sejak kebelakangan  agak mendatar.Namun tak mengapalah kalau kesihatan Aariz baik2 selalu.Malah Aariz dah pandai merajuk bila melihat sesiapa sahaja keluar meninggalkan rumah.Kadangkala dengan berat hati Aariz tetap melambai2 kan tangan..heheh sangat lucu.
Adalah satu kepuasan melihat Aariz berkembang dengan sempurna didepan mata.Gelak dan tawa Aariz sungguh membahagiakan keluarga.
Semoga Aariz akan sentiasa Allah berikan kesihatan dan panjang umur.Tetapkan iman didalam diri agar menjadi anak yang soleh serta menjadi penyejuk keluarga.Yang paling utama Aariz taat pada Allah dan hormat orang tua.Anak2 mama dan babah adalah harta yang tidak ternilai.Semoga akan terus bersinar selamanya..InsyaAllah.


SELAMAT HARI LAHIR 
SAYANG.....






Ulangtahun PERTAMA~ Aariz Arslan

Monday, November 29, 2010

A simple celebration 4 Birthday Boy

 Bismillahirrahmanirrahim..
Mcm biasalh we'ols kalau sambut harijadi ni biasanya simple je.Tambah pulak MIL(mother in law) takde kat rumah,nk mintak tolong masak apa2 pun non ado lah kan..ngee.. Dan pada hari jumaat tu bila Aryan bangun pagi(dah nak dekat tgh hari actually,even Ell habis buat n3 Birthday tu pun die lum bangun) We'ol wish happy Birthday tersipu2 dia malu n senyum2 simpul.Tapi Aryan ni bagus la dia belum pun reti nak mintak2 hadiah bagai..hehe tp,next bila we'ol jln2 cariklh something tuk dia.Buat sementara ni cake ni pun jadiklah...


 Birthday cake Aryan dari hasil tangan babah (hehe hasil tunjuk je..) setengah kilo ni cukuplah utk d'ols 4 beradik..plus Aariz bukan reti mkn cake pun..:D

"bila nak tiup lilin neyh.."


 senyum meleret Aryan bila mama letak candle kat depan ekk.


 tu dia..slps membuat hajat.(mcmlh Aryan reti buat hajat..)

 Aryan ngan birthday cake nyer...


Ok Aryan,we'ols saaaayang banyak2 kat Aryan tau.Lebih dari nilai sebijik cake ni.:) Eh bukan2..bukan setakat nilai cake lah sayang,malah lebih dr segalanya.Harap Aryan pun jadi umpama permata yg sangat tinggi nilainya.We'ols love u sayang.
Mama n babah tetap terus berdoa agar semua ank2 menjanani kehidupan tanpa kesukaran dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.Amin..





A simple celebration 4 Birthday Boy

Friday, November 26, 2010

3rd Birthday ~Aryan



 Hari ni genaplh umur Aryan 3 tahun.Sekejap rasanya masa berlalu.Boleh dikatakn aryan juga seakan membesar didepan mata u'ols yg sudi menjengah sini sekali sekala.

So buat anak mama n babah ni..."Selamat Hari Jadi ya Sayang. Dengan harapan agar Aryan membesar juga berjaya, sepertimana yg kami doa2kn selalu.Amin".




* Juga wish dari Kakak,Kak D n Aariz.

3rd Birthday ~Aryan

Thursday, November 11, 2010

Potty Training dah berjaya!

gambar waktu 2 stgh thn brsama dgn sepupu yg sebaya dgnya

Assalamualaikum...
Senang nye hati Ell sekarang ni bila Aryan sepenuhnya dh tak pakai diapers sebelum 3thn.Alhamdulillah,rasanya tak sampai 30 hari.U'ols tak caya ekk.kalau nak ikutkan,semua ank2 Ell dah latih tak pakai diapers umur 2thn ,cuma agak lama lah baru betul2 berjaya(lebih kurang 2-3bln).Tapi dak Aryan ni terpaksa lambat sket sbb masa takut trkejar2.Takut dia 'ter' je kan atas tikar atau karpet.Tambah pulak kat tempat solat.Kan ke dh menambah kerja pulak.

Ok,utk permulaan Ell dah catit pada 9hb 10 cubaan pertama Aryan tak pakai dieper siang n dia mcm dh terbiasa bila time nak kencing terus je tuju kat toilet bowl n kencing sendiri.Rasa heran jugaklah.Cuma kadg2 dia minta on kan lampu.Sebelah mlm utk berjaga2 terpaksalah pakaikan jugak sbb khuatir dia tak sedar time tidur nak kejutkan sesiapa.Untuk pengetahuan ,Aryan tidur dgn atok die aka MIL Ell lah.

Tapi sejak dah seminggu ni atok die gi Jakarta sekalipun Ell tak pakaikan diapers bila tidur malam...sbb sebelum tu atok die dh notice yg diaper Aryan kering je sepanjang malam.Kalau terasa nak kencing dh pandai kejut.:) Ell bimbang jugak kalau dia tak perasan yg dia 'ter' kan,so Ell alaskn die tikar getah baby yg saiz paling besar (XL kot) 


Ok,utk posting yg mendtg Ell ada tips cammana nak potty trained dgn berjaya.




Potty Training dah berjaya!

Tuesday, October 26, 2010

Aariz mintak adik ke !?~


Salam..

Aariz dah besar,umo pun dah 9bln.Lagi tak sampai 3bln umurnye setahun..Kejap je lahai.Kalau nak bg adik pun dah boleh.Hahaha Aritu kan,ada org kan(Dee) dh komen kat n3 Eii Aariz tu kan.Alah,Ell paham sangat.Org tua2 kata kalo jari kaki masuk mulut katanya nk dpt adik lg ekk.Ell tak tau betul ke tak.Nnt percaya jadi tahyul plak.:)
Sejak lps tu,period Ell dh lewat seminggu okeh.dah cuak gila Ell ni.Yelah,pada we'ols Aariz tu sebenarnya kecik lg,masih perlukan perhatian yg cukup.Gile gelojoh la Ell kalo mcm tu.Pulak tu Ell ni sebenarnya period comes regularly tau.Tiba2 yg latest ni dtg lmbt skit dri biasa.Perancangannya tk nk pregnant lagi.Aduh! tak bleh jadik,pastu Ell ajak hsbn gi klinik.Then....U'ols agak apa? Kalo nak main teka teki meh lah berteka teki ekk..ngee..


skrng dh pandai ajak abg die wrestling..jantan kata kan..

Tapi Ell nak tunjuk klip yg ni.U'ols jemput yer menonton. 



Hehe ni pun perangai dak jantan kan...kete,moto...sumer die pandai main.Sebelum klip ni si kakak nye dh tanya "Aariz,ni apa?" pastu terus die sound like moto gitu..:)tk tringat nk rekod,dh separuh jln baru amik.

Maaf yer kualiti video kurang memuaskn disebabkn pantulan cahaya menerobos kedlm rumah.Ahaks,alah ngaku jelah guna henpon cikai ...hahaha







Aariz mintak adik ke !?~

Thursday, October 14, 2010

Eiii Aariz......


Hello....
Hari ni tak de n3 membebel2..jez nak share gamba dak Aariz yang sgt kretip time tido.Aduhai..nak,mcm gini punye pesen tido pun ada yer.

Gambar ni hsbn Ell yg ambik.Tengok Aariz mcm ni terus Ell tersenyum2. hehehe

Meh kita tengok muka die,betul ke tidak die tengah tido.Hehehe tido kan..
Agak2 apa ekk die mimpi tu..

Lastly u'ols,mana komen u'ols dlm blog Ell ni yg tak berbalas...dah Ell selesaikan semalam ye.Jangan ada yang kecik ati pulak tengok komen u'ols tak berbalas2...Ell mintak maaf bebanyak diatas kesulitan.Hahahah sulit lh sgt kan.
Ok,sampai ketemu lagiiii




Eiii Aariz......

Wednesday, September 29, 2010

N3 berCampur baur


Hai u'ols..abes dah update pasal raya eh.Kalo nak update dari hari pertama raya sampai ke 18 ni mmg tk terupdate la gamaknyer...Pengakuan ikhlas,Ell mmg beraya sakan.Dan tak habis2 ngan makan2..apa tidaknye sana open house,sini jemputan kawen,sana kenduri Aqiqah,sini marhaban...adei,sampai tak terbawak dek badan.Kilogram tak yah nak tanya...memang dah diduga, pertambahan berberapa kilo secara mendadak. malu nak kata.hahah.

Raya we'ols tersangatlah meriah tak terhingga..tambah pulak MIL ni salah seorang mak sedare yg jadik tumpuan ank2 sedare time hari raya yg mana mak2 dah takde.Even adik beradik MIL yg masih ada pun raya pertama dah tiba sekali ngan ank, cucu,cicit dn oneng-oneng (kalo ada).Kira macam rumah MIL ni pusat pertemuan la gitu..Lorong rumah ni susah nak cakap,1-3 raya parking FULL sesaje,kereta berderet sampai ke tepi jalan.Elok sangat lh kalo tawon depan datang sewa bas je.:D 
Sebenarnya tetiap tahun pun macam tu,cuma tahun ni xtra meriah.Yelah,bg family we'ols,we'ols meraikan macam2 perkara.Tak perlu ekk Ell list kan satu persatu , kalo rajin baca updated n3 kat blog Ell ni tentu dapat mengagak apa die.Tp kn Ell rasa kt mana2 pn meriah ye tk uol's..

Ok lah,bersesuaian dengan tajuk n3 Ell ni..dah tentu2 lah cerita campur2 kan.Meh kita gaul2 bagi mesra ekk.:) Abes dah serba sikit kisah raya,walaupun tak dapat update pasal marhaban kat rumah we'ols raya ke3..


Gambar atas ni GA dr Russia yg Ell menang haritu.Sekeping poskad dan sebiji FM yg dah selamat ditempel di muka fridge.Seikhlasnya saya tidak menilai harganya.terima kasih Keyri & Atiqa.( http://kamiterritory.blogspot.com ).Bukan senang nak dapat ni..


Ini Aariz yang dah 8 bulan pada 21 Sept.Berat die gitulah jugak 8kg.Pasal apa tak naik,sbb time 7bln haritu die kerap sangat demam.Orang tua2 kata nak 'ambik upah'.Upahnya apa? 8 bulan ni die tumbuh gigi,start bercakap bahasa baby, riuh mulut dak Aariz ni.Merangkak belum lagi..agaknya nak terus berjalan kot sbb bila dirikan die kat tepi meja tu insya'allah akan bertahan lebih kurang dlm 6-7 saat.

Lastly,Ell teringin sangat nak melompat2 ke blog u'ols.Tapi belum berkesempatan lagi.U'ols yang mengomen kat blog Ell ni , mekasih.Nanti Ell balas komen u'ols malah kat blog u'ols sekali...Til then, see ya.


N3 berCampur baur

Friday, July 30, 2010

Aariz @ 6mnths


Salam Jumaat..
Semalam Ell mabuk bau duit n hadiah,satu hari sekali 3 buat n3.bukannya senang Ell nak join kontes tau.Harini rasanya Ell dah ok sket.:)macam orang hilang akal tengok kontes n giveaway yang bloggers buat.Sebenarnya tengah2 blogwalk tu,Ell termasuk satu blog yang penuh sarat dengan kontes2.pastu Ell klik arr satu persatu kontes tu.yang mana Ell suka Ell meriahkan.Ell pun dah tak ingat dah blog mana..empunya blog lelaki,pastu muka dia ala2 mamak sket.kalau tak silap la...ni,ada lagi satu dlm draft nak join kontes dah start sampai 31 Disember,pulak tu syaratnya nak referrer,adeh..macammana nak bg jawapan ekk.eerrhh mengongsss

Ok enuf! kelmarin (rabu) Ell bawak dak Aariz gi klinik.Alah,biasalah routine checkup..tapi lepas 6bln Aariz dah mula gi klinik 2bln sekali.Means bulan 9 (lepas raya) nanti baru Aariz checkup lagi.

Perkembangan Aariz ok,but weight dia naik sangatlah sedikit sahaja.Then,kena jab lagi sekali sebelum setahun.Kesan dari itu,harini Aariz dedor sket.Selalunya dak Aariz ni kebal..bagi je ubat demam lepas cucuk tu Insya'Allah tak demam,tapi kali ni penangan jarum tu agak dahsyat jugaklah..:) sampai tak lena tidur dibuatnya.Tapi takpe,itu kesan sikit je tu..taklah melarat pun.
 
Aariz Arslan
weight : 8kg
long : 69cm
head : 44cm
chest : 46cm

Oh ya,citer pasal weight Aariz yang naiknya agak sedikit,Ell pun tetiba tergerak nak compare dengan dak Aryan masa umur dia sebaya Aariz dulu.Tapi ini hanyalah sekadar catitan Ell sendiri,bukannya apa..

Gambar bawah ni Aryan umur 6 bulan sebaya dengan Aariz sekarang.


Aryan Iskandar
weight : 8.1kg
long : 71cm
head : 37cm
chest : 39cm

Berat dan panjang antara Aryan mungkin lebih kurang,tapi sangat ketara bila tiba ukuran lilit kepala dan dada tu...:)

Ell bukan nak membezakan anak2 ke apa,ini cuma nak melihat tahap perkembangan normal anak2 Ell.Kalau mengikut carta, semua anak2 Ell dari kecik agak lebih kurang je.Cuma bila dah membesar tu,masing2 nampak watak masing2.Elok lah tu sebenarnya,tidaklah kita ni duk di bawah satu lingkungan je kan. Kan bagus ada variety dalam satu family,ada kurus,tinggi,besar sikit,kecik sikit,nakal siket,manja siket,malu sikit,pendiam sikit,banyak cakap...eh mcm2 lah.

Walau macammana pun, d'ols tetap  penyeri perjalanan hidup Ell suami isteri..♥





*Maaf kalau ada yang rasa n3 untuk aariz ni agak berlebihan...sekadar ingin berkongsi.








JANGAN LUPA 
KLIK SINI (GAMBAR)

Aariz @ 6mnths

Thursday, July 15, 2010

Rumahku karam!?

Aduyai,Aryan sekarang dah ada satu pe'el yg akan membuatkn mak die ni geram je.Dia dah pandai memilih baju.Lepas mandi takyah lah susah2 siap2kan baju utk dier..tak layan nyer.Elok je kita dah pilih baju yg elok,pandang pun die taknak.Pastu 2-4jam sekali mesti die pilih baju lain.kata die nak gi jalan,nak pakai baju jalan.


U'ols tengok,pilih punya pilih sampai tetanggal satu laci tengah tu.YaAllah,berilah kesabaran pada hambamu ini..Yang dah tarik campak keluar lain.itu belum toys lagi..toksah nak cakap la...tu mmg lumrah budak2 menyepah toys kan.Sib baik mak ko ni tak de gile meghoyan nak oiii...


Bila tanya pakai baju cantik2 nak pegi mana?Jawapnnya tak lain tak bukan 'Ayan nak gi jalan la'..Siap tunjuk kunci tu.Ni die arr suruh amik gambo die.

Tapi mana die pegi? hihihi..main beskal je pun...Astaga..Keluar rumah pun nak salin baju,baju jalan pulak tu.Adeh,gile melaram dak Aryan neyh.


Abes tu,dia buat arr muka2 suci tak bersalah die tu.yang last ni mmg die mintak sgt2 nak begambo."Mama kemrer(camera) kan Ayan" haa..tu makna nye die suh tangkap gambo die ler tu..Pastu sibuk2 nak tengok balik.:D













JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)







Rumahku karam!?

Monday, July 05, 2010

Update! Aariz @ 5 mnths

Dah terlambat  nk update pasal Aariz nih.Aariz dh nk masuk 6 pun..:)


Tapi tak pelah,selagi lum 21hb tu masih consider 5bln kan.
Ini gambar Aariz genap 5bln pada 21 Jun 2010.
Weight die tu sebenarnya 28hb baru gi timbang.Yelah,21hb tu we'ols masih kat kolumpo.Makanya dh balik barulh gi klinik.Nampaknya weight Aariz tk bnyk sgt naik,dr 7.5kg tu cuma naik dlm 290gm.Oklh tu,asalkn Aariz sehat dn sebenarnya weight masih pada tahap normal.

Untuk 5bln ni Aariz kena jab lg sekali sebelum umo setahun.Syukur Aariz tk demam,sbb dh siap2 bg ubat demam lps kena cucuk tu.

Perkembangan Aariz:-

1.Dah meniarap,telentang semula.

2.Boleh buat mcm2 reaksi muka.Muka happy,sedih,takut n paling best muka pelik.hahaha..yg ni kalo kita bg bende2 yg dia rasa baru n die takut nk sentuh.mesti die tenung sambil wat kening kerut sket.

3.Pandai respon apa yg kita buat kat die.Kalau cengerlang (beliakkan)mata,nnt die akan tenung n terus cembik2 mulut nk nanges,sbb die ingat kita marah kt die.Dan sebaliknya kalau kita senyum n ketawa ngan dier.

4.Suara dari anak tekak yang kuat.hahaha..Tang ni jgn biar die sensorang bila die tknak,nnt die panggil2 sampai tersedak2 dibuatnya.Dah mcm rockers dh..
5.Yang penting kenalah selalu main2 dgn dier..yg pasti die akan ketawa berdekah2.


Ok,nmpknya Aariz pun dh nk start makan.Tiap kali org pegang mknn mulut dier pun mengunyah2.hihihi...1st time Ell bg die hisap pisang,die punya suka siap tarik2 lg tgn mintak lg.Tapi takat jamah2 je lah.Ell dh mula bancuhkan die baby cereal tp cair.Next month baru sesuai Ell bg bubur kisar.Buat masa ni,Aariz masih b/f secara exclusive.

Alhamdulillah,semua ank2 Ell dpt b/f sampai umo2tawon lebih,cuma Aryan je yg stop awal sket sbb Ell dh mula mengandungkan Aariz time umo dier belum genap 2tawon,tp masih b/f sampai usia kandungan Ell 4bln kot.Harap kali ni Aariz dpt b/f selagi dia mahu..:)











JANGAN LUPA 
KLIK SINI (GAMBAR)










Update! Aariz @ 5 mnths

Friday, May 21, 2010

4 bulan sudah..~


Cepat nye Aariz dah 4 bulan.Dah pandai nak meniarap,dh kurang tido,dh tak boleh tinggal sorang n kalau dapat nak org mengadap muka dia sambil layan tak putus2..Kalau tinggal lama mulalh merengek2 cari perhatian.So far,adalah kakaks n abang dier yg nak melayan.Tapi kalau weekdays tu susah sket lah..sbb Ell trpaksa beri lebih perhatian n masa mmg agak kelam kabut.

Semalam gi klinik utk routine checkup,weight Aariz bertambah lagi 1kg.Alhamdulillah,Aariz sihat n takde masalah apa2.Harap berterusan lh sampai bila2.Untuk 4bln takde immunisation jabs yg perlu diambil di gov clinic.Maknanya peha dak Aariz ni direhatkan utk sebulan,tapi ready utk bulan depan pulak yer..:)


Ni jadual imunisasi.Nmpk tak u'ols,4bln takde kene jab kan..Tapi ni Ell rasa jadual lama lah..Ell lupa nak snap gambar jadual yg kat clinic tu...Sekarang derang dh tak de rangkai2 gitu.1jab je cukup utk semua.Tapi jadual bulanan tu betullah kot.Tak pelah,tak yah pening2 kepala,biar derang je yg urus semua..Kita tau ank2 kita cukup imunisasi n selamat sudah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)





4 bulan sudah..~

Wednesday, May 19, 2010

pesen tido~


Sekarang ni dak Aryan mcm2 pesen tidonyer..(u'ols phm ke bahse org Johor ni) Pesen tu maksudnye 'gaya'.Org Johor belah Pontian yg bnyk gune pesen ni,Ayer Baloi khususnyer..:)

Pagi tadi Ell post pasal kontest yang Ell join.Kalau tidak dikenakan syarat tido nyenyak ngan bantal,tentu2 sekali Ell pilih gambo ni.Ell rasa gambo ni sangat mencuit hati.U'ols tengok tu,gaya ala2 org tgh dok brpikir,kepenatan ,keletihan lalu tertido..hihi 'kesian ank mama..' kat mana sempat je dier tido..:) 

Kadang2 tido berdiri kat tepi katil pun die buat..tgh mkn tido pun penah jugak.Jgn tak caya tgh2 mandi, dlm besen yg takde air pun boleh dier tido..hohoho..

Mcm2 ragam lah anak2 nih.U'ols yg lum ada anak,tentu teringin nak tengok keletah dn gelagat anak2.Adik2 yg tgh rancang nak kawen tentu tujuannya nak ada anak..dan anak2 yg tgh sekolah tu dh tentulah mmg anak2..:D 

So u'ols,jagalh anak2 walau apapun mereka.tk kiralh nakal ke,baik ke,apa ke,mereka tetap umpama permata yg sgt membahagiakn kita..:)

Nak jugak wat n3 simple ni..hihi .Walaupun takde pekdahnyer,u'ol layan kn jer..
mmmuahhh!


JANGAN LUPA
KLIK SINI



pesen tido~

Friday, April 23, 2010

Aariz dah 3 bulan~


Semalam gi klinik utk timbang weight Aariz 3bln.Kejap je rasanya.Yang paling best time Ell pegi klinik tengah lengang.Jadi taklh bnyk buang masa kan..

Gambar 1:Pintu masuk klinik ibu dan anak
Gambar 2:ruang timbang
Gambar 3:Aariz tengah lena tido.Tumpang tmpt tu jap.

Sebenarnya tidaklah kosong ghupe itu,cuma orang je yg kurang.Aryan ngan Dina ada gak dekat2 situ.kat blkng Ell tu ada 2-3 bilik yg ada mak2 n ank2 serta staff nurse yg bertugas..Tengah dok ralit mensnap gambor sorang staff nurse yg mmg kenal tegur gurau..heheh siap tanya nk melaporkan kat mana..tp tidak le Ell ckp nk masuk dlm blog kan..kang tk pesal2 femes sekampung,sbb misi yg sorang itu agak pot pet2 sporting jugaklh pe'el dier..:)
Aariz pun kemain lena tidur nya..Ell sempat buat pap smear.Insya'allah tak de pape lh kan...U'ols jgn lupa buat pap smear ni tau..penting utk ma'am2 mcm kita ni..hahah yg tak ma'am pun penting jugak..dgn syarat u'ols berjantina 'perempuan' .


Aariz setakat 3 bulan ni weight dia naik se kg dr 2 bulan aritu.
Maknanya sekarang weight Aariz Arslan 6.5kg.Alhamdulillah..Aariz sehat n tak de apa2 masalah.


Aariz dah 3 bulan~

Monday, April 19, 2010

~Aryan bikin KECOH



Kejadian 1

Aryan called BIL4 aka Pakcu die tgh2 mlm lebih kurang jam12 lebih.Takde sorang pun tahu sehinggalah BIL4 report kat MIL esoknya.


Telepon ni dekat ngan bilik Ell rumah loteng,sebelah ngan pc.Agaknya lps dia dh dok main game kat pc dgn kakaks dia,ditanggalkan plak sorang sbb mmg time tido,di godek plak tepon ni n tr reply pulak misscalled dr pakcu die...Org lain dok lena tidur,rupanya dia buat keje.Adoiaiii..sib baik pakcu dia boleh layan..
Ni tak tau ketegori cerdik ke hape..nak kata nakal biasalah budak2 kan..tp tidak le pandai sampai buat panggilan telepon.Tadi ni,di picit2 nya no9 bnyk2 kali..buatnya dipicitnya 3 kali je tak ke naya..ish!
Sebenarnya mlm tu Ell dengar dia berbual,uish,mcm org beso dia bual...:) tp ingatkan lh bual2 kosong mcm yg dia slalu main2 tu...rupanya,itulh kesah dia.Dan, telepon tu takde kat tempat asal dia.

*Aryan ni mmg mcm burung antu berjaga malam..dia tk kesah kalau org tutup lampu n bergelap pun dia rela je..kalau dh penat main,dia landing je kat memana dia suka.jgn lh nak suh dia baring kat katil n tido..walaupun umpan ngan susu, tak jalan nyer...
*Mmg pandai bersembang kat telepon..n first word yg dia akan cakap"Ayan ni..."

kejadian 2

Aryan terkunci dalam bilik mandi ni ha...

Biasanya dak Aryan ni mandi tak lah tutup pintu.Dia mmg suka main air.kalau dapat mandi,berjam2 pun boleh..sampai kecut jari2 jadiknya..Dan pada hari kejadian tu,we'ols pun dh fadeup aryan mandi lama sgt tak mau masuk2..(bayangkanlah dr kul 6ptg sampai nak habis maghrib dah) sapa yg tak geram..last2 dia sendiri tutup pintu bilik air tu,konon2 tak maulh we'ols mengacau dia mandi.Bukan takat tu je..dikuncinya lagi...adei,haru biru dibuatnya dak Aryan ni.

Apalagi meraunglh dia sekuat hati.huhu dahsyat dia nanges time tu..mcm kena sebat dgn getah paip lh gamaknya..siap menjerit2 sambil ketuk2 pintu kata "Ayan nanes ni!" hahaha lawak plak rasa..Puas dah ajar supaya tarik kebawah selak pintu tu...tapi tetap dia kata "Ayan tak sampai!" berulang2 kali.Yang pelik,kunci pintu sampai plak..Time ni kesian pun ada,geram pun ada....Lama jugaklah we'ols try pujuk dia jgn panic n rilex,tp tetap jugak menjerit2 lebih kurang 15-20mnt.



Sudahnya apa? Apa lagi kopaklh pintu sket..asal muat kakak dia yg no2 tu terus suruh masuk dalam n buka selak pintu tu..Maka itulh penyudahnya tragedi Aryan terkunci dibilik mandi..:D

*Tu ler..tk padankn baru 2stgh tawon..bnyk na kepandai nyerr...haih,mmg bikin kecoh!! Tapi u'ols jgn ingat Ell biarkan je dia mandi sensorang tu ya..sentiasa didlm pengawasan n Ell dh siapkan dia mandi cuma nak bg dia puas je..dan sekali2 tidak ada tadahan air baldi atau besen,yg ada cuma aliran air shower je.huhu bahaya.. nak carik nahas!




**Ini adalah kisah benar dan hanya ringkasan cerita shj.kalau nak buat full story kat sini alamatnya dr subuh sampai kesubuh semula pun tk habis citer..:P
**Gambar2 kejadian tak dpt dibuktikan..krn dlm keadan yg sgt kecoh,kalau ya pun tak kecoh..NAK MATI sibuk2 amik gambo...


~Aryan bikin KECOH

Sunday, March 21, 2010

Kemaman & Cherating


Salam..
Minggu lepas agak sunyi blog Ell ni tanpa sebarang n3.Maklumlah,cuti sekolah u'ols..bawak kidz gi holiday.Tapi tak dpt lama2 coz MIL agak bz dgn mcm2 jemputan.Sedar tak sedar n3s Ell yg ke Pantai Timur tu dh nk dekat setahun rupanya.Tapi kali ni tak lah memenatkan mcm dulu..more to berlibur santai je.Ell pun bnyk duk kat umah je.Dgn cuaca yg terik tk sanggup nk meredah..
Sebenarnya tujuan utama is melawat BIL2 yg tk berapa sihat n we'ols budget 3 hari je utk berada disana.Plan punya plan SIL4 yg dr Hulu Langat pun nk joint sekali.Al kaedahnya pada 15 mac 2010 we'ol geraklh dr tempat masing2 n perjalanan dr Ayer Baloi,Pontian mengambil masa hampir 6-7jam utk tiba di Kemaman.Manakala SIL4 yg dr Hulu Langat memakan masa 3stgh jam saje.Memandangkan perjalann we'ol yg memerlukan masa yg agak panjang,terpaksalah we'ol gerak seawal pagi yg boleh sbb nk elakkan tiba pada waktu malam.

Perjalanan yg jauh memang memenatkan..
Dirumah BIL2 dgn suhu hampir 40'c

Sebelah malam we'ols berkumpul kat rumah BIL2 sambil menjamu mknn yg MIL masak siap2 dr kampung..Org tua biasalahkan,nk jumpa ank pun susah payah siapkan mknn.Apalagi kalau ank2 nk balik ke kampung.:)

Keesokan harinya(16mac) we'ol gi picnic kat Cherating tempat SIL4 bermalam.Kemaman ke Cherating mengambil masa 10 minit shj.Cuaca yg panas mmg sgt menduga kesabaran.
Nasib baik hsbn trgerak nk bawak tent ni.Puas dh mandi manda,d'ols berlonggok sambil isi perut yg dok menggodak dr tadi.

Sebelah petangnya,sgt sesuai utk ronda2 sekitar bandar Kemaman.Dan,apa yg penting dicari pd waktu petang is sata yg mabeles di Kemaman.SIL4 pulak sambil mencari kedai kek yg best + lain2 mknn sbb nk menyambut birthday salah sorang ank perempuannya yg ke-12 langsung menyambut kejayaan anak lelakinya yg berjaya mndpt 10A baru2 ni.

Haa..ini adalah sata n otak2 yg terbaek yg terletak di Pantai Geliga,Kemaman.Habis2 MIL interviu,rupanya kedai sata kat Geliga ni bukak juga pada waktu pagi.Apalagi MIL n SIL4 order RM30 sorang utk dijadikan ole2.Murah tau sata ni satu cucuk 3hinggit n setiap cucuk ada 10 butir.kalau kat tempat lain,paling murah pun 3hinggit 9 butir.Pulak tu,pakcik tu bg xtra lg 6 butir.Bezanya pula otak2 disini brbnding ditmpt lain ialah isinya yg merupakn hirisan isi ikan tenggiri semata + adunan bahan penyeri intinya yg best..
Tmpt trletaknya sata yg best ni brdepan dgn Dataran Tok Guru (brdktan dgn pantai,tmpt berceramahnya Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan  sekiranya beliau dtg ke Kemaman). Dikatakan mmg tramat sesak dikawasan ini bila ssekali beliau hadir n brceramah.

Maaflah kejadian sebelah mlmnya takde langsung gambar dlm simpanan Ell.But mmg seronok berkumpul dgn beberapa fmly members n cerita tah hape2 je.Oh ya.brkenaan ank sulong SIL4 yg dpt keputusan cemerlang dlm SPM baru2 ni tu...rupa2nya dia nk melanjutkan pengajian dlm jurusan kedoktoran..Insya'Allah,mudah2an berjaya.:)
Aih,malas dh Ell nk citer panjang2,Ell pendekkan jelah ye.Esok paginya(17mac)sebelum berangkat pulang,we'ol singgah kedai jual sata tu utk mangutip hasil order'an petang semalmnya..:)Ngam2 lps we'ol gerak,rupanya angin yg sgt kuat tlh merempuh bandar Kemaman dn bermula dr pantai Geliga..huhu,mmg we'ol bernasib baik.Dan bermulalah hujan rintik2 membasahi bumi yg gersang...:P

Ini adalah tempat SIL4 n her fmly bermlm.We'ol trpaksalh singgah krn ankku telah di kidnap..n biasalah budak2kn, kalau dh jumpa sepupunya tmbah lg ada pool...kan menggelitik nk menerjah.:)
Tk sabar nk swim ni..

"Bila hujan nk benti ni kakak"

Yey! akhirnya..
Gelagat sesama mrk. si Aariz pn tumpang sekali.Tngok tu...mcm dh paham je dia..

Sblm tgh hari we'ols terpaksa packing all da stuffs n gerak pulang.Lps zohor SIL4 checked out dn we'ols berpisah utk menuju ke tujuan masing2.Dlm perjlnn tu,bnyk tempat yg menjadi tempat perhentian.Memula berhenti dikawasan org asli di muadzam shah,pahang sbb hsbn ingat dia terpandang buah tampoi..tp rupanya buah asam paya yg sgt hebat masamnya..;)

 MIL kata,kalau buah salak nak jugak dibeli nya.

Ok lah,nk sampai kerumah tu we'ols singgah mkn(segamat),beli durian(yong peng),brhenti mkn n smbhyang,beli bunga(ayer hitam) beli 3jenis sup(sup kambing,sup lembu n bakso) ini dh nk tiba rumah we'ols dah.Itu ini w'ols sampai rumah kul 9mlm.Mmg penat n lepak sangat,lps mkn we'ols belayar pula  ke dreamland..:)

Alhamdulillah,start haritu hari2 hujan sampai keharini.Ell pun dh tk thn sejuk sgt sampai batuk n demam dibuatnya.Dan lg satu yg Ell perasan adalah kaler kulit memasing dh mcm coklat2 dodol gitu...haha tp dodol perisa durian la yg lite sket kaler nye...sekali ngan si kecik Aariz.Agak2 kalau sebulan we'ols stay kat Terengganu tu kenal tk org kampung di Johor kat w'ols smua...hai entahlah.





Kemaman & Cherating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...