Monday, February 06, 2012

Sambal Ijo(hijau )Padang


Siapa suka makan makanan padang,mesti suka sambal ni.So u'ols, disebabkan Ell pun dah lulus test bikin sambal ijo ni,n rasaya sangat mabeles..Ell nak share dengan u'ols ekk.hehe bukan nak puji diri sendiri eh...cuma dah dikaji dan diuji...rasanya tidak mengecewakan..makanya bolehlah dikongsi.

Oh ya,ini bukan pertama kali..malah entah keberapa kali Ell buat sambal ijo ni.Agak kerap jugak la memandangkan anak sulong Ell pun dah jadi peberet die jugak.


BAHAN-BAHAN:-
5-6 Biji lada hijau
5-6 Biji cili padi hijau
Bawang merah
2 Biji lada merah 
(kalau nak kasi kalerful. optional eh tak guna pun tak pe..sebab namanya sambal ijo kan)
sehelai daun limau purut
1 Biji tomato hijau (kat sini Ell guna yang hampir nak masak) dihiris
1 sudu gula
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menumis




CARA-CARANYA:-
1.Tumbuk kasar lada hijau,cili padi,lada merah dan bawang.
2.Tambah tomato dan lenyek-lenyek.
3.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi serta daun limau purut.
4.Bila minyak dah naik,tambah garam dan gula.

 5.tambah air anggaran sesenduk besar.bukan sudu eh.

6.Biarkan sebentar sehingga agak kering dan naik minyak.
nampak gambar ni,tengah menggelegak..blup blup blup..hehe

Ok,dah kering macam gambar atas sekali tu bolehlah tutup api dan hidang dengan nasi panas.Lawan dengan ayam penyet sangat sesuai.Kalau ada pucuk ubi celur pun mantap di buat colek.Kalau tidak pun ulam timun dah cukup.

Ini gambar lama saja nak share.Yang terbaru Ell modified letak lada merah.Oh ya,ubah lain sket boleh tambah kentang dan ikan bilis tamban..u'ols boleh tambah jugak sotong.Ikut selera lah eh,tapi bahan asasnya sama je.Kalau nak bubuh sotong tu,seeloknya celur sekejap sebab sotong ni selalunya keluar air banyak bila masak..nanti dia tak kering n tak best.

Cer try...mesti u'ols nak buat selalu.Asik nak sambal belacan aje.Sekali sekala masak masakan padang sendiri kat rumah.Ell tengah belajar cara nak buat ayam goreng die yang berbumbu(rempah) tu.bukan yang biasa..yang serbuk2 tabur atas ayam goreng tu.Kalau dah pass Ell post kat sini share dengan u'ol ya.Til then tata....


8 comments:

Shiela Latif said...

sambal padang ni mmg sedap babe!! thanks share recipe dia ya...aku tunggu recipe ayam lak...dap dap..

LoVEaQshA said...

Alahai tetbe ase lapo plak tgk pict akk nie..tetbe ngidsm plak..:-)
Memang best kn kak smbl ijo nie,zura pna mkn ada kntg..pergh sodap tul..hihihi

Lelord said...

aduhhh pepagi disajikan dengan sambal ijo...selalu gak makan kat kedai indonesia

Cik Sibuk said...

febret ni kalo kat kedai indo..kengkadang malu bila sampai 2x mintak suruh tambah cili kasi lebih sikit..

thanks share resepi :)

ratna said...

kena cuba ni.. thanx ell for the recipe.. ni pembangkit selera mkn ni..

~ Lady ell ~ said...

silakan u'ols menerai...:)

larradanish said...

nmpak pun mabeles sgt..kecur air liur ell ehhe..tq share resepi..nnti nk try..bersama ayam penyet yumyum

Maisyarah said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...