Tuesday, October 02, 2012

Tuna puff pastry pinwheels (resepi)


Assalamualaikum..

Diet,diet jugak..tapi dapur kene jugak berasap.Resepi ni rajin jugak Ell buat untuk anak2 bekal ke sekolah dan untuk minum petang pun sesuai.Rasanya dah pernah publish gambar ni kat FB kan..cuma resepi je belum sempat dikongsi.Untuk sambungan episod diet tu,akan diupdate lagi.Bosan ah asyik citer diet je..Sekali sekala apa salahnya bertukar ke menu kan..



Ok,nak buat ni senang je,
Asal ada stok puff pastry macam gambar bawah ni jadi je.


Bahan2 inti ikut suka u'ols.Untuk kali ni,Ell guna tuna ayam brand macam dalam gambar atas ni.Guna satu dah cukup.
Bahan2 lain,bawang(cincang),tomato(cincang),rempah kari sesudu dan garam secukup rasa atau boleh guna perencah meggi secukup rasa.Untuk menumis.
Mayonaisse untuk apu dipermukaan pastry.

Cara:-


1.Keluarkan puff pastry dari freezer,biarkan dalam suhu bilik lebih kurang 10min,.
2.Sementara menunggu,Tumiskan bawang dengan sedikit minyak.Bila dah naik bau,masukkan bahan2 lain..tomato,tuna,serbuk kari, garam dan serbuk perasa.Boleh tambah sos cili kalau suka.Tapi kalau guna tuna flakes yg spicy tu,tak yah letak pun tak pe.Dah masak,biarkan sejuk sekejap.
3.Ambil sekeping pastry yang dialas dengan plastik dan sapukan mayonaisse rata2 keatasnya.
4.Senduk bahan tumis tadi,kemudian dirata2kan diseluruh permukaan pastry.jangan buat sebaris ya.
5.Gulung pastry dengan menggunakan plastik alas tadi.Macam nak buat swissroll.
6.Kalau agak2 pastry dh lembik/lembut,masukkan sekejap dlm freezer.Bila dah agak2 boleh potong,keluarkan dan potong lebih kurang 1 1/2 inci tebal.Kalau segulung tu dapatlah dalam 12-13 keping kot...
7.Susun didalam loyang pembakar,sapu kuning telur,dan masukkan kan dalam oven,kemudian dibakar dengan suhu 170'c selama 15min.



Tadaaa...inilah hasilnya.Senangkan? boleh buat kudapan diwaktu petang atau bekal anak2 kesekolah.Oh ya,boleh guna bahan lain untuk intinya.Kalau u'ols nak lagi mudah tak nak menumis bagai..boleh guna tuna yang ready to eat punya.

OK,SELAMAT MENCUBA!







3 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
sedap plak tengok tuna puff pastry ni.. kalau rajin leh cuba wat gak.. bukan payah mana pun.. cuma kalau malas tu mmg malas juga la... apa pun tak jadi.. kan.. hehehe

cHeRyNa PiReS said...

Cantiknya pastry ell...kalau sha dah lama habis gone2 dah tu...memang tak rajin. buat filling je yg rajin:P

so, brapa bijik makan aritu?

~ Lady ell ~ said...

Jasnani:Yup,kene rajin..hehe

Sha:mkn satu je sha,diet katanya..tp jgn kempunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...