PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday, September 14, 2008

pengakuan dr chef farid

U'ols masa article ttg ni ditulis di blog dr.Azwan ,ada seorang chef juga tlh tampil memberikan komen dn membuat pengakuan mengenai status halal haram nih.Beliau ialah chef Farid CEO Akademi Bakery Ria.
Assalamualaikum Dr. Azwan,

Itulah dilema yang berlaku pada chef yg bekerja di hotel. Ikut pengalaman saya, ada 2 hotel yang saya dah kerja, sememangnya pendirian saya tak mahu bersubahat menghidangkan makanan yg tidak halal di dalam kek kepada pelanggan hotel.

Pernah dibaling kek oleh Executif chef kerana tak mahu masukkan Liquor dalam kek, adalah cabaran berat yang saya hadapi. Tapi pada semua chef yg ada di Malaysia, tak kira pastry chef ke, cook chef ke, ingatlah bumi ALLAH ni luas, di mana-mana sahaja boleh kita cari rezeki.
Apa yang menyedihkan JAKIM seolah-olah tutup mata tentang perkara ini. Cadangan saya, lantiklah pakar perundingan dari orang yang arif tentang sesuatu masakan untuk pengesahan halal sementera sebelum makanan itu di ke LAB untuk mengetahu secara saintifik sesuatu kandungan makanan.

Saya pernah dihubungi oleh seseorang dari PPIM tentang kek yg terdapat di cafe terkenal coz melalui rasa kek, saya dah tahu samada kek itu ada mengandungi wain atau tidak, masalahnya pada peringkat awal saya dah tahu, tapi nak buktikan secara saintifik bukan bidang saya.

Ni sekarang saya dengar pengeluaran sijil halal akan di swastakan oleh JAKIM, nampak gayanya sijil halal sekarang sudah jadi satu perniagaan pulak. Gerakkan usaha kesedaran tentang makanan yang tidak halal di hotel perlu diadakan dan disegerakan.

Suara saya kecil, tapi apabila suara saya digabungkan dengan lebih ramai lagi, ia akan menjadi gelombang seperti Tsunami. Insyaallah sahabat saya Chef Sabri akan turut sama memperjuangkan isu ini.Semoga kita akan lebih bertanggungjawab lagi kepada UMMMAH. TQ

Chef Farid


Proses Halal oleh JAKIM adalah melalui sistem "voluntary". Hotel mana yang nak dapat sijil Halal kena minta kelulusan JAKIM dan JAKIM tidak boleh saja-saja menyerbu hotel mana-mana untuk memberi sijil halal.
Apa kata JAKIM mewujudkan sijil HARAM pula. Tulis besar-besar "HARAM MAKAN DI HOTEL INI!!". Sah orang takan datang buka puasa. Bukan kah itu lebih baik daripada berdiam diri dan membiarkan Umat Islam lain memakan makanan yang haram. Tanggungjawab JAKIM sangat berat.



*Mari kita sama-sama bawa gelombang ini kepada seluruh umat islam MALAYSIA..



2 comments:

Amiha Ayu said...

ya allah!...

thnks so much for the info Ell..

ita.itu said...

bagus ek chef nih...menegakkan islam lg kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...