Wednesday, February 08, 2012

Ayam Goreng Bumbu Padang Style


Haritu dah janji nih nak share resepi ayam goreng bumbu masakan padang.Alhamdulillah,panjang umur lagi dan tak lupa dengan janji.

Peberet Inchek Suami ni.Suka na dia dengan serbuk-serbuk rempah yang berselirat tu.
Ok,meh Ell tunjuk resepinya.



BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam dipotong-potong

(kalau dapat ayam kampung lagi mantap sebab kurang lemak,kalau ayam bandar ni sekor ayam 3kg tapi 1kg utk lemak je lebih.)
500ml air
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
2 batang serai ditik
Minyak untuk menggoreng.


Bahan kisar:-

4 biji buah keras

Kunyit
Halia
Lengkuas
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Gula

 CARA-CARANYA:-

 1.Lumur ayam dengan bahan kisar rata-rata.

 2.Masukkan daun salam,daun limau purut dan serai.

 3.Tambahkan air.

4.Masak sehingga air kering atau ayam empuk.

5.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning kecoklatan.
6.Last sekali bersihkan lebihan rempah dalam periuk tadi goreng sampai kuning..

 Tabur atas ayam goreng.

Bolehlah makan dengan sambal ijo yang Ell share haritu.Tambah sedap kalau ada sayur pucuk ubi masak lemak.perghhh! 






5 comments:

Lelord said...

hohohoho terbaekkkk kat umah ni sumer bahan adoo kecuali daun salam ngan lada ijo, lada merah adoo la hehhehe

Lieya said...

Perghhhh nampak macam gilo sodap je Ell... opsss singgahs sini.. lama tak sesat kat blog ni.. ehehehee

dZana said...

aslmkum ell.. suke akk kalau dpt ayam grg camni.. suke kt serdak2nya tu.. best ratah2..

Huda Ahsin said...

Ini masa goreng mesti wangi satu rumah!

~ Lady ell ~ said...

lela>>
lada merah pun lada merah lah kak...jgn kempunan.

Lieya>>
tak delah sampai giler sedapnya tu..hehe
Ell pun lama dh tak jalan sana sini blog lieya..blog sendiri pun kadang2 je adanyer...

Dzana>>
betul,serdak2 tu sedap.

huda>>
time jerang tu pun dah harum....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...