Assalamualaikum...
Kalau duk rumah ni banyak bende nak buat pun sampai tak tahu nak buat apa.Perkataan boring tu ada je keluar dari mulut.Padahal ada je keje kalau nak buat..tapi masih dok pikir apa nak buat kan..Macamlah memasak ni ha.Dah hari2 dok memasak,sampai tak tahu apa nak dimasak.Padahal ada je bende yang boleh dimasak...hahaha
Ok,ini menu lunch semalam,Claypot Yee Mee.Terpikir nak buat claypot mee ni sebab dok masuk stor mak mertua terjumpa claypot ni ada 3 biji lain2 saiz.Resepi pun ada taruh dalam buku,kebetulan pulak mak mertua balik terengganu haritu kemain banyak borong mee sanggul,apalagi mari bersilat gayung.hahaha..rupa claypot pun dah macam gayung kan...
Bahan2 dia simple je.Tapi mungkin kalau org melayu ni kadang2 susah jugak nak ada sepanjang masa bahan2 ni.Ok,mari cek dapur u'ols ada tak bahan2 ni.Kalau ada,silakan mencuba..
BAHAN-BAHAN:-
~1 keping Yee Mee atau mee telur
~ bawang putih (crush)
~Kicap cair
~Kicap pekat
~Kicap manis
~Sos tiram
~halia hiris memanjang
~Minyak bijan (sesame oil)
~Isi Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair)
~5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)
~1 pokok sawi hongkong (ell tak letak,sbb takde)
~1 biji telur
~1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
~Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
~Air secukupnya
~ sayur2an lain kalau suka karot,kobis dll.
CARA-CARANYA:-
Oh ya lupa,bahan2 tadi tu untuk hidangan seorang iaitu satu claypot ya.Tapi don't be khuatir..u'ols boleh je masak banyak dalam kuali/wok.Sukatan nya pun kena tambah la.Agak2 eh..kalau tak tahu nak agak,bedal je.hihi
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga keperangan.
2. Masukkan air 270ml(agak2) , kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis.
3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan,3-4 titik minyak bijan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.
4. Masukkan telur dan sawi/sayur2an. Tutup dan biarkan lagi lebih kurang 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan.
Ok.kalau cara Ell,Ell dah siap celur sedikit mee tu.Macam ni..
Pastu kuahnya,Ell siap2 tumis dalam kuali.Bila nak makan,baru Ell bubuh kuahnya dalam claypot,kemudian letak mee,pecahkan telur dan bubuh sayur.Biarkan menggelegak,baru ada feel nak makan dalam claypot.:)
* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...
**Minyak bijan tu memastikan kesedapan yee mee.kalau tak da, rasa macam kurang.So,pastikan ada.
Selamat Menjamu Selera....