PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Follow up komen blogger di email~

Hello,Assalamualaikum..
Tergerak nak buat n3 pasal tips ni sebab "rajin" sangat komen kat blog kawan-kawan dan ada juga kawan-kawan komen di posting lama blog Ell ni.Ok,bila kita komen kat blog kawan,kita mengharap komen tu dibalas kan.Macammana kalau kawan tu bz dengan hal lain dan tak sempat balas komen kita.Bagaimana pula kita nak tahu yang komen kita sudah dibalas atau tidak? lebih-lebih lagi kalau komen tu yang berbentuk soalan. Ada 2 cara disini



1. Buka n3 tersebut beberapa kali/berapa hari kemudian untuk ketahui samada komen kita dibalas atau tidak. 
2. Satu notification akan dihantar ke email anda mengatakan komen kita sudah dibalas .



Semestinya cara ke2 lebih senang dan mudah.Tapi inbox email u'ols akan semak sikitlah.U'ols kene rajin update lah.Ok meh Ell nak tunjuk caranya.Tutorial ini tidak melibatkan sebarang perubahan pada kod blog, cuma ell nak  tunjuk apa yang perlu di klik untuk membolehkan u'ols follow up komen di blog blogger lain. Ell perasan ini agak kurang disedari oleh blogger-blogger dan tertanya-tertanya macammana nak adakan sistem untuk follow up komen di blogspot sedangkan ianya dah tersedia.:) 


Kalau komen yang dibuka pada page lain, pastikan u'ols tick pada 'Email follow-up comments to' 




atau..
Bagi komen yang embedded di bawah entri, u'ols klik pada 'subscribe by email' 


Itu sahaja.Senang kan?


Ini adalah contoh notification bila Ell subscribe ke blog "life of Lady ell" ,"Celoteh RASP" dan "Cerita Ratna".Oh ya,komen dari blogger lain pun u'ols akan receive juga ya.macam FACEBOOK jugaklah lebih kurang.






Jadi lepas ni senang,u'ols komen saja kat mana-mana blog dan subscribe untuk kemudahan.Tapi kalau u'ols rasa lemas dengan ribu-ribu msg masuk kat email u'ols,abaikan tips ni.Pada Ell walau pun nanti inbox tumpat dan mampat,Ell boleh tahu komen blog untuk minggu lepas,atau bila-bila saja.







Follow up komen blogger di email~

Wednesday, May 18, 2011

BackUp Blog dengan WordPress~

Hello...
Haritu kan blogspot sehari  tak dapat nak eksess kan.Semua blogger yang menggunakan blogspot jadi cuak gila2 punya kan sebab runsing pikir apa jadi dengan n3 yg dah di posted tu kan..(brapa banyak kan daa..) Ell punya last posting pd hari khamis tu pun jadi hilang gara2 masalah dgn blogspot ni.Bila dia dh ok,tengok2 komen pulak sampai ke hari ni masih tak muncul.Tapi tak pe,ai tetap cool..atleast 2-3 n3's je hilang...

Sebenarnya dulu2 pun terjadi perkara2 macam ni dlm blogspot..kalau u'ols dh senior dlm blog ni,mesti perasan benda ni..heh.pastu kecoh kan nak buat backup blog.Tak tahu berapa ramai yg ambik perhatian pd perkara ni.Ell memilih inisiatif mem-backup blog tu.Ada beberapa cara lh yg time tu diberitahu,tapi Ell cari cara nak backup blog yg mudah dn selamat.dan free jugak.:)


Ok,ini ada satu cara bagi pengguna blogspot untuk selamat yang kadang2 kene banned tanpa kompromi dengan boss kita Google.heh.Bayangkan blog yang kita dah bangunkan bertahun2 hilang dn lesap begitu saje.Sedih kan..tambah pulak kalau banyak artikel2 kita yang penting.Caranya ialah dengan meng-import seluruh data dr blogspot ke wordpress.

Caranya sangat senang,sebab di WordPress sendiri terdapat kemudahan untuk mengambil data dari blog lain yang di sebut Import. WordPress men-support import data dari beberapa penyedia blog, antara lain: Blogspot (Blogger), LiveJournal, TypePad dan WordPress itu sendiri.

untuk import dari Blogspot, Wordpress tidak memberikan batasan. Kita boleh mengimport secara keseluruhan, termasuk import posts, comments dan users(kecuali klip/video dr blogspot). Ell akan tunjuk cara import data (memindahkan data) dari Blogspot ke WordPess. Syaratnya u'ols harus memiliki account Google (email) di Blogspot: Perhatikan langkah-langkah di bawah ini 

Berikut ini cara dan panduan Import Blogger ke WordPress :
1. Tentu saja buat dulu account di wordpress

2. Setelah semua di approve masuk ke dashboard,




3. Masuk ke manage > import & pilih blogger

4. Klik Authorize > Grant Access


5. Sekiranya u'ols mempunyai lebih dari satu blog,pilih blog mana yang akan di import ke wordpress
6. Tinggal klik import,di 'The magic Button' tunggu beberapa saat dan bila selesai, lihat wordpress u'ols sekarang.

See,easy measy like a cheesy..:P
 
Tips:Sebaiknya time mengimport dalam keadaan log in di blogspot dan WordPress. 

Lepas ni if u'ols nak bertukar terus ke WP pun ok,tapi untuk yg suka widget2 dr host lain tu mcm playlist,shoutbox dan lain2,Blogspot masih pilihan utama.Cuma makesure u'ols kene update mengimport ke WP seminggu sekali atau sebulan sekali atau setahun sekali.hehe,kalau dh setahun sekali apa hal pulak nk backup kan....


Ok,selamat menerai mem-backup blog ya.Jgn stres2,ceria2 selalu.Kalau tak faham dgn tutor ni boleh dtg balik tanya.Jgn segan, jgn malu...i lap u...heheh.





 
BackUp Blog dengan WordPress~

Friday, November 12, 2010

Potty Training :Tips





Seperti yg dah Ell janjikan,Ell nak bg tips cammana nak potty training anak2.Sebenarnya potty train bila rasa anak2 dah ready utk tak pakai diapers bukan ikut umur dia ya.Sebab mengikut perhatian Ell itu sebenarnya akan membuatkan potty train akan mengambil masa yg agak lama.

Sejujurnya,awal tahun 2010 Ell dah cuba utk ajar Aryan pergi ke toilet kalau terasa nak membuang.That means umur Aryan time tu 2thn 2bln.Dan masa tu pulak Ell baru melahirkan Aariz.So,kali pertama mmg agak menghampakan lah.Ell pun terkejar kesana kemari.Kdg2 jadi runsing tak tau nak handle yg mana dulu.Untung sebenarnya Ell duduk ngan mertua ni.boleh jugak memebantu serba sedikit.Tapi mertua Ell ni jenis suka tengok cucu2 dia diasuh dan diajar oleh parents sendiri.Tak sukalah dia nak masuk campur dan memanjakan sgt.Mertua Ell ni suka bantu dr segi masak memasak jelah, itu mmg kesukaan die,yg lelain mmg kene setlle kan sendiri..Yelah diapun ada hobi die sendiri kan..Org tua2 ni apalagi kalau tak dgn pokok2 bunga...Ok dah,terkonar pulak.

Lepas dah gagal utk pertama kali tu,Ell putuskan takyah lh potty train Aryan dulu.Biarlah lama mana pun dia pakai diapers.Tak kisahlah sampai umur 4thn pun...Heheh sampai camtu nye putus asa.

Bila si cousin Aryan yg sebaya,(cuma beza awal 3bln dgn Aryan) ibunya dgn gigih potty trained,terdetik jugak dlm hati nk potty train Aryan.Balik raya haritu dgn bangganya Si Siddiq (cousin nya tu) dah free diapers.Wah..jelesnye..:)

Ok,apa yg Ell cuba buat sekarang nak latih Aryan pulak.

Sebelum start:

#1 Pemerhatian
Ell suruh Aryan tengok kakaks nya camner kalau terasa nak terbuang.(bukan suh tengok dlm toilet ya,tengok caranya)maksudnya kalau terasa nk terbuang kakaks nya akan berlari2 pegi toilet.

#2 Rangsangan
Bgtau dia,org lain yg sebaya dh tak pakai diapers,disbbkn Aryan asyik nk kesekolah Ell ckplh "kalau gi sekolah,tk boleh pakai diapers sbb kat sekolah org tk pakai diepers,nnt kene ketawa."

#3 Underwear kegemaran
Pergi kedai,beli underwear yg mana dirasakn sgt menarik minat dia utk dipakai.Dgn syarat no more diapers.

#4 Potty Chair yg menarik
Belilah potty chair yg menarik,supaya dia rasakan selesa bila duduk kt situ.Bgtau dia, "potty chair tuk yg tak pakai diapers,Tp kalau nk pakai diaper,takyahlh beli potty chair ni." Untuk Aryan Ell tk guna pun potty chair,sbb nmpknya dia dh boleh panjat terus atas toilet bowl tu.

Ok,bila semuanya dh dipersetujui,maknanya semua dia kata "ok",apalagi itulh masa yg sesuai..

n ready,set go!!

#1 Mengatur masa
Ini kerja mmg penat sket.Setiap 15 minit tanya  atau bawak pergi ke toilet.Bg merangsang pembuangan air kecil,basahkn kemaluan dia dgn air atau buat bunyi2an seperti "ssshhhh.."Kalau rasa 15 minit tu singkat,panjangkn sket masa seperti 20-25minit.
Setiap pagi dan sebelum tidur tanyakan samada dia nk ke toilet.Alas plastik atau tikar getah ketika dia tidur. 
-Kalau dia tak buang pun tk mengapa,biasakn membasuh kemaluannya dn membaca doa sebelum masuk dn keluar tandas.

#2 Memberi ganjaran
Secara fitrahnya,budak2 mmg sukakan ganjaran.Menurut kajian,ganjaran yg selalu dipraktikkan diseluruh dunia ialah carta dan sticker bintang.Buat satu jadual warna warni,kemidian ajak dia lekat kalau dia berjaya melakukan potty pd hari itu.Tuliskan"Aryan Barjaya!!" (cnth) pasti dia akan tersenyum bangga melihat kejayaannya. Tentu dia teruja nk kumpul koleksi bintang2 tu.

#3 Rayakan kejayaan
Untuk 1-2 minggu yg pertama dia berjaya menampakkan percubaan tanpa diapers,bawak dia berjln2 ketempat yg selalu dimintanya contoh playground.Kemudian beritahu pd nya yg dia akan selalu bermain kt playground kalau berjaya sepenuhnya tanpa memakai diapers.Bgtahu kwn2 dia atau sesiapa saje bahawa dia dh tak pakai diapers lg.Tentu dia akan bertambah suka..

#4 Motivasi
Sentiasa berikan motivasi kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. 

Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Aryan berjaya!! Sayang anak mama..Mmuaahh” "dia dah besar la..,dh boleh pergi sekolah"

(Sebelum keluar dari rumah) “Aryan akan cakap dengan mama bila terasa nak kencing,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak mama..mmmuaaaah!”

(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Aryan, nanti mama lap. Lain kali, kalau Aryan rasa nak terkencing, Aryan terus pergi ke tandas, tau. Mama rasa Aryan boleh buat. Sayang Aryan..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.

#5 Kesabaran 
Nak ajar anak2 ni perlu sabar,kemalangan atau ketidak sengajaan selalunya tak dpt dielakkan terutama bila dia rasa penat.Berikan senyuman,senyuman dan senyuman serta dorongan supaya dia rasa kita yakin pdnya yg dia boleh melakuknnya.Tak perlu nk marah2,tingkatkn iman dlm diri kita krn sabar itu sebhgn iman..cukup sekadar berkata "uh-oh...tk pe,lain kali mesti dpt sampai ke toilet kan"

#6 Konsisten
Konsisten mesti ada,jgn hari ini tak pakai diapers esok pakaikan semula..dgn alasan dh penat tapi tk berjaya.nanti dia keliru samada nak buang dlm diaper atau di toilet.Jgn lupa bgtau pengasuh rutin potty train ank2.


Selain dr tips2 kat atas ni,Ell amalkn
membaca
“Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

-30 minit sebelum tidur, pastikan dia tidak minum air.
-Ajak ke tandas  sebelum tidur.
-Ajar dia beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
-pakaian yg simple,tak perlu seluar berzip atau button,lebih2 lg overall.. buat sementara.Seeloknya seluar getah yg boleh dia tanggalkan sendiri.

MIL pulak selalu urutkan bhgn ari2 (antara kemaluan dn pusat)sebelum masuk tidur.Sambil berbual2 dgn dia dan...
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
  1. Subhanallah 33x
  2. Alhamdulillah 33x
  3. Allaahuakbar 33x
  4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi. InsyaAllah


Biasanya waktu kritikal 3-4hari je..Tp,untuk menambahkn keyakinan dan keupayaan anak,maka berikan peluang selama seminggu.Bg ibu2 yg berkerjaya tu,pilihlh masa ketika cuti panjang dan tdk ada sebarang sbb utk ank keluar rumah sprt majlis kawen,shopping dn sebagainya.Ibu2 pun akan lebih konsisten.




*Semoga perkongsian ini bermanfaat..:)
*Kalau ada salah silap,tolong betulkan.
*Jika ada sebarang cadangan sila kemukakan sbb ini tips yang diambil dan pelaksanaan ikut cara Ell je.







Potty Training :Tips

Tuesday, June 15, 2010

Membuat Symbol (tips)

Symbol Facebook

Ell nak share dengan u'ols Cara Membuat Symbol seperti gambar di atas. Atau u'ols boleh juga aplikasikan logo atau simbol kesukaan mengikut kehendak u'ols.Bawah ni adalah contoh yang biasa kita lihat.Birthday Song dengan music symbol.

♫♪♫♫♪♪
♪ ♫ HAPPY BIRTHDAY TO YOU ♫ ♪
♫ HAPPY BIRTHDAY TO YOU ♪
 ♪ HAPPY BIRTHDAY TO YOU...♫
♫ ♪ HAPPY BIRTHDAY TO YOU ♫ ♪

Untuk membuat Logo atau Special Character yang tersebut, Ikuti langkah-langkah berikut ini :
  1. Untuk membuat Symbol khusus tersebut, Anda harus menekan tombol Alt+angka tertentu.
  2. Pastikan NumLock pada Keyboard anda dalam keadaan ON.
  3. untuk menekan angka tertentu, tekanlah menggunakan NumPad (Kumpulan Tombol Angka pada bhgn Kanan Keyboard).
  4. Berikut ini Karakter Khusus yang dapat ditampilkan :

    Alt + 0153..... ™ [trademark symbol]
    Alt + 0169.... © [copyright symbol]
    Alt + 0174..... ® [registered trademark symbol]
    Alt + 0176 ...° [degree symbol]
    Alt + 0177 ...± [plus-or-minus sign]
    Alt + 0182 ...¶ [paragraph mark]
    Alt + 0190 ...¾ [ three-fourth]
    Alt + 0215 .... × [multiplication sign]
    Alt + 0162... ¢ [the cent sign]
    Alt + 0161..... ¡ [upside down exclamation point]
    Alt + 0191..... ¿ [upside down question mark]
    Alt + 1.......... ☺ [smiley face]
    Alt + 2 ......... ☻ [black smiley face]
    Alt + 15........ ☼ [sun]
    Alt + 12........ ♀ [female sign]
    Alt + 11....... ♂ [male sign]
    Alt + 6.....♠ [spade sign]
    Alt + 5.......... ♣ [Club symbol]
    Alt + 3.......... ♥[Heart]
    Alt + 4.......... ♦ [Diamond]
    Alt + 13........ ♪ [Music note]
    Alt + 14........ ♫ [Music note]
    Alt + 8721.... ∑ [N-ary summation (auto sum)]
    Alt + 251...... √ [square root check mark]
    Alt + 8236..... ∞ [infinity]
    Alt + 24........ ↑ [up arrow]
    Alt + 25........ ↓ [down arrow]
    Alt + 26........ → [right pointing arrow]
    Alt + 27........ ← [left arrow]
    Alt + 18........ ↕ [up/down arrow]
    Alt + 29........ ↔ [left right arrow ]

    Berikut beberapa Symbol Khusus Tambahan :

    §--Alt+21
    ▬--Alt+22
    ∟--Alt+28
    ▲--Alt+30
     --Alt+32
    !--Alt+33
    "--Alt+34
    #--Alt+35
    $--Alt+36
    %--Alt+37
    &--Alt+38
    '--Alt+39
    (--Alt+40
    )--Alt+41
    *--Alt+42
    +--Alt+43
    ,--Alt+44
    ---Alt+45
    .--Alt+46



    /--Alt+47

  5. Selain karakter di atas, Anda boleh ber-experiment sendiri.
  6. Tidak hanya pada Facebook, simbol khusus di atas juga dapat ditampilkan dengan cara yang sama ketika ber Chatting.

SELAMAT MENCUBA




JANGAN LUPA 
KLIK SINI(GAMBAR)
Membuat Symbol (tips)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...