Friday, October 05, 2012

Aku dan Diet~episode 4

Sambungan..

Ok,kalau berdiet ni antara perkara yang penting kita harus ambil perhatian ialah kadar penurunan kita.Tak kiralah berdiet cara apa sekalipun...make sure perhatikan 2 perkara ni.Berat badan kita bertindak dengan 2 cara.
1) BERAT BADAN KITA AKAN TURUN 
2) PROSES SHRINKING..DIMANA UKURLILIT AKAN MENGECIL.

Dan sebab itu,kita kene ambil ukurlilit dan berat kita sebelum kita berdiet.Kadar metabolisma setiap orang kan berbeza2...Ada yang turun berat dulu,ada yang ukurlilit mengecil dulu.


Ini rekod Ell semasa berdiet.Asalnya target nak turun 20kg dari berat 80kg.Walaupun Ell tahu 60kg tu bukan berat ideal,sbb pikiran dah selalu pikir yang nak kurus, susah sangat.So,jadilah setakat weight 60kg.Kat nota ni boleh nmpak minggu pertama berat Ell susut 4kg.Minggu kedua hanya ada penurunan sebanyak 1kg je(total 5kg)..tapi,u'ols tengok ukurlilit pulak ya.Nampak tu...pinggang mengecil dari 41inch susut ke 36inch.Seronok tak, seronok tak? Ok,memang seronok.Rasa nak melompat sampai cecah syiling.hehehe

Bila sebulan setengah Ell berdiet dengan SD2( tarikh kat situ 2bulan sbb tak kira waktu period),Ell dah berjaya menghilangkan lelemak dalam badan sebanyak 14kg! Perggh!! ahkak sendiri terpegun u'ols...senangnya nak kurus.Padahal selama ni diet jugak..tapi 1kg seminggu pun susah nak turun.Untuk 4-5kg sebulan tu mungkinlah kot... 

Dalam bulan puasa,Ell sedar berat Ell tak turun banyak.Kata otai2 SD2 mungkin sistem badan Ell dah immune dgn susu SD2 sebab tu kadar penurunan slow.Tambahan pula,bulan puasa kita memang kurang mengambil makanan dan minum air.Ell dinasihatkan untuk berhenti buat sementara untuk body refresh katanya.Tapi ingat! kurangkan karbo.Boleh ambil,tapi tidak melebehi 35g sehari.Kalau nasi tu,3suap dh cukup.Makan lebih lauk pauk seperti biasa.Makanya, dari lepas raya sampai laa ni Ell stop SD2.

Oleh kerana kita dah diajar dan biasa dengan makanan protien tinggi,nasi tu dh tak heran sangat...Bila stop minum SD2,mee dan pasta selalu Ell kepingin hehe.. Tapi Ell paling tak boleh tahan dengan godaan kuih muih.Tak pe...makan jugak sikit.Ok,sebulan Ell berdiet santai macam biasa tanpa minum SD2.Berat Ell tak naik langsung,malah turun lagi 1kg.

Sekarang my goal is...52kg-56kg.Barulah macam remaja...:P
Boleh ke? Insya'Allah boleh,kita dah usaha kan..yang penting tawakal je.Bila dah dapat berat remaja..:D jangan pulak melantak tak ingat dunia ye tak?

Ok,kalau ada sambungan Ell sambung.Kalau tidak,cukup sampai disini saja.hehe 

Owh ya,mungkin Ell boleh listkan menu diet ya.Tengok nanti kalau ada masa.



4 comments:

Rasp said...

memang kena disiplin dan kuat semangat kan sis nak turun berat badan nie....
i nie dua2 kureng...
camne tu????

JaSSNaNi said...

wahhh ell.. good job... banyak gak tu.. sonok dengar... bukan senang nak dapat result lepas keje keras gitu.. ada yg diet2.. tapi berat maintain.. tak turun tak naik.. tu lagi sedey.. huhhh.. anyway.. semoga berjaya.. teruskan lagi usaha.. lepas ni mesti lagi banyak good news ya.. :)

cHeRyNa PiReS said...

yesssss...kalau ell list kan sha pon nak baca. pls...pls...pls!!!

Anonymous said...

Kalau amik pill perancang boleh x amik sd2 ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...