PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, November 12, 2010

Potty Training :Tips





Seperti yg dah Ell janjikan,Ell nak bg tips cammana nak potty training anak2.Sebenarnya potty train bila rasa anak2 dah ready utk tak pakai diapers bukan ikut umur dia ya.Sebab mengikut perhatian Ell itu sebenarnya akan membuatkan potty train akan mengambil masa yg agak lama.

Sejujurnya,awal tahun 2010 Ell dah cuba utk ajar Aryan pergi ke toilet kalau terasa nak membuang.That means umur Aryan time tu 2thn 2bln.Dan masa tu pulak Ell baru melahirkan Aariz.So,kali pertama mmg agak menghampakan lah.Ell pun terkejar kesana kemari.Kdg2 jadi runsing tak tau nak handle yg mana dulu.Untung sebenarnya Ell duduk ngan mertua ni.boleh jugak memebantu serba sedikit.Tapi mertua Ell ni jenis suka tengok cucu2 dia diasuh dan diajar oleh parents sendiri.Tak sukalah dia nak masuk campur dan memanjakan sgt.Mertua Ell ni suka bantu dr segi masak memasak jelah, itu mmg kesukaan die,yg lelain mmg kene setlle kan sendiri..Yelah diapun ada hobi die sendiri kan..Org tua2 ni apalagi kalau tak dgn pokok2 bunga...Ok dah,terkonar pulak.

Lepas dah gagal utk pertama kali tu,Ell putuskan takyah lh potty train Aryan dulu.Biarlah lama mana pun dia pakai diapers.Tak kisahlah sampai umur 4thn pun...Heheh sampai camtu nye putus asa.

Bila si cousin Aryan yg sebaya,(cuma beza awal 3bln dgn Aryan) ibunya dgn gigih potty trained,terdetik jugak dlm hati nk potty train Aryan.Balik raya haritu dgn bangganya Si Siddiq (cousin nya tu) dah free diapers.Wah..jelesnye..:)

Ok,apa yg Ell cuba buat sekarang nak latih Aryan pulak.

Sebelum start:

#1 Pemerhatian
Ell suruh Aryan tengok kakaks nya camner kalau terasa nak terbuang.(bukan suh tengok dlm toilet ya,tengok caranya)maksudnya kalau terasa nk terbuang kakaks nya akan berlari2 pegi toilet.

#2 Rangsangan
Bgtau dia,org lain yg sebaya dh tak pakai diapers,disbbkn Aryan asyik nk kesekolah Ell ckplh "kalau gi sekolah,tk boleh pakai diapers sbb kat sekolah org tk pakai diepers,nnt kene ketawa."

#3 Underwear kegemaran
Pergi kedai,beli underwear yg mana dirasakn sgt menarik minat dia utk dipakai.Dgn syarat no more diapers.

#4 Potty Chair yg menarik
Belilah potty chair yg menarik,supaya dia rasakan selesa bila duduk kt situ.Bgtau dia, "potty chair tuk yg tak pakai diapers,Tp kalau nk pakai diaper,takyahlh beli potty chair ni." Untuk Aryan Ell tk guna pun potty chair,sbb nmpknya dia dh boleh panjat terus atas toilet bowl tu.

Ok,bila semuanya dh dipersetujui,maknanya semua dia kata "ok",apalagi itulh masa yg sesuai..

n ready,set go!!

#1 Mengatur masa
Ini kerja mmg penat sket.Setiap 15 minit tanya  atau bawak pergi ke toilet.Bg merangsang pembuangan air kecil,basahkn kemaluan dia dgn air atau buat bunyi2an seperti "ssshhhh.."Kalau rasa 15 minit tu singkat,panjangkn sket masa seperti 20-25minit.
Setiap pagi dan sebelum tidur tanyakan samada dia nk ke toilet.Alas plastik atau tikar getah ketika dia tidur. 
-Kalau dia tak buang pun tk mengapa,biasakn membasuh kemaluannya dn membaca doa sebelum masuk dn keluar tandas.

#2 Memberi ganjaran
Secara fitrahnya,budak2 mmg sukakan ganjaran.Menurut kajian,ganjaran yg selalu dipraktikkan diseluruh dunia ialah carta dan sticker bintang.Buat satu jadual warna warni,kemidian ajak dia lekat kalau dia berjaya melakukan potty pd hari itu.Tuliskan"Aryan Barjaya!!" (cnth) pasti dia akan tersenyum bangga melihat kejayaannya. Tentu dia teruja nk kumpul koleksi bintang2 tu.

#3 Rayakan kejayaan
Untuk 1-2 minggu yg pertama dia berjaya menampakkan percubaan tanpa diapers,bawak dia berjln2 ketempat yg selalu dimintanya contoh playground.Kemudian beritahu pd nya yg dia akan selalu bermain kt playground kalau berjaya sepenuhnya tanpa memakai diapers.Bgtahu kwn2 dia atau sesiapa saje bahawa dia dh tak pakai diapers lg.Tentu dia akan bertambah suka..

#4 Motivasi
Sentiasa berikan motivasi kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. 

Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Aryan berjaya!! Sayang anak mama..Mmuaahh” "dia dah besar la..,dh boleh pergi sekolah"

(Sebelum keluar dari rumah) “Aryan akan cakap dengan mama bila terasa nak kencing,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak mama..mmmuaaaah!”

(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Aryan, nanti mama lap. Lain kali, kalau Aryan rasa nak terkencing, Aryan terus pergi ke tandas, tau. Mama rasa Aryan boleh buat. Sayang Aryan..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.

#5 Kesabaran 
Nak ajar anak2 ni perlu sabar,kemalangan atau ketidak sengajaan selalunya tak dpt dielakkan terutama bila dia rasa penat.Berikan senyuman,senyuman dan senyuman serta dorongan supaya dia rasa kita yakin pdnya yg dia boleh melakuknnya.Tak perlu nk marah2,tingkatkn iman dlm diri kita krn sabar itu sebhgn iman..cukup sekadar berkata "uh-oh...tk pe,lain kali mesti dpt sampai ke toilet kan"

#6 Konsisten
Konsisten mesti ada,jgn hari ini tak pakai diapers esok pakaikan semula..dgn alasan dh penat tapi tk berjaya.nanti dia keliru samada nak buang dlm diaper atau di toilet.Jgn lupa bgtau pengasuh rutin potty train ank2.


Selain dr tips2 kat atas ni,Ell amalkn
membaca
Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

-30 minit sebelum tidur, pastikan dia tidak minum air.
-Ajak ke tandas  sebelum tidur.
-Ajar dia beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
-pakaian yg simple,tak perlu seluar berzip atau button,lebih2 lg overall.. buat sementara.Seeloknya seluar getah yg boleh dia tanggalkan sendiri.

MIL pulak selalu urutkan bhgn ari2 (antara kemaluan dn pusat)sebelum masuk tidur.Sambil berbual2 dgn dia dan...
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
  1. Subhanallah 33x
  2. Alhamdulillah 33x
  3. Allaahuakbar 33x
  4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi. InsyaAllah


Biasanya waktu kritikal 3-4hari je..Tp,untuk menambahkn keyakinan dan keupayaan anak,maka berikan peluang selama seminggu.Bg ibu2 yg berkerjaya tu,pilihlh masa ketika cuti panjang dan tdk ada sebarang sbb utk ank keluar rumah sprt majlis kawen,shopping dn sebagainya.Ibu2 pun akan lebih konsisten.




*Semoga perkongsian ini bermanfaat..:)
*Kalau ada salah silap,tolong betulkan.
*Jika ada sebarang cadangan sila kemukakan sbb ini tips yang diambil dan pelaksanaan ikut cara Ell je.







Potty Training :Tips

Thursday, November 11, 2010

Potty Training dah berjaya!

gambar waktu 2 stgh thn brsama dgn sepupu yg sebaya dgnya

Assalamualaikum...
Senang nye hati Ell sekarang ni bila Aryan sepenuhnya dh tak pakai diapers sebelum 3thn.Alhamdulillah,rasanya tak sampai 30 hari.U'ols tak caya ekk.kalau nak ikutkan,semua ank2 Ell dah latih tak pakai diapers umur 2thn ,cuma agak lama lah baru betul2 berjaya(lebih kurang 2-3bln).Tapi dak Aryan ni terpaksa lambat sket sbb masa takut trkejar2.Takut dia 'ter' je kan atas tikar atau karpet.Tambah pulak kat tempat solat.Kan ke dh menambah kerja pulak.

Ok,utk permulaan Ell dah catit pada 9hb 10 cubaan pertama Aryan tak pakai dieper siang n dia mcm dh terbiasa bila time nak kencing terus je tuju kat toilet bowl n kencing sendiri.Rasa heran jugaklah.Cuma kadg2 dia minta on kan lampu.Sebelah mlm utk berjaga2 terpaksalah pakaikan jugak sbb khuatir dia tak sedar time tidur nak kejutkan sesiapa.Untuk pengetahuan ,Aryan tidur dgn atok die aka MIL Ell lah.

Tapi sejak dah seminggu ni atok die gi Jakarta sekalipun Ell tak pakaikan diapers bila tidur malam...sbb sebelum tu atok die dh notice yg diaper Aryan kering je sepanjang malam.Kalau terasa nak kencing dh pandai kejut.:) Ell bimbang jugak kalau dia tak perasan yg dia 'ter' kan,so Ell alaskn die tikar getah baby yg saiz paling besar (XL kot) 


Ok,utk posting yg mendtg Ell ada tips cammana nak potty trained dgn berjaya.




Potty Training dah berjaya!

Wednesday, November 10, 2010

Bubbye Pujaan ku~



Dah 7 hari tukar template baru ni, rindu plak dengan yg lama..Memula rasa berat hati je nak say bye2.Tp tulah die,sekali sekala perlu gak perubahan..dn bila dah berubah perlu jugak masa utk penyesuaian.
>Macam manusia jugaklah.Kalau cadangkan bende baru je kdg2 menentang habis2an padahal belum pun di gunapakai..tp bila dh  jalan diam seribu bahasa tanpa bantahan.Hakikatnya terima je lah kenyataan..:P <

Dengan template baru ni ,lps dh di tacap bagai,tetap rasanya tk setanding dsbbkn header yg lama.Oh rindunyer...Tp header yg baru ni pn cantik jgk kn + nmpak cool n lembut n yg penting ceria je.

Pd Ell sbnrnya yg baru ni cantik gak kan...(sila cakap cantik!) takde lh ralat sangat.Cuma yg lama tu walaupun gelap rupanya sgt menawan...maklumlah..siang malam mengadap itu,segalanya tercurah kat situ..(tipu..bukan segalanya).

Ok,bubbye Astro (nama template).Sedihnye meninggalkan kamu...huk huk huk...:(





Bubbye Pujaan ku~

Tuesday, November 09, 2010

Terlanggar Pantang~


Aduih,dugaan apakah ini? Disaat tengah berseronok dengan diet terpaksa aku mencurangi disebabkan briyani kambing ibu mertuaku ini.Aduh2 tak bleh tahan terpaksa jugak jamah sesudu sejam sebab tak boleh tahan setakat mencium bau wangi nasi briyani itu...

Mata ku ,hidungku dah digoda dengan aroma nasi briyani ni.U'ols bleh tahan tak?

Meh kasik closeup sket..Dengan nasi yang "ermm panjangnyerrr nasik2 tu" tu membuatkan hidung terjungkit2 menghidu bau.

Fresh from da periuk..briyani kambing made by MIL.Tapi kalo tak yah kambing ni pun tak per...

Nasi ni yang sangat memanggil2..maklumlah dh berapa hari tk menjamah nasi...


Hancur diet yg kononnya berkobar2 mcm kene bakar..Lepas ni nak sambung diet ke..nak start all over balik ekk.Tak pun tak diet lagi boleh? :D
Tak per2 minum air limau nipis bnyk2..:)

Nilah die nyer..MIL ni rajin na memasak...tak tau ke ank menantu die ni tgh diet..ewah,menyalah mertua pulak..MIL ni masak briyani ni sbb dia dgn mak Ell nk terbang ke Jakarta u'ols..nk bawak bekal ke KL katanya...tinggalkan lh sket untuk org2 yg tinggal ni.:)

Sebelum terbang tu tido semalam kt rumah cucunya di Bandar Tun Hussien Onn.Alih2 kene postponed pulak la 2-3mlm...Airport Jakarta terpaksa tutup sbb jerebu dh melitupi seluruh kawasan airport dek kerana debu gunung merapi yg meletus tu.Tido pulak kat rumah anaknya di Shah Alam 2mlm...

Alhamdulillah,penerbangan berjaya diteruskan semalam pd pukul 5.30 ptg dn selamat sampai di Jakarta lebih kurang 8mlm..MIL ke Jakarta atas tujuan berkunjung ke rumah anak sulongnya (sekali harunglh tu melancong)yg dh hampir 6 thn menetap kat sana.Bonda ku pun tk lepaskn peluang..org dh offer..:) Anak sedare MIL dgn suaminya pun nk ikut sama.Jadi mereka ber4 berseronoklh disana selama 8hari yer...:)



Terlanggar Pantang~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...