Thursday, May 06, 2010

Udang Blackpepper


Harini share resepi je lah u'ols...



Bahan-bahan :

• 1/2 kilo udang segar (dibersihkan)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 1/2 cm halia (dihiris)
• 2 labu bawang besar (dimayang mengurai)
• 3-4 sk serbuk lada hitam (ikut suka kepedasan u'ols)
• 1-2 sb kicap pekat
• 2 sb sos tiram
• 2 sb kicap hitam manis
• sedikit hirisan daun ketumbar
• 4-5 biji cili padi (diketuk)
• 1 sb madu + 50 ml + 1 sb jus beribu2 lemon (dibancuhkan)
• 1-2 sudu makan sos cili 
   Tomato,kalau suka

U'ols,sebarnya sukatan ni Ell main bedal je..agak2 ikut tekak sesedap rasa.Tp kalo adik2 yg baru nak blajor tu anggarannya gitu lah yer..:) 

Ok,

Cara-cara : 

1.Gaulkan udang bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 30 minit. 
2.Sediakan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga perang. 
3.Kemudian masukkan bwg besar dan sos tiram. Kacau sebati. 
4.Kemudian, masukkan udang, kicap manis, cili, sos cili,tomato dan daun ketumbar. 
5.Gaul2kan. Setelah udang 1/2 masak, tuangkan bancuhan madu tadi. Kacau hingga masak. Boleh tambah garam jika nak kena darah tinggi perlu.
6.Hidangkan,makan ngan nasi panas..kalo nak meratah pun boleh jer..:)


~SELAMAT MENCUBA~

*pada sesapa yang nak mencuba,silah cuba,kalo tidak u'ols tengok je lah yer..


8 comments:

rasp said...

kkdg tu air tangan chef yg buat extra sedap tu...
so sis, apalagi, tapau & courier kat i hahahahahahaha...

ratna said...

wahh sedap ni. kena cuba. hari tu saya dah cuba puding roti ell. menjadi gak walaupun kena perbaiki sana sini. kali ni nak cuba udang ni pulak.

Dee said...

fuh..mesti terangkat nih..udang my favourite..

nasazfrog... said...

ikut mood la ell, kengkadang rajin n malas,,,

Tihara said...

owh cedap nyer ell..nak mintak ciket..lapor nih :)

~ Lady ell ~ said...

rasp>>
tapau ekk..sampai esok dh basi..:)

ratna>>
silakn mencuba...ikat perut suami katanya..:)

~ Lady ell ~ said...

dee>>
suka udang ekk..tp jgn selalu tau dee..nnt cik 'gout'dtg tak diundang..biasalh seafood ni tinggi kolesterol.
silakan mencuba resepi ni..:)

naszfrog>>
kalau malas..tuan restoran rajin..kan3:D

~ Lady ell ~ said...

tihara>>
aduh kak..dh selamt masuk perut arr..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...