N3 kali ni Ell nk kongsi dgn u'ols mengenai salah satu article yg tlh ditulis oleh Dr.Azwan mengenai haram halal makanan di hotel. Memandangkan bulan ramadhan ni ada yg berbuka puasa dihotel2.Dgn keizinan,Ell paprkan di blog ni...
"13 april 2008, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?
Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.
Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh
JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.
SENARAI HOTEL YANG TELAH MENDAPAT PENGESAHAN SIJIL HALAL MALAYSIA
HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
LOT 979, 980, PANTAI BAGAN LALANG
SUNGAI PELEK, SEPANG43950 SUNGAI PELEK
SELANGOR
Maklumat dapur : Main Kitchen
Tarikh Sah : 01/12/2007 - 31/12/2009
EMPRESS HOTEL SEPANG
KSB REQUIREMENTS & REST SDN BHD)
JALAN ST 1C/7, MEDAN 88BANDAR BARU SALAK TINGGI
43900 SELANGOR DARUL EHSAN.
Maklumat dapur : Main Kitchen (Central Kitchen)
Tarikh Sah : 01/12/2007 - 31/12/2009
TIARA LABUAN HOTEL
Jalan Tanjung Batu87007 Labuan
Maklumat Dapur : The Grill, Malay Kitchen, Chinese Kitchen
Tarikh Sah : 01/12/2007 - 31/12/2009
GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
Persiaran Perbandaran Seksyen 1440000 Shah Alam
Maklumat Dapur : Semarak Kitchen, Main Kitchen, Malay Kitchen
Tarikh Sah : 01/12/2007 - 31/12/2009
HOTEL ARMADA PETALING JAYA
Lorong Utara C, Section 52
P.O Box 691Pejabat Pos Jalan Sultan
46200 Petaling Jaya Selangor
Maklumat Dapur : MALAY KITCHEN / DAPUR MELAYU
Tarikh Sah : 01/12/2007 - 31/12/2009
LEGEND HOTEL KL(METROPLEX HOLDINGS SDN BHD)
TKT 33, PUTRA PLACE OFFICE TOWER
100 JALAN PUTRA5
0350 KUALA LUMPUR
MAKLUMAT DAPUR :Di Atas Brasserie / Main Kitchen, Museum Chinese Restaurant
Tarikh Sah : 01/08/2007 & nb
UiTM Hospitality Management Services Sdn Bhd
INTEKMA RESORT CONVENTION CENTRE
PERSIARAN RAJA MUDA,
SEKSYEN 740000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh Sah : 1/12/ 2007 - 30 / 11/ 2009
Hotel HiltonPetaling Jaya 2
JALAN BARAT46200 PETALING JAYA
Tarikh Sah : 1 /12/ 2007 - 30 /11/ 2009
Lotus Nation Sdn Bhd
HOTEL PUTRA KLLOT
149 SEKSYEN 87
JALAN TUN RAZAK 50050
KUALA LUMPUR
Tarikh Sah : 1 /12/ 2007 - 30 /11/ 2009
PNB Darby Park Executive Suite(PNB Darby Cafe dan 39th Restaurant)
10 JALAN BINJAI
50450 KUALA LUMPUR
Tarikh Sah : 1 /12/ 2007 - 30 /11/ 2009
RESORT VILLA GOLF COURSE DEVELOPMENT SDN BHD
IOI RESORT
62502 PUTRAJAYA
Tarikh sah : 1/5/2008 to 30/4/2010
Ming Court Hotel (KL) Sdn Bhd(Corus Hotel, Kuala Lumpur)
Jalan Ampang,50450 Kuala Lumpur
Tarikh Sah : 1/2/2008 - 31/1/ 2010
THE PARAOUNT HOTEL
3,LORONG 9A JALAN KAMPUNG DATO
96000 SIBU SARAWAK
Tarikh Sah : 16/03/2008 - 15/03/2010
Labuan Marina Centre Sdn Bhd(Waterfront Labuan)
NO. 1, JALAN WAWASAN
87000 W.P. LABUAN
Tarikh sah : 1 /12/ 2007 - 30 /11/ 2009
Daripada senarai di atas, jika diperhatikan tidak semua dapur yang ada status halal. Kemungkinan daripada 6 dapur, cuma dapur melayu atau cina sahaja yang halal. Ini menyebabkan kita rasa ragu-ragu adakah dapur pastri, dapur western, dapur cold dan fusion juga menghidangkan makanan yang halal. Lebih baik jikalau kesemua dapur mendapat status halal.
Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Wassalam... "
origin.posted by dr.azwan
*Bkn niat nk membuat u'ols sangsi,cuma kita harus berhati2 dn Ell sekadar nk berkongsi...
9 comments:
oh mcm tu ek..bagus la info nih..mekasih yang..x de la rasa was2 ek
thanks sgt2 ell share tis info ni.. mmg pnting kita tau mknn yg kita mkn tu halal or haram sbb ia akn jd darah daging kita nnt..
:)
thanx to info cenggini...akak dh lama tau...dulu hubby htr brg kat hotel2 nih...:D
sharing is caring...
kdg2 org nak bermegah mkn kat hotel 5 bntg...tp dia x tau apa bhn yg ada dlm tu...sian kan...byr mahal2 tp apa yg dpt...
Thx ell for d info....
pdanla sedap je bila makan2 kat hotel ni ye..rupanya...
hish...nauzubillah....
thnks for the info ell..
ayu setuju.. penting info ni.. yelah, nak jadi darah daging, kan?
thanks again yang!
em..so informative...ell...nnt kite try browse mane yg ade halal haram..sbb slame nih kite ske gak mkn hotel...shafa ajak..hehhehe..kitorg mmg tatauppon dolu......neway...ape hukum kalau kite bbuke pose tp mkn makanan haram tanpa kite sedari?
ita.itu>
sama2..saje nk share
zeti>
betul tu...
mieza>
kn kak..sharing is caring
mzznana>
tk semua tk halal nana....cuma sesetengah makann je...
ayu>
welcome...penting kn info ni.buat tmbah2 pengetahuan...
atune>
kalu makann melayu kampung tu mmg dh sah halal,sbb org melayu islam kn yg masak...yg kita bimbang ni western food n desert nye...dn sepatutnya yg dpt pengiktirafan halal bkn masakn melayu tp masakn western tu...kalau nk makan maknn melayu rasanya no prob.
hukum kalau berbuka mkn haram...dh tentu lah sia2 puasa kita tu tk dpt pahala...tp tdk lh berdosa ..sbb kita tk tau kn...lebih elok tanya pd org yg lebih arif..
Hayati hadis ini.
Saad bin Abi Waqas menemui Nabi Muhammad, sambil bertanya:
“Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah, agar doaku sentiasa mustajab dan ditunaikan.”
Rasulullah kemudian menjawab: “Wahai Saad, untuk memastikan doa anda terkabul, jagalah makananmu. Demi Allah yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, jika seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama 40 hari.
“Dan sesiapa juga hamba yang baginya tumbuh (membesar) daripada makanan haram dan riba, maka nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Abbas).
Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan at-Tarmizi, ada menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk memastikan doa dimakbulkan.
“Sesiapa yang ingin doanya dikabulkan Allah ketika dalam kesusahan, hendaklah memperbanyakkan berdoa ketika dalam kesenangan.”
Dalam hadis di atas ada menerangkan sesiapa yang makan makanan yang haram akan menyebabkan tidak di terima doanya selama 40 hari sama seperti hukum meminum arak. Bayangkan apa yang terjadi jika doa kita selama 40 hari menjadi sia-sia. Semoga Allah mengampuni dosaku dan seluruh umat Islam di mukabumi Mu ini Ya Allah.
Post a Comment