Monday, March 26, 2012

Coney Hotdog (homemade)

Sarapan apa pagi ni? Ell macam biasa tiap2 hari kene bikin sarapan untuk anak2, sekali dengan bekal kesekolah.Sarapan apa pun d'ols tak banyak bunyi.Semua d'ols sebat.:D


Ok,hari ni Ell nak share lah resepi ni.entah sama ke tidak macam yang kat A&W tu u'ols boleh terai sendiri.Tapi sedap sudah semestinya lah kan.:P
Ni salah satu peberet anak2 n en.suami jugak ni.eh maksud Ell A&W punya.Kalau naik ke KL tu,pergi balik mesti singgah restoran jejambat Air Keroh tu beli sedozen.Jangan sebut2 tak cukup katanya..

resepi ni Ell dapat dari majalah.Tapi tak tahu majalah apa, sebab dah gunting cecantik n tampal dalam buku resepi.Yang pasti majalah berbahasa inggeris..Entah2 Ell koyakkan majalah kat rumah sepupu en.suami tak? hahaha kes naya tul.Tapi serius tak ingat.
  
Ok..r u ready kids!!
aye aye captain!!!

BAHAN-BAHAN:-


~300gm daging cincang.kalau guna brand Ramly ni sekeping dh cukup.

~sebiji bawang merah cincang
~1-2biji tomato cincang

~6 sosej ayam (brand ayamas ni dia besar sket..puas kalau makan)
~1/2 piece KNORR beef cube (kalau takde,chicken cube pun boleh je)

~ 3 Sudu besar KNORR sos barbeku pedas(dlm gambar)
~6 biji roti sosej / 1 batang french loaf,potong 8cm panjang.
sedikit minyak untuk menumis
~1/2biji bawang merah utk ditabur atas sosej.


 CARA-CARANYA:-

1.kukus/goreng sosej dengan sedikit minyak/marjerin 
2.Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bawang,masak lebih kurang seminit.
3.Masukkan pula daging cincang dan masak sehingga lebih kurang 4minit. 
4.Tambahkan pula beef cube,sos barbeku dan tomato.Masak lagi selama 5 minit,dan tambahkan sedikit sos tomato jika perlu.
5.kacau sehingga pekat,tetapi nampak moist dan juicy.Tutup api.
6.Belahkan bahagian atas roti,letakkan sosej ditengah2.Sudukan bahan2 yang ditumis tadi keatas sosej.Taburkan dengan bawang cincang.
6.Siap dimakan.


SILAKAN MENCUBA.






6 comments:

Dee said...

walla..sedapnya ell..mimi pun request breakfast dah ni..nti dee nak cuba bagi dia mkn yg mcm ni..tp bwg tu mesti dia x suka..hehehe..

Shiela Latif said...

konpem sedap nih...

bada said...

sedapnye..kena cuba ni...

rasp said...

paberet menu i kat A&W gak nie..
leh terai...thx sis!

~ Lady ell ~ said...

Dee>>
sekali sekala ok breakfast berat2 sket.kadang tak sempat layan nugget juga.yg penting sarapan..

shiela>>
harusss...:)

bada>>
sila2..senang je.wat makan petang2 pun ok.kalau diet siang malam boleh je.

Rasp>>
we'ols mmg kalau ke A&W tu tak de beli lain dah...ni dh tau buat sendiri, en.suami suh buat je.

Neeza.Areef said...

best la idea ell..akak pn nk try la pasnie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...