PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, August 30, 2010

Dapat award~

Salam...
2-3 hari ni Ell tidak berada dalam keadaan sihat.Bulan2 puasa ni kene semput lak,rasa tak berdaya..Tak pelah,belah pagi ni Ell update pasal award je lah.. Award ni tak de soalan2..so rengkas jelah.Mekasih Sheila..




Jadi sesiapa yang singgah sini sila ambil tanpa segan silu yer.Jangan malu2..Ok alls,Ell mmg dh tak larat nih.so,sudikan diri yer..
Bye..





Dapat award~

Sunday, August 29, 2010

Frambozen Kenari (resepi)




Dasyat nama kuih ni,actually biskut.Boleh dikatakan kategori biskut raya la..tapi belum raya dah abes.dan jangan nak mengaharap nak buat lagi..heheh malas!!!




Sebenarnya 1st time buat..rasanya pun sebenarnya Ell tak tau..tengok resepi mcm senang,pastu dr kata2 survey kuih ni sedap.Tu yang gigih nak menerai..Cepat na terpengaruh.Sib baik jadik n rasanya pun ok.

Meh Ell share resepi nak?


* 2 cawan tepung serbaguna
* 2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur
* 1/2 cawan gula
* 1/4 sudu teh garam
* 3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
* 1/2 cawan badam cincang
* 1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi

Ell guna yg ini

Topping
* Putih telur 2 biji
* 1/3 cawan gula halus
* 1/2 cawan hirisan badam

  
Directions

1. Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. 
2.Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.
3. Perhatian: Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 - 20 minit.
4. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.
  
Topping

 
6. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat.(pantang katanya kalo terkena air/minyak)
7.Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat. 
8.Sapukan meringue (adunan putih telur) diatas jam dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam.
9. Bakar pada suhu sederhana selama 8 - 10 minit atau lebih sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit. 
10.Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.


 Ini adalah gambar asal dari resepi yang Ell ambil.tapi pasai apa Ell punya shape bulat2 aih...ha,tu dia kalo hangpa nak tau keje orang gatai tangan la tu...Pastu bila tengah2 buat baru kata aduhai..watpa la gi buat shape bulat2 ni..buang masa betui la.Serius nyesal sebab apa,kalo ikut cara asal senang ja,time sapu jam n meringue tu bubuh pastu kasi rata ja..n bila tabur badam tu tabur je la..yg pegi gatai buat shape bulat2 tu pasai apa lh kan..leceh!

Ok,u'ols nak try boleh terai..simple tapi sedap.Percaya k,tk kan mengecewakan u'ols...

SELAMAT MENCUBA






Frambozen Kenari (resepi)

Tuesday, August 24, 2010

Anak2 di bulan Puasa


Salam....
Aduih,lama sungguh tak bersihkan rumah nih.Kalau org lain takat berhabuk,bersawang..Ell jgn kata habuk dan sawang ..sarang tabuan pun dh ada...hahaha.

Pejam celik kejap je dh 14 hari kita puasa kan.Ell macam biasalah,sederhana je.dan selama 13 hari yang sudah berbuka puasa pun simple je,seperti yang dituntut..tidak membazir.Makanan Alhamdulillah,tak pernah terbuang,masak pun ngam2 je.MIL pun pandai gak budget.Pasar ramadhan setakat ni tak pernah pergi lagi cuma hsbn je yang pergi beli air khatirah,teh bunga atau air mata kucing.Kalau lauk,sakali je hsbn beli mana yg teringin tu siap bawak anak2 sekali merasa keadaan kat pasar ramadhan n beli yg lain sikit dri yg biasa mcm ayam tandoori,ayam goreng minang dll. Mana yg tk berapa nk sedap tu...sekali ni jelh rasanya.


Masak tak delah special mana...nasi tu lauknya pun biasa2 je.Menu we'ols selalunya sangatlah simple.kalau boleh satu macam masakan je.Like bubur lambuk,(dh 2-3 kali jugak buat) mee bakso,spegetti dll yg seumpama lah.Sebenarnya menu2 tu ikut selera anak2 jugak.Yelah nak bg derang senang puasa kan.



Marsha oklah,dia dh besar..memang dh puasa penuh pun dri 4-5 thn.Tapi skrg ni tiap2 hari tanya masak apa.Maklumlah,dah besar,selera pun besar. Dina pulak start tahun lepas dia dh puasa penuh,tahun sebelum nya time umo die 4thn dia dh mula ikut org puasa tapi tengok sampai mana ketahanan dia.Kiranya rongak jugaklah...Tapi tahun ni,agak keciwa seket lah mak bapak nya nih.dah 3 hari Dina demam..so memang tak de harapanlah nak puasa penuh,dh cut 2 hri.


Tapi yang bangganya,dari bulan Sya'ban dia dah start puasa sunat isnin dan khamis.Maknye ni,buat tak tau je..tapi anak pulak yg gigih2 nak berpuasa.Siap bangun pagi2 cakap "kenapa tak kejut subuh,dina nak puasa.."Atoknya lah yg rajin jadi teman berpuasa..Dan dengan bangganya bila pegi sekolah(kalau puasa) dia khabor ke cikgu yang dia puasa pada hari tu...sama dgn ckgu dia.


Dak Aryan pulak tahun nilah dia sibuk2 nak ikut babah, atok n kakaks nya terawih.Syukur tak nakal kata babahnya.Tapi babah pun buat tak lama,8 je.Yelah dengan budak2,mana leh tahan kan....

Pasal raya memang hari2 bertanya.. lagi berapa hari kita puasa n nak raya...hihihi kids kan..Harini dugaan time nak sahur..We'ols terpaksa bersahur dalam gelap sekejap sebab blackout.Sib baik tak lama..tengah bersahur tu dlm 10 mnt dah terang balik....:)

Selamat Berbuka Puasa untuk u'olss...







Anak2 di bulan Puasa

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan bulan penuh Rahmat

Salam semua..
 Sedar tak sedar,9 hari sudah kita berpuasa .Kejap je rasa kan,bahang raya juga kian mula terasa.Kalau anak2 ni tak sabar2 nak raya.:)
Mungkin ada antara kita tengah sambil2 mengemas rumah mana yg sempat,mengecat ke,merancang itu ini dsb nya.


Apa pn yg dilakukan,jgnlh kita lupa akan segala tanggungjawab serta amalan yg perlu dn sepatutnya kita lakukan mana yg termampu disepanjang bulan Ramadhan ini khususnya kerana pahalanya berganda.Jadi ambillah peluang sebaik mungkin,perbaiki mana yg perlu,renungkan serta sentiasa mengingatkn diri dgn penuh keinsafan juga kesyukuran kerana sbg Umat Islam kita dituntut utk itu.

Ambillah kesempatan atas kesempatan kita yg masih ada.
 Wassalam..


Ramadhan bulan penuh Rahmat

Sunday, August 15, 2010

Tanda2 Sebelum Ajal~





 Salam wahai sahabat..hari ni Ell tergerak nak berkongsi sedikit info untuk renungan kita bersama.'Tanda2 sebelum ajal/maut/mati'.Apa yang u'ols bayangkan?Adakah seseorang itu berkelakuan pelik/ganjil/aneh seperti yang pada biasanya dipanggil 'buang tabiat'?Ntah la,Ell pun tak dapat memastikan.Adakalanya sesetengah orang berpendapat simati bakal merasakan kematiannya,sama ada itu benar atau kebetulan.Wallahualam..

Artikel ini adalah sumber yang didapati dari internet dan Ell copy lalu di paste kan ke sini.Insya'Allah,mudah2an perkongsian ini memberi manfaat.

Berikut adalah tanda2 dari hari ke 100 sebelum tibanya hari kematian.Namun begitu,telah dinyatakan tak semua orang dapat merasakan tanda2 kematian itu.Hanya insan terpilih je..moga kita2 semua tergolong dlm insan terpilih,bersih segala dosa dan bertaubat sebelum izrail memanggil.amin..

Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Innallillahiwainnailaihi rojiunn..



 Allahuakbar,terasa bergetar hati ini.berdiri bulu roma dan menitiskan airmata..moga pesanan dan peringatan ini brmnfaat utk diriku khasnya yg selalu berdosa….






Tanda2 Sebelum Ajal~

Saturday, August 14, 2010

Perginya seorang gadis yang bergelar blogger~ Al-Fatihah


Assalamualaikum..
Walau siapapun gadis ini,samada u'ols kenal atau tidak, mari sama2 kita sedekahkan Al-fatihah buat insan yang bernama  Siti Nor Izzah Shahdan, 21.Beliau adalah seorang blogger muda yang menghidap penyakit tulang reput sejak dari kecil dan kini menghadap Ilahi akibat kemalangan jalanraya.
laporan berita di MyMetro:-
PASIR MAS: Seorang gadis yang menghidap penyakit tulang reput terbunuh selepas dihempap kereta dinaikinya bertembung dua kenderaan lain dalam kemalangan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, 
 petang kelmarin.....SETERUSNYA...

 U'ols boleh jengah blog beliau dan baca hasil2 tulisan beliau DISINI.
Ell terbaca satu n3 beliau yang bertarikh 25 Julai 2010 (ahad) agk menyentuh jugak kerana n3 tu mungkin luahan ikhlas beliau.Bait2 katanya menggambarkan seolah2 beliau mmg nak meninggalkan dunia blogging buat selamanya.BACA DISINI. 
7 Ogos 2010 adalah posting beliau yang terakhir didalam blog selepas beliau menemui ajal pada 9 Ogos dan berita ini dikeluarkan pada 11 ogos 2010.Semoga tulisan dan luahan beliau menjadi kenang-kenangan sehingga disuatu masa..

Al-Fatihah~
Dengar berita kematian selalunya sangat menginsafkan Ell.Dikala ini hampir menitiskan airmata kerana tak tahu berapa lama lagi hayat yang bakal ditempuhi..


Ucapan takziah dan Al-fatihah memenuhi kotak shoutbox beliau...
Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...


Perginya seorang gadis yang bergelar blogger~ Al-Fatihah

Friday, August 13, 2010

Congrats my niece!


Sekalung tahniah untuk niece Azhani Masturah for her graduation.


We wish you a bright and happy future as you cross . May Allah guide and bless you each step of the way ya Mas. We are so proud of all your achievements.

And i'm sure that u make ur parents proud
Azhani Masturah n her sista Azhana Mariah (left)

 Adrlaide Festival Theatre
University of South Australia
11th August 2010

(ngeri tengok budak mas ni pakai heels,5 inci ada kot..huhu)


Ok, buat ibunya my SIL aka Along we all also wish you Happy 51st Birthday.May Allah bless you always.Along,make a wish n hope it will come true.Enjoy your day! Happy always and stay 'awet muda'..





Congrats my niece!

Thursday, August 12, 2010

Murtabak Popia

Bismillah...
Resepi ni selalu untuk minum petang atau sarapan pagi,apa kata lepas ni boleh terai untuk menu sahur pula memandangkn kita dibulan puasa.


Bahan2:-
tuna dlm tin(ambil isi)/ayam cincang/daging cincang
2biji cili merah(hiris halus)
1biji bawang besar (dicincang dadu)
1 biji telur
sedikit garam
1 sudu serbuk kari
kulit popia
sebiji kentang(didadu)
minyak masak untuk menggoreng

Cara:-



1.panaskan minyak,tumis bawang besar cincang,cili merah cincang bersama ayam/daging/tuna
2.letak sesudu serbuk kari dan garam secukup rasa
3.tutup api dan pecahkan sebiji telur.



4.Bentang kulit popia dan bubuh inti diatas kulit popia 
5.bungkus segi empat seperti murtabak.Tapi bertemu bucu
6.panaskan sedikit minyak pada kuali leper(non-stick)
7.goreng bungkusan popia diatas api perlahan sehingga keemasan.balikkan untuk masak bahagian atas pula.
6.Hidang bersama sos cili.


Ok,agak2 masa mcm tak cukup utk sediakn bende yg remeh2 ni kan..Ell cadangkan sblm masuk tido tu siap2 kn bahan dn bungkus membungkus tu..kendian simpan dlm fridge.Bangun sahur tu goreng n mkn panas2.


SELAMAT BERBUKA PUASA 
UNTUK HARI INI
DAN SELAMAT BERSAHUR 
UNTUK HARI ESOK




Murtabak Popia

Wednesday, August 11, 2010

~ Salam Ramadhan ~


Sempena bln Ramadhan yg mulia ini.Ell serta suami ingin mengambil kesempatan utk  mengucapkn selamat berpuasa buat anda rakan2 semua. Moga segala amal ibadah kita sepanjang bln Ramadhan ini diterima oleh-Nya.. 
Mohon maaf juga sekiranya ada kesilapan yang menyinggung perasaan.

 


~Salam Ramadhan~







~ Salam Ramadhan ~

Monday, August 09, 2010

moment with newborn baby contest~

 Contest anjuran Mrs.Simplycity


Untuk terma dan syarat sila ke link beliau 

Hadiah-hadiah lumayan yang bakal dimenangi oleh pemenang 
grand prize : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM50
1st runner up : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM30
2nd runner up : duit raya sebanyak RM30


"MARILAH KITA MENGIMBAU KEMBALI SAAT- SAAT MEREKA KETIKA BAYI"


Penyertaan Pertama

nama : Marshalina Manisha Binti Aminulrashid
tarikh lahir : 24/7/2001
berat semasa lahir : 3.4kg
umur ketika gambar diambil : 5 hari
nama ibu : Ellymaswati  Mohd Zan
email : lady.ell@hotmail.com
cerita disebalik gambar : buah cinta antara Ell & Suami yang pertama.masih tak percaya dalam usia semuda  Ell 20tahun dan suami 23tahun dah menimang cahayamata.Sebaknya rasa..


Penyertaan Kedua

nama : Aryan Iskandar Bin Aminulrashid
tarikh lahir : 26/11/2007
berat semasa lahir : 3.6kg
umur ketika gambar diambil :  3 hari
nama ibu : Ellymaswati  Mohd Zan
email : lady.ell@hotmail.com
cerita disebalik gambar : anak ke-3 tetapi lelaki yang pertama.Suami Ell tak dapat menahan rasa gembiranya dia sehinggakan menangis berjurai2 airmata.Syahdunya disaat itu..


Penyertaan ketiga

nama : Aariz Arslan Bin Aminulrashid
tarikh lahir : 26/1/2010
berat semasa lahir : 3kg
umur ketika gambar diambil :  3 jam selepas dilahirkan
nama ibu : Ellymaswati  Mohd Zan
email : lady.ell@hotmail.com
cerita disebalik gambar : putera bongsu ni sangat menyenangkan sehingga kan nak melahirkan pun macam tak terasa.pergi hospital bukaan 'almost' dan ...(kisahnya DISINI


Dengan lafaz bismillah,Ell menyerahkan penyertaan ini kepada penganjur contest.terima kasih.Lafaz Alhamdulilah akan menyusul kemudian sekiranya salah seorang peserta dari blog ini akan menang .hihihi...
 
Jom u'ols join reramai sebab hadiah agak lumayan dan bukan anak sendiri juga adalah dibenarkan.




moment with newborn baby contest~

Friday, August 06, 2010

Saya antara yg BERTUAH!

Alhamdulillah..rezeki nak menyambut ramadhan...
Ingat tak haritu yang Ell kemaruk join giveaway.Salah satunya mengena.Mungkin nasib mungkin juga rezeki.Apa2 pun terima kasih kepada 2org pemilik satu blog.Ya,owner nya 2 org,satu di Mesir(Atiqa) dan satu di Rusia(Keyri).Hebat kan derang,2 negara tp punya 1 blog je.Mesti p/word share n dh tk de rahsia antara mereka...owh..sweet nye korang:) 

Ok,sekarang owner nya pun dah ada kat Malaysia.Dan nama pemenang pun dah diumumkan untuk mengepos hadiah2.Wah..ni yang rasa tak boleh menahan kesabaran neyh..:) hihihi gelojoh na. baru dpt tahu menang serta merta nak hadiah..



Kalaupun "lady ell" yg dimaksudkan itu bukan saya,saya tak kira...saya nak jugak.! :D
Apa apa pun,terima kasih Atiqa & Keyri.











Saya antara yg BERTUAH!

Thursday, August 05, 2010

Cookies ala famousAmos

  
   Bismillah..
Harini Ell nak kongsi resepi cookies yang sedapnya ala2 famous amos u'olss.:)
Kebetulan,semalam Ell buka fesbuk ada fanpage yang banned seorang makhluk Allah.Puncanya sebab dia MENYATAKAN PENGHINAAN  yang sangat2 KETERLALUAN.Ada ke dia kata Johor ni hina hanya sebab takde famous amos.Pasal famous amos je tuh.Boleh terima akal ke...Aduhai...nak bergurau waimah nak mengeluarkan kata2 tu fikirlah dulu.Agak2 sket kan.Dah lah mencari rezeki di bumi Johor.Sbnrnya bknnya tk de FA tu,tp cuma agak jauh dri tmpt dia je ..kt Senai Airport. 
Ell pun tak nak lah komen lebih2,bulan ramadhan pun tak lama je lagi.Ell mmg suka gak FA ni.Ssekali klau tringin sngat tu gi lah cri kt Senai,klau tk pn buat je sndiri yg akan2 rasa cam FA.Jd skrg eloklah kita bersihkan hati,maafkan sesama manusia.Dosa memang dah banyak,nak tambah lagi dengan memaki2..tak guna.Tapi sejujurnya,memang SENTAP OKEH!!


 Bawah ni gambar yang hangat tersebar meluas tu.Ell tak koser nak blurkn orgnya...Tengok jelah sendiri.
-klik gambar utk gambargajah-

Ok lah,ni hambik resepi cookies yang ala2 famous amos tu.Mungkin rupanya agak palik n lain sikit dri FA tu tp apa yg pnting rasanya marbeleste seakan2 FA tu.Dn utk pengetahuan smua ttg bentuk n rupanya boleh diadjust kita sndiri ikut suka.Jd lepas ni harap2 tak maulah lagi keluar statement yang macam  Nor Azita Osman ni ye..:)

Bahan2:-

1 cawan butter
1stgh cawan tepung gandum(diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat(ayak bersama tepung)
1 sudu kecil baking powder (ayak bersama tepung)
1cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 stgh cawan oat (mesin halus)
choc chips
sedikit garam
coklat cadbury (parut)
2 biji telur
1 setengan cawan kacang walnut/hazelnut  (ikut suka)dicincang
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:-



1.pukul butter dan gula hingga kembang
2.masukkan telur dan vanilla,pukul lagi sampai kembang
3.masukkan tepung,oat,garam,baking powder dan soda bikarbonat dan pukul sebati,jgn kembang
4.masukkan choc chips ,coklat cadbury parut dan kekacang,gaul rata guna senduk saje
5.sudukan dalam loyang pembakar,dengan jarak 2inci
6.bakar 15 minit dengan suhu 170'


Rasanya memang saling tak tumpah macam famous amos nye cookis.tak caya u'ols boleh terai selepas ini.:)Tapi yang Ell buat ni tak tau apesal jadik leper..mungkin terkurang tepung atau terlebih butter.Minta maaf ya,step ke6 dan ke7 tiada didalam gambar..:)



Selamat Meng'cookies..:)







Cookies ala famousAmos

Tuesday, August 03, 2010

Promosi baik punyaaaa~

Bismillah..
Ell kalau membuka n3 dgn bismillah ni maknanya pasal makan ye u'ols..:) tapi tidak semestinya resepi..


Nmpak tak gambar atas ni.Haaa...ni lah die nye promosi yg sangat bijak.Agak2 kalau dah bnyk sangat buah2an berlebihan tu,bleh la ikut cara ni.Hihihi..ni kan,hsbn snap masa dia gi beli durian kat Pekan Nenas,area2 sini lah.Ell tak pegi,tapi ni gambar ihsan hsbn la eh.

D'ols ni..yg ada dusun durian dah tak sanggup nak mkn bnyk2..even kalau berjual tepi jalan pun bukan selalunya habis,jadi dari terbuang tu kan membazir,buat cara macam ni.Siap bagi komisen lagi sape yang tolong bawakkan kastemer...hihi:) Lgi bagus kalo pandai meng'ayat..

Oh,pernah Ell jumpa org yang sangat lah baik hatinya,dia kasi mkn kat dusun die tu tanpa bayaran pun..makanlah berapa banyak nak,berapa lama nak melantak,die sedekah je.Siap bagi untuk bawak balik lagi.tapi dah tak jumpa pun lagi orang tu..tah mana agaknya die..mudah2an murah rezeki dia berpanjangan.:)


Ayat punya ayat,3 karung ni (gambar atas) hsbn beli.Banyak ekk.Tapi jangan wat keje gila nak mentekedarah semua tu..mau pitam tak bleh bangun.Makannya 6-7 biji je,kalau time Ell nak,2-3 biji boleh abis sorang tau (tengok size),tapi ada masa-masanya 2 ulas pun cukup dah..Abestu,kalo dah sorang makan 2-3 bji je apa citer ngan biji2 laen kan.durian ni bukan boleh simpan lam na..2-3 hari dah merekah,pastu mulalah naik gas.


 Durian didalam karung..:)tak teringat pulak nak amik gambo isi durian.

Kalau anak2 Ell  Dina (2nd dotter) yang suka sangat buah durian ni,malah bukan durian je apa jenis buah2an pun dia suka.bangun tido nak buah,tengah hari nak buah,tengah malam nak buah..aih,tk mengira masalah kiranya.kalau buah2 lain tu contohnya epal,12 biji 2 hari je dia habiskan..:) makan nasi sikit je.Oh,sayur dia snagtlah suka sayur bayam..kalau masak tumis air tu,menghirup semangkuk tanpa nasi je.

Kalau Marsha (1st dotter) dia serba boleh lah bab2 makan ni,tapi semua dia amik sederhana dr segi sayur,buah.Tapi kan,jangan makanan/lauk yg dia kata suka sangat2..(nasi ayam,nasi lemak,lauk daging,sardin,dll)Bangun pagi dah tanya nak masak apa,pastu balik sekolah tgh hari mkn,balik sekolah agama(kul 3.30ptg) makan,malam pun makan,tu tak trmasuk minum petang ngan supper lagi.Tapi kalau ada yg dia tk berkenan tu,sehari sekali je lah dia makan..

Aryan pulak buah2 mmg dia tak sentuh langsung.Suakanlah buah apa pun depan die,dia kata tak sedap.Durian ni,aritu hsbn sampai berkejor dgn dia sebab nak bagi dia rasa buah durian ni.klakar pulak ingat time tu.Yang herannya jem durian makan pulak..kalau ada jem ni,satu buku roti gardenia tu,2hari je habis ngan Dina.Kalau takde roti biskut pun jalan..

Dah menyimpang plak dari tajuk...:P


Sebab nak bagi cucu makan buah lah ni atoknya(my MIL) gigih mengikis isi durian nak buat jem.Kalo MIL panggil gula durian,sebab dari isi yang dah masak ni pun boleh guna utk buat bubur durian or wutever kan..banyak ni setengah periuk sederhana besar..bukan sederhana,tapi sederhana besar..kene faham ayat disitu yer..:)

Ini baru jem nye..tempoyak pun dapat buat jugak setengah bekas tupperwear (saiz bucket kfc) hasil kikisan buah durian yang 3 karung tu.Bayangkanlah berapa banyak nye tu..

Tetiba kan,Ell teringat musim durian 2thn lepas..ada penjual cina yg kononnya mengaku rakyat Malaysia, tulis signboard kertas SALAH kat tepi jalan.Normallah kan..signboard tu,dah katanya nak promosi..tapi yang tak menahan tu,dia boleh tulis DULIAT ,rm sekian2..(tk ingat).Adoiyai apek,ko mengaku ko org Malaysia,tp pelat..!kalo cakap je tak heranlh..ini tulis pun ko pelatkan...sampai melelh air mata gelak ngan hsbn.:D
Ok,itu adalah promosi yang tak baekkkk punyer..








JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)



Promosi baik punyaaaa~

Monday, August 02, 2010

Wasiat seekor lembu (tag)~


Astaga! u'ols..lamanya Ell draftkan wasiat ni..wasiat ni Ell dapat bulan 5 lg tau..Ampun ya non Keyya...:) jangan marah lho..senyum dikit...nah,gitu dong baru manis..:)

 Sekor lembu pun leh jadk wasiat ekk.kalo ada sepasang elok gak..boleh beranak pinak.Ini dah le sekor je,nmpak macam dah tua plak tu..:)Apa nak buat ngan minatang neyh..

Hihi..ini tag lah u'ols..lain pesen plak suh buat tag ni dgn gambo lembu..

Ni lah die nye lembu yang diwasiatkan tu..molek na lah tu die posing gitu..hihihi..

Rules:-
1. Thank and link the person that gave you the cow
2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling active atau 7  yang tidak aktive
3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu wat sambil tgk tv 
5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan 
6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook?
7. Feveret soalan ni... camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe.. kat mana??  


1.Mekasih keyya
bagi wasiat (tag) ni.kalau lah betul dapat lembu cenggini,boleh akak wat korban raya haji nanti,tapi sebelum tu bg die makan cukup2 biar gemukss pastu baru sedap ditumbangkan kan..hihihi..

2.&3.
yang ini boleh tak akak skip sebab tag ni dah lama benor gamaknya..dah tak hangat lagi kat pasaran blog..Akak ni pun buat sebab rasa serba salah tak menunaikan amanah ni kan..ada kang tak pasal2 hidup akak sentiasa diselubungi misteri..ngeh3 
Langsaikan hutang,senang hati...

4.3 perkara buat sambil tengok tiwi
-gelak2 ar kalau citer kelakar
-fokus kalau tengok dokumentari..tp jarang arr
-tido,ini kalau rancangan tiwi tu melebihi kebosanan yang melampau..

5.3 makanan pelik yang pernah dimakan
-pisang cicah gulai asam pedas..ini laki Ell lah ni ajar bende tak elok ni.hihihi..sebenarnya mengata die..tah apa2 je selera mcm tu,pastu sembunyi2 try jugak..hahah tp dulu la,sekarang dh tak lagi.
-landak,ya..Ell pernah makan rendang daging landak!Serius time tu tak tau yang tu daging landak n belasah je..rasanya tak ingat langsung..:)
-beger rusa dan beger ostrich..pelik tak? pelik kan..tapi yang ni Ell suke.daging rusa sangatlah sedapnya,lembut.n daging ostrich ok jugak...
harganya berapa ekk..5 hinggit kot..hsbn yang rajin beli kalo nak makan.

6.kawan dalam fesbuk?wat per nak tau..Eh,rasanya soalan untuk tag ni tak de kene mengena langsung dengan gambar lembu tu kan..tak caya jom tengok soalan ke tujuh ni pulak

7.camner n katner jumpa spouse.
cara pertemuan diaturkan oleh kawan iaitu seken kazen kepada hsbn..lama dah..kira2 tujuhbelas thn yg lalu..pastu jumpa di tepi jalan kat deretan kedai2 sebuah pekan..:P 
sekampung je we'ol ni...


Okeh,settled!
fuh,lega..patutlah selama ni rasa tak tenang..rupanya ada hutang..Sekarang hutang sudah langsai....











JANGAN LUPA 
KLIK SINI (GAMBAR)



Wasiat seekor lembu (tag)~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...