PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk-pauk. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Peri-Peri Chicken ala Nando's~Resepi

Assalamualaikum...
Hai.Pelik benar lah. kejap kata sayang kat blog,tapi asyik tinggal2 je.But don't be khuatir ye blog,Puan LadyEll masih setia dgn kamu.:P

Ok,since Ell upload gambar ayam panggang peri2 ala Nando's kat Fb aritu,ada plak yg mintak resepi kan.Kat sini dengan ikhlas nya Ell nak share kan resepi tu dengan u'ols yang sedang membaca n3 ni.:)
Katanya,resepi ni asal dari orang portuguese."The sauce itself has its origin marked at Portugal,it is widely used in African countries like Angola,Mozambique and South Africa" katanyer....Kemudian restoran yang pertama yang menyebarkan menu peri2 chicken ni adalah Nando's di South Africa.Dan restoran ini telah di franchise kan.Gitulah perkhabaran nyer...

Ok,jom semak resepi


BAHAN2:-

4 sudu makan minyak zaitun
4-10 biji cili padi merah (depends pada tahap kepedasan yg u'ols nak)
1 1/2 sudu mkn bawang putih kisar
1 biji perahan lemon
1 sudu makan paprika
sehelai daun bay kering(ada jual kat pasaraya yg kering)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 ekor ayam

CARA2:-

1.Campurkan kesemua bahan2 kecuali ayam.Kisar sehingga halus
2.Kelar2kn ayam dengan pisau
3.Tuangkan 1/3 sos keatas ayam dan gaul sebati.Perapkan ayam sekurang2nya sejam hingga semalaman.
4.Panggang kan atau bakar didalam oven.
5.Untuk memanggang didalam oven,panaskan oven terlebih dahulu pd suhu 170'c.
6.Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil,kemudian susunkan ayam yg dah diperap.Bakar selama 15minit,terbalikkan dan sapukan lebihan sos.Bakar lagi selama 10 minit atau sehingga ayam masak.
7.Hidangkan dengan peri2 sos tadi.

Ok,resepi ni Ell guna untuk sekor ayam sebab Ell dah ada sos dalam botol yang dah siap beli dari Nando's.If u'ols peminat peri2 chicken,pls try this recipe.Ell jamin tak mengecewakan sbb rasanya persis dengan Nando's.

Ell hidangkan Peri2 chicken ni bersama nasi sayur ala2 Nando's mediterranian rice.(sori lupa snap) Tapi Ell masak main hentam je macam nasi sayur.:D and dengan kentang goreng layyonaise(bukan resepi Nando's)


 Kentang Goreng Layyonaise

Nak sediakan ni senang je.
3 biji kentang dipotong dadu
Sesudu makan bawang putih kisar@5 ulas bawang putih dicincang
Sesudu makan lada hitam
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menggoreng

1.Mula2,gorengkan kentang tadi kedalam minyak yg panas.Bila agak garing,angakat dan ketepikan.
2.Gunakan minyak yg sedikit untuk menumis bawang putih.Bila naik bau,masukkan lada hitam dan kentang yg dah digoreng.
3.Taburkan garam dan gula,gaul rata2.Sedia untuk dihidang.


Ok,U'ols...Selesai. Sape2 yg belum masak tengahhari tu,boleh mencuba.:)




Peri-Peri Chicken ala Nando's~Resepi

Wednesday, February 08, 2012

Ayam Goreng Bumbu Padang Style


Haritu dah janji nih nak share resepi ayam goreng bumbu masakan padang.Alhamdulillah,panjang umur lagi dan tak lupa dengan janji.

Peberet Inchek Suami ni.Suka na dia dengan serbuk-serbuk rempah yang berselirat tu.
Ok,meh Ell tunjuk resepinya.



BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam dipotong-potong

(kalau dapat ayam kampung lagi mantap sebab kurang lemak,kalau ayam bandar ni sekor ayam 3kg tapi 1kg utk lemak je lebih.)
500ml air
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
2 batang serai ditik
Minyak untuk menggoreng.


Bahan kisar:-

4 biji buah keras

Kunyit
Halia
Lengkuas
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Gula

 CARA-CARANYA:-

 1.Lumur ayam dengan bahan kisar rata-rata.

 2.Masukkan daun salam,daun limau purut dan serai.

 3.Tambahkan air.

4.Masak sehingga air kering atau ayam empuk.

5.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuning kecoklatan.
6.Last sekali bersihkan lebihan rempah dalam periuk tadi goreng sampai kuning..

 Tabur atas ayam goreng.

Bolehlah makan dengan sambal ijo yang Ell share haritu.Tambah sedap kalau ada sayur pucuk ubi masak lemak.perghhh! 






Ayam Goreng Bumbu Padang Style

Thursday, May 19, 2011

Kerabu Kerang Pucuk Paku~

Lama dah tak post n3 resepi masak memasak ni.Maklumlah..zaman sekarang ni ramai dh yg pandai memasak tahap master.Kalau resepi yg ala2 je tu malas ah nak publish..buat segan je.Coklat kek ke,ciskek ke,cupcake ke...Org lain lg dh expert.Tapi resepi hari ni Ell rasa lama dah tak buat..Ramai jugak yg tanya camner nak buat kerabu pucuk paku ngan kerang ni.So,Ell publish kat sini biar d'ols refer ke sini je .Senang kan.

Tu diaa..lebih kerang dr pucuk paku.Pasal tu nama dia kerabu kerang pucuk paku.Kalau kerabu pucuk paku dgn kerang...dh tentu pucuk paku lebih bnyak dr kerang..hahaahah gasak ler,korang paham ke.


1 Ikat pucuk paku perak(mcm dlm gambar yg digoogle ni) 
1 Genggam taugeh
Sebiji limau nipis
4 Sudu besar santan pekat
1/2 Kilo kerang
(rebus sebentar & buang kulit)
3 Sudu besar kerisik
Gula dan garam

DITUMBUK (mcm sambal belacan)
3 Biji cili merah
3-4 Biji cili api
(tambah jika ingin pedas)
4 ulas bawang merah
2 Sudu besar udang kering
(disangai)
atau gantikan dgn belacan

CARA MEMBUAT:-
1. Siang dan Celur pucuk.Begitu juga taugeh, sebentar sahaja.
2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang


Ok,SELAMAT MENCUBA
Ell meratah mcm tu je...ini jam ai tak layan nasik..heheh


Kerabu Kerang Pucuk Paku~

Thursday, May 06, 2010

Udang Blackpepper


Harini share resepi je lah u'ols...



Bahan-bahan :

• 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 1/2 cm halia (dihiris)
• 2 labu bawang besar (dimayang mengurai)
• 3-4 sk serbuk lada hitam (ikut suka kepedasan u'ols)
• 1-2 sb kicap pekat
• 2 sb sos tiram
• 2 sb kicap hitam manis
• sedikit hirisan daun ketumbar
• 4-5 biji cili padi (diketuk)
• 1 sb madu + 50 ml + 1 sb jus beribu2 lemon (dibancuhkan)
• 1-2 sudu makan sos cili 
   Tomato,kalau suka

U'ols,sebarnya sukatan ni Ell main bedal je..agak2 ikut tekak sesedap rasa.Tp kalo adik2 yg baru nak blajor tu anggarannya gitu lah yer..:) 

Ok,

Cara-cara : 

1.Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. 
2.Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. 
3.Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. 
4.Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili,tomato dan daun ketumbar. 
5.Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika nak kena darah tinggi perlu.
6.Hidangkan,makan ngan nasi panas..kalo nak meratah pun boleh jer..:)


~SELAMAT MENCUBA~

*pada sesapa yang nak mencuba,silah cuba,kalo tidak u'ols tengok je lah yer..


Udang Blackpepper

Friday, May 29, 2009

Resepi ...Ayam Panggang Rosemary & Penkek




Hi alls..Ell tak de apa sgt nk citer...sbb Ell dh mula rasa mual n loya,otak pun mcm tak berapa nk fungsi :D Tp sblm tu,ell nk ucap terima kasih pd yg sudi memberi komen utk n3 yg lepas...luv u'ols...
Arini sbb nk update sket,Ell dpt upload gambar ayam panggang home made yg Ell bikin hari rabu kelmarin.Agak2 ada yg nak mencuba resepi ni,silalah ye.senang je..Ini boleh dikatakan resepi senang lah sbb boleh tinggal2 takyah nk duk kat dapur lelama kan.

Ayam Panggang Rosemary
Ingredients:-
bawang merah(kisar)
bawang putih(kisar)
halia(kisar)
madu
kicap(agggaran sendiri)
rosemary/mixed herbs (McCormick)


Method:-

~Bersihkan ayam dan keringkan

~Perap ayam dgn semua bhn

~Sumbat jugak bahagian dalam ayam supaya rasanya sekata

~Biar selama 1 jam atau lebih(ikut suka)

~Bakar dlm oven dgn suhu 180' selama 20-25minit atau sehingga ayam masak.

~(tanda ayam dah masak,bila dicucuk akan keluar moist)


Ok,semalam plak Ell kerajinan buat minum petang penkek ngan apple sauce.Sauce apple tu sama kekdahnya ngan nak buat inti apple pie..

Penkek

Ingredients:-
200gm tepung
1 sudu baking powder
1ltr fresh milk (anggaran sendiri)
1 biji telur
2sudu besar butter cair/minyak zaitun
3 sudu besar gula


Method:-
~blend semua bhn dlm blender
~guna non stick pan(kalau ada)
kalau takde ,tak yah letak butter masa blend,
~tp butter tu guna masa nak curah penkek.
~letak sket setiap kali curah penkek.
~ulang semua sampai adunan habis dgn api yg sederhana dan kuali tk terlalu panas
~kalau tidak,penkek berlubang2.


Inti Apple

Ingredients:-
2 biji apple merah(potong dadu)
1/2 cwn gula
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu bancuhan tepung jagung

Method:-

~Campur semua bhn kecuali bancuhan tepung jagung kedlm saucepan atas api kecil ~bila dh sebati dan gula dh cair boleh curahkan bancuhan tepung jagung. ~masa ini juga boleh perah jus lemon (kalau suka. ~dptkan kepekatan yg ideal ~curahkan atas penkek tadi

SELAMAT MENCUBA


Ok u'ols,selamat berhujung minggu.Kalau ada yg merancang nak gi bercuti sempena cuti sekolah ni..selamat bercuti dan berhati2 dijalanraya yarh.plz do tk cre...




Resepi ...Ayam Panggang Rosemary & Penkek

Friday, February 20, 2009

botok2..



Hye alls...syukur tau smlm hujan dh turun..dpt lh kiranya membasahkn tanah yg dh kering kontang tu...
ok la,arini kan,Ell nk tunjuk resepi yg MIL buat 2 hari lps..resepi ni boleh la dikatakan utk awet muda..ye,awet muda.tk caya,nengok saje bhn2nya.punyalah bnyk jenis daun yg digunakan utk menjadikan rasanya yg ooonik tu.
Tk tau lah eh camner org dulu2 boleh dpt idea yg cenggini.Namanya juga sgt sesuai dgn fungsinya..alah,mcm botox tu..cuma yg ni tk yah cucuk,tp kita masuk je dlm mulot.then bila turun kt perut,kita jadi montox..hiks* (ish! apa melalut nih)


BHN A: (dedaun)

-Daun pisang utk membungkus

-Bunga kantan
-Pucuk ubi
-Daun semangkuk

-Pucuk beruas



-Daun puding teh

-Daun mengkudu

-Daun kunyit

-daun kesom

-Pucuk betik

-dan apa2 je daun yg rasa2 nk letak.jgn mabuk dh ler..:)


BHN B: (ikan dan rempah)


-Ikan tenggiri (yg fresh)

-rempah kari ikan

-bawang merah dan putih (kisar)

-halia (kisar)

-lengkuas (kisar)

-serai (kisar)

-gula

-garam

-kunyit

-santan

-kerisik

-asam jawa



CARA2 PENYEDIAAN:


-Siang ikan bagi bersih,dan potong beberapa bhgn

-kemudian perap dgn garam n kunyit.

-satukan kesemua rempah (dr BHN B) dan gaul rata

-celupkan ketulan2 ikan kedlm sbhgn rempah dn perap seketika.




-Pilih sbhgn daun yg agak besar sprt daun betik ,daun mengkudu dan pucuk ubi , asingkan

-Kesemua lebihan daun hendaklah dihiris halus.tp tk perlu halus cam bunga rampai tu..agak2 la eh.

-sbhgn rempah lg digaul bersama hirisan daun .

-Bentangkan daun pisang yg dh siap dipotong,

-kemudian susun daun yg besar dn lebar dibahgn bawah

-lapikkan pula dgn hirisan daun yg dh dirempah

-letakkan ikan yg dh diperap,dn tutup semula dgn daun rempah td.

-Bungkuskan botok2 sprt membungkus nasi lemak saiz 10 hinggit..erk,ada ke..? tk kirala,tp besar la eh.

-Kukus lebih kurang 10 minit.

Honestly,ell mmg mkn botok2 nih.tp tk berapa suka.Ye lah,Ell kn org muda ,maunya mknn yg western saje...hahaha! tk de la..Ell tk memilih okeh. Kalau mkn botok2 ni kan ,Ell mkn isi nya aje.Isi ikan tu pn rasanya dh sebati dgn rasa mcm2 daun tuh.Ulam2 tu sedap jugak kalau mkn masa panas2..rasanya pn dh brcampur dgn rempah td.ok la sbnrnya...
Ini pn MIL buat sbb ada tempahan...dgn 3 ekor ikan tenggiri tu,dptlh hasilnya dlm 18 bungkus.Org yg menempah tu nk 10 bungkus isi je..yg lebihnya tuan umah la mkn...:)




*botok2 dan pais sama sekali tdk sama okeh.yg samanya cuma penggunaan dedaun tu je..itu pn tk bnyk mcm nk buat botok2 nih.botok2 nih agak rumit sket kot...
*klasik sungguh resepi nih.



botok2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...