PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, May 07, 2010

Happy Birthday~Shiela


This special n3 is for my dear freind ~ Shiela 
( Ok,jom semua tolong sama2 nyanyikan lagu beday ni buat dia..so here goes....)



Happy b'day 2 u 
happy b'day 2 u
happy b'day dear Shiela........... 
happy b'day 2 u 

hope this day become the most memorable day 
of ur life and ur all wishes comes true. 
so enjoy today with joy.

Have a pleasant birthday my friend






Happy Birthday~Shiela

Thursday, May 06, 2010

Udang Blackpepper


Harini share resepi je lah u'ols...



Bahan-bahan :

• 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 1/2 cm halia (dihiris)
• 2 labu bawang besar (dimayang mengurai)
• 3-4 sk serbuk lada hitam (ikut suka kepedasan u'ols)
• 1-2 sb kicap pekat
• 2 sb sos tiram
• 2 sb kicap hitam manis
• sedikit hirisan daun ketumbar
• 4-5 biji cili padi (diketuk)
• 1 sb madu + 50 ml + 1 sb jus beribu2 lemon (dibancuhkan)
• 1-2 sudu makan sos cili 
   Tomato,kalau suka

U'ols,sebarnya sukatan ni Ell main bedal je..agak2 ikut tekak sesedap rasa.Tp kalo adik2 yg baru nak blajor tu anggarannya gitu lah yer..:) 

Ok,

Cara-cara : 

1.Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. 
2.Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. 
3.Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. 
4.Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili,tomato dan daun ketumbar. 
5.Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika nak kena darah tinggi perlu.
6.Hidangkan,makan ngan nasi panas..kalo nak meratah pun boleh jer..:)


~SELAMAT MENCUBA~

*pada sesapa yang nak mencuba,silah cuba,kalo tidak u'ols tengok je lah yer..


Udang Blackpepper

Wednesday, May 05, 2010

Vanilla~


Ell memang penggemar vanilla ice cream.Mkn dgn dessert apa2 pun sedap.Makanya,stok eskrem mmg harus sentiasa ada kat umah.Tapi kan,u'ols pernah tak terpikir cammane rupanya vanilla tu.Ell pun bukannaya tahu sangat..tp Ell pernah tengok tiwi rancangan travel2 tu, negara Mexico adalah negara pertama yang dijumpai vanilla nih.Dan paling Ell tak jangka is vanilla tu sebenarnya  pokok yang menghasilkan bunga (ke buah dipanggilnya) yg panjang2 n warna hitam pulak tu.Yelah,mana nak sangka bende tu semua kan..tau nya makan je,putih pulak tu.Kalau pikir panjang tentu tergerak jugak hati yg vanilla tu hitam bila tengok esen vanilla tu.Tapi dh malas nk pikir...

Bila tergerak hati nak tahu lebih lg pasal vanilla ni,Ell carik2 kat internet dan mcm2 yg Ell tahu.Resepi nak buat eskrem pun tau dah..cuma eskrem maker je takde.:P


Ok,meh Ell nak share info ringkas ngan u'ols..Madagaskar dan Indonesia adalah pengeluar utama vanilla asli.Indonesia lagi..aritu buah avokado (dlm posting lepas) melambak gak kat Indonesia ekk.Bnyk rupanya hasil pertanian kat Indonesia tuh,tp apesal penduduk dia tak kaya2.ahakss..Ok,Gambar atas tu adalah pokok vanilla yang merupakan sejenis species pokok orkid.

Ini adalah buah vanilla

Buah vanilla yg dh dikeringkan dan dikeluarkan biji2nya.

Dan...yang ni lg satu.Apesal lah Ell ni bnyk na yg jakun ekk..Rupanya kat Malaysia pun dah dikomersialkan tanaman vanilla ni.Malaysia jugak adalah antara negara pengeluar vanilla.Aduh,apesal Ell tk tau..ketinggalan sungguh.Disebabkan tulah Ell nk bgtau u'ols nih.U'ols 'tanya' je pokok vanilla pada cik 'google',berderet 'jawapan' dier.. 

Antara sumber info Ell dapat DISINI .Yang lelain tu bnyk dr Indonesia..





Vanilla~

Tuesday, May 04, 2010

Hachiko~A dog story


Haritu dlm tag Ell ada kata salah satu movie yang Ell suka is Hachiko.Sebenarnya hachiko ni baru lagi Ell tengok..sebelum ni bnyk lg movies lain yg Ell suka.

Ok,nak pendekkan cerita..mula2 bila dgr cite pasal anjing ni Ell rasa mcm mlas nk layan. Tp bila dh tngok trailer dia.. movie Hachiko ni sangat menyentuh hati (kalau ada perasaan la) tak kiralah walau sesiapa even bg kita yg tak membela anjing pun.Cerita ni adalah berdasarkan 'true story' yang dikisahkan pada abad ke-20, diJepun.

sedikit sinopsis mengenai Hachiko:-

"Hachiko lahir bulan November 1923 di Odate, Jepun. Tahun 1924, Profesor Hidesaburo Ueno yang mengajar di bidang pertanian membawanya ke Tokyo dan memelihara Hachiko. Setiap hari mereka selalu pergi bersama-sama. Hachiko selalu menemani Profesor Ueno ke station keretapi Shibuya untuk pergi mengajar di kampus, dan pada lewat petang Hachiko kembali datang ke sana untuk menanti majikannya pulang.
Pada bulan Mei 1925, Profesor Ueno diserang stroke fatal ketika mengajar, dia pun meninggal dunia. Hachiko yang tidak mengetahui hal itu tetap datang menjemput majikannya di station Shibuya dan menunggu dengan sabar meskipun Profesor Ueno tidak akan datang lagi.


Akhirnya istri Profesor Ueno memberikan Hachiko kepada saudara untuk dijaga, tetapi Hachiko selalu melarikan diri dan datang kembali menunggu kehadiran Profesor di depan station Shibuya setiap petang. Lama-kelamaan, pengguna kereta yang lain mulai memperhatikan kehadiran Hachiko yang selalu ada di sana pada jam yang sama, iaitu waktu kedatangan keretapi petang. Mereka sebelumnya sering melihat Hachiko, mereka tahu bahwa Hachiko adalah anjing milik Profesor Ueno. Akhirnya mereka pun merasa kasihan dan memberikan makanan dan minuman bagi Hachiko selama ia menunggu.


Hachiko terus menunggu kedatangan Profesor Ueno setiap petang dan berlarutan sampai 10 tahun kemudian. Akhirnya pada tahun 1935, Hachiko pun meninggal di depan station Shibuya, tepat ketika kedatangan keretapi petang, di tempat di mana dia selalu setia menunggu Profesor Ueno untuk pulang bersama."
-credit to wikipedia-

Aduh..sedih u'ols.Ell malas nak citer bnyk,u'ols tengok trailer nih ya.


Atas ni adalah versi baru yg watak prof. tu dilakonkan oleh Richard gere,klip bawah ni versi jepun yg terawal difilemkan.


Tengok trailer ni sedih tak? walaupun kita tak suka anjing,tapi kita boleh ambil pengajaran dari kisah ni.It's about loyalty and unconditional love.

Must watch movie!!.


Sdikit shots~time menonton hachiko kat rumah dgn anak2..:)



the real Hachiko

Orang2 jepun sangat tersentuh dengan kesetiaan Hachiko lalu mengabadikannya didalam bentuk statue gangsa di Shibuya Station.




Hachiko~A dog story
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...