PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, July 31, 2011

Marsha 10th Birthday Request!


Assalamualaikum...
Baru teringat birthday Marsha kali ni tak update dalam blog.Kesian,mamanya memang hampeh sungguh.Tapi kan..sangat mengejutkan..Marsha tak minta hadiah langsung..She just asking me kalau dia boleh ada  video clip macam adik2 dia.Hmm..maknya fikir tak panjang terus kata ok!.Tapi agak kelam kabut jugaklah,sebab nak scan gambar2 dia dari baby tu semua.Pilihan lagu memang kesukaan dia buat masa ni.10 tahun tu agak bermakna angkanya.:)

Apa-apa pun,nanti bila ada kelapangan we'ols bawaklah Marsha jalan-jalan and pilih apa yang berkenan ya.So,disebabkan ini adalah n3 keciciran makanya ringkas saja.Wishes,kisses and hugs semua dah dapat,inilah nak tunjuk hasil tangan tak seberapa dari mama.Enjoy!



Maaf kualiti tidak memuaskan.Biasalah...amatur.


Marsha 10th Birthday Request!

Saturday, July 30, 2011

Selamat datang ramadhan~

Assalamualaikum..lama tak update kan.Tak tau apa lagi alasan,rasanya setiap kali itu je lah alasan.Tak sempat,takde masa.Rajin sungguh buat alasan..haha.

ok sahabat Ell,Ell ingin memohon ampun dan maaf andai ada sebarang penulisan Ell disini yang menyinggung hati dan perasaan u'ols.Ell harap kita sama-sama bersihkan hati saling memaafkan agar amal ibadah dibulan Ramadhan tidak sia-sia.Puasa bukan setakat menahan lapar dahaga saja,mata,telinga dan perbuatan semua kena jaga.Kalau duk rumah,nak tengok tiwi kena bijak memilih siaran dan rancangannya.Tapi dari leka tengok tiwi tu,elok sangat kalau tambah-tambah pahala.

Ell suka nak kongsikan hadis ini.Sebenarnya banyak boleh kita jumpa pelbagai hadis yang berkaitan bulan Ramadhan ini.Ini adalah salah satunya.
"..Dia (Allah) akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan, dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang dijauhkan daripada rahmat Allah swt pada bulan ini.”(Hadis)

~Mari kita berlumba-lumba membuat amal kebajikan sempena RAMADHAN ini :)
 Dan satu lagi,Allah berjanji..
mereka yang mempunyai kalimah Laailaahaillallah iaitu orang islam, apabila mereka berNIAT untuk mmbuat 1 kebajikan,maka Allah swt akn berikan pahala meskipun dia tak dpt mlaksanakan niatnya itu.Jom kita psg NIAT utk tingkatkn amal pd bln Ramadhan kali ini supaya lebih ummph! lagi,Ell nak isytiharkan AZAM di sini:) "saya nak khatam quran skurang2nya 1x" !!!
~sape tahu kalau azam ni boleh jadi inspirasi utk org lain,dpt pahala free lg :)
Ok,last but not least..ada clip menarik Ell nak kongsi.

 SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERAMAL
RENUNG-RENUNGKAN..:)



Selamat datang ramadhan~

Wednesday, July 20, 2011

Rajin yang lain macam waktu berpuasa~


 Lagi beberapa hari je kita nak menyambut ramadhan.Lebih kurang 11 hari kan..Ada orang tu kan,bila dah nak dekat bulan puasa..dia baru sibuk gigih nak bayar puasa.Tapi berlagak seyh dah setteled sebab cuma bayar 6 hari je,kononnya yang hari-hari selebihnya puasa sunat bulan sya'ban katanya..(tuan blog kata)



Pastu kengkonon tetiba rasa diri rajin yang terlebih sangat.Macamlah supermom. Bila dah puasa tu,tak tau lah memang ikhlas rajin ke,atau nafsu je yang terlebih ngengada.nak layan tekak katanya..kesian tekak puasa kan..haha.Hari ni kang rasa nak buat kek gula hangus,esok pulak nak makan puding karamel,tetiba pulak nak layan chicken chop,pendek kata tah resepi apa-apa pun main sebat je.Bukan boleh tengok gambar makanan,ada je yang nak dikarang.Tak pasal2 resepi yang seumur hidup tak pernah buat pun alih2 menerai...sib baik jadi.

Ok,itu tadi bab nak memasak..tiba pulak datang rajin membongkar setor yang kalau korang campak cicak pun belum tentu hidupnya.Takde oksigen katanya.Sambil tengok-tengok apa khazanah yang tak dituntut tu kita bakor je.haha Alih-alih ada pulak barang-barang lama yang boleh diguna pakai semula.Kisahnya dah berzaman 2 biji setor tu tak berkemas..hahah dasarr.Maklumlah kan,mak mertua Ell ni anak ramai..mana yang dah tak mau pakai tu dan nak tukar baru,semua pakat dok hantar balik kampung..makanya rumah kampung pun dah macam setor lah gamaknya..Ok tak pe,semua dah clear,mana baju-baju,pinggan mangkuk,perkakas yang tah hape-hape tu dah bungkus siap-siap tinggal nak sedekahkan je.Sesi ini makan masa seminggu lah juga..rumah terkapar macam kapal karam:P

Tapi yang satu ini tak boleh tahan tahap kerajinan dia.Sudahlah puasa katanya,nak eksesais pulak.Tidak ke lembik nyawa.Memang rajin yang lain macam sungguh lah gamaknya.Yelah,inilah masa nak trim badan kan..tapi slim nye tak merasa juga.pelik sungguh.

Alahai,tu semua sebab tak mau rasa lapar sangat.Jadinya buatlah macam-macam benda.Ya,betul...kalau duduk sesaja rasa kejap-kejap kang nak jengah dapur.Makanya itulah solusinya...:)






Rajin yang lain macam waktu berpuasa~

Thursday, July 14, 2011

Semangat Tak Hilang~




Hello....
Hari ni masih bersemangat nak menulis n3.Ada harapan ni blog nak bernyawa lagi.:) Memang rasa berat hati nak menutup blog ni.saaaayang sangat kat blog.Sebab tu gigihkan tangan nak mengketik-ketik keyboard untuk blog hari ni.


Memang berat lah hati nak tutup blog ni,lebih-lebih lagi dari sini Ell kenal macam-macam kawan dari macam-macam negeri dan negara.Sampaikan satu ketika Ell rasa blog nilah yang menceriakan kehidupan seharian Ell.Tapi sekarang rasanya susah pulak nak handle macam-macam benda.Daripada terabai keluarga baiklah senyapkan blog ni je.


Tapi korang,korang dah bagi sedikit semangat untuk blog ni bernafas.Maknanya ada jugak yang memberi perhatian kat blog ni dan tuannya..hehe.mekasih korang.

Insya'Allah,pasti akan ada n3 lagi selepas ini..:)



Semangat Tak Hilang~

Wednesday, July 13, 2011

nak berkubur~




Kesian kan blog ni macam hidup segan mati pun segan.Tapi apa kata kalau tuan punya blog ni kuburkan je.Abis citer..ke ada cadangan nak bukak citer baru atau sambung je citer yang ada...Aduiiii,sori lah blog,bukan tak sayang lagi kat kamu,cuma tak cukup masa nak tumpukan ke kamu.:P

Ok lah,nak wish Happy Birthday untuk sis RASP yang ke..(sengaja dirahsiakan.)
Sorilah sis,birthday u semalam kan..Ell tak tau pun.:'( mesti dah tiup2 lilin bagai kan..mesti dah buat hajat jugak sambil pejam2 mata kan..:D
Ell doakan semoga sis berbahagia disamping keluarga yang tercinta.Diberkati Allah usiamu,dilimpahi rahmat keatasmu,perluaskan rezekimu,perbaiki amalanmu,peroleh kesihatan yang baik dan ceria-ceria selalu...xoxo

Sebut pasal birthday dan ulangtahun ni,sebenarnya Ell tergerak nak bukak blog ni sebab nak tengok bila tarikh 1st entri blog ni.hahaha teruk kan,nak sambut blogvesarry baru nak bukak blog.kalau tidak...jengah pun tak nak kan..tapi yang pasti dalam masa terdekat ni..3tahun sudah usia blog ni.Ok dear blog,sayang kat blog sebenarnya.Kalau ada harapan nak teruskan hidup...adalah nyawa.Tapi kalau tidak,hari kejadian blog itulah hari terakhir buat blog 'life of ladyell'.Til then bubbye....






nak berkubur~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...