Thursday,Nov 12,2009


Puding Roti Bakar
Bahan2:-
6-8 keping roti putih
200ml susu segar/susu cair
butter/margerine
2 biji telur
Gula
Kismis
esen vanila
choc rice/choc chips

Cara2 penyediaan:-

1.Potong 4 setiap roti dan sapukan butter/margerine depan belakang.
2.Susun roti dlm bekas pembakar dan tabur kismis serta choc rice/choc chips setiap lapisan.
3.Bekas lain,pukul telur, 2 sudu gula, susu dan esen vanila.
4.Curahkan keatas roti dan biarkan terendam selama 1/2 jam.
5.Tabur sedikit gula (sesudu) atas roti.
6.Bakar dengan suhu 200'c selama 20minit.

Puding Roti sebelum bakar


Sos Custard:-

1 tin susu cair

2 sudu gula

2-3 sudu tepung custard

Caranya:-

~Kacau semua bahan atas api

~Curahkan atas puding sebelum makan/hidang.

Jemput makan...

~Gambar bawah bunga rozel ya.Bunga rozel ni MIL beli kat pasar.Murah je, yg dlm gambar ni lebih kurang 2hinggit dan kos keseluruhan dlm 4hinggit. Puas lah minum kalau buat kordial tu.Kalau beli sebotol kat supermarket harganya dlm lingkungan RM8++ . Rasanya sedap sket dr ribena :). Dan disebabkan buat sendiri,kualiti kebersihan dijamin 100% dan disahkan tanpa bahan pengawet. :D



Nak buat senang je.Cuci bersih semua bunga2 ni,kemudian masak dgn air sampai keluar kaler warna merah pekat.Masukkan gula bape bnyk ikut suka.Pastu tapis utk dapatkan patinya saje.Kalau manis,bancuh dgn air bila rasa nk minum.Minum sejuk2 mmg sedap.Pati nya tu boleh simpan dlm fridge .Untuk kuantiti rozel yg sebanyak ini,akan menghasilkan lebih kurang 1botol setengah pati pekat rozel.So,mmg untung kan.

Katanya kalau kita amalkan jus rozel bnyk kebaikan .Antara khasiat jus rozel

1. Anti Penuan

2. Pencegah penyakit Cardiovaskular

3. Anti-cancer.

4. Demam panas/selesema.

5. Resdung (alergi) dan Asma.

6. Stress atau Sukar tidur (Insomnia).

Ia kaya Vitamin c , bersifat antioksida, beta carotene, vitamin B1, B2 and B6.

So u'ols, silakan...