Wednesday, February 15, 2012

Cheesy Wedges (homemade)

U'ols rajin ke order cheesy wedges kat KFC tu? Errmmm sedap kan.Meh sini Ell nak ajar buat wedges sendiri kat rumah.Jimat belanja,bila-bila nak pun sentiasa ada.melainkan kalau stok kentang u'ols tak de kat rumah lah kan..heheh.Kalau kat KFC tu berapa ketul ajelah gamaknya.




BAHAN-BAHAN:-
Kentang (sukahati berapa banyak nak)
serbuk lada sulah
serbuk kari daging
tepung beras
(bahan-bahan ni agak-agak lah dengan kuantiti kentang)


CARA-CARANYA:-
1.Potong kentang bentuk wedges.Jangan buang kulit tapi cuci bersih-bersih ya.
2.Rebus separuh masak.
3.Angkat dan gaul dengan tepung, serbuk kari, lada sulah dan garam.
4.Goreng sehingga kekuningan.

senang tak? kalau dah senang ghupe ini pun malas nak buat..beli je yang instant ada jual kat supermarket tu.lagi cepat nak sediakan..




Ok,untuk buat cheese tu u'ols memerlukan ini.Jalapeno cheese deep premix.Ni biras Ell bagi sebab dia senang dapat dari cousin die.Kalau u'ols nak, sekarang banyak dah jual online kat mudah.my.Kalau tidak pun Ell boleh tolong dapatkan dari biras Ell tu tapi ada xtra charge lah ye..hehe.idok ler..bergurau je.

Cheese ni berupa serbuk ya.Bila nak makan je bancuh dengan air panas.Serbuk ni boleh lah disimpan kat tempat kering yang kedap udara.dalam fridge pun boleh mungkin tahan lagi lama.

Bila dah bancuh tu masukkan dalam botol sos yang ghupe ini.senang nak picit keluar jadi jalur-jalur.


Kadang-kadang Ell tak masuk pun dalam botol tu,curah je sikit-sikit guna sudu.Kalau lagi malas main celup-celup je dalam cheese yang dah bancuh tu.Tambah dengan sos n mayo kalau suka.Wallah! hasilnya sama macam cheesy wedges KFC tu.

Oh ya,bukan je boleh makan dengan wedges,tapi nak buat cicah cucur/jemput-jemput pun lazat.:)

6 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

boleh tmbh & ulang2 mkn ;-0

rasp said...

masa kat phnom penh tu...
tiap2 malam asyik makan nieeeee jer tau....
dah kat sini, rasa kembang tekak lak tengok tu....
mentang2 lah kat sini byk pilihan lain kan....
tapi kalo tetiba tingin nak buat...
leh ajer refer kat your blog...
thx for sharing sis....

miya said...

nyam!! bollehlah try lepas ni. tq info!

Neeza.Areef said...

senang je ha..leh try pasni..

lgpon jalapeno cheese tu mmg dah ada stock kt umah..

tq ell

LYAfrina said...

WAHH..SEDAPNYERRR

~ Lady ell ~ said...

diana>>
betul3 :)

rasp>
hehehe.sori sis..tak de niat nak mengembangkan tekak u..

miya>
silak menerai..

neeza>
sama2...slmt mencuba

lyafrina>>
ada cheese kan..harus sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...