Thursday, May 17, 2012

Pokok Mati Hidup Semula

Bismillah..
Pertama kali tengok tumbuhan ni.Sebenarnya mak mertua beli kat pasar lambak.Dia pun tak pernah nampak ada orang jual ni,tapi kelmarin ada pulak.Pokok mati hidup semula ni gelaran je sebab ia boleh hidup tanpa air selama 50tahun atau lebih.Bila direndam direbus ia akan mengeluarkan khasiat2nya.Katanya tumbuhan ni dah hidup semenjak 4000juta tahun dahulu.Ianya adalah tumbuhan yang hidup dikaki gunung berapi.Kasiat herba ini yang paling popular adalah membantu melancarkan perjalan darah.

Namanya genggam fatimah.Ini lain dari akar fatimah dan kacip fatimah ya.Untung betul orang yang nama fatimah ni..namanya selalu diguna pakai,lebih2 lagi kalau yang berkaitan untuk kesihatan perempuan.Sebab musababnya kenapa ya?

Oh ya,dulu Ell ada posted pasal akar fatimah.ini rupanya..

Ini pula kacip fatimah.
Memang berbeza ketiga2 jenis herba ni.

Tapi jangan keliru dengan Akar fatimah dan genggam fatimah tu.Kegunaan dan khasiatnya pun berbeza.Kalau akar fatimah tu gunanya supaya senang bersalin manakala genggam fatimah digunakan untuk merapatkan dan mengcutkan sistem dalaman wanita yang dah kembang.

Mari tengok sekali lagi rupa bentuk genggam fatimah.Ini pandangan dari sisi tepi.bentuknya lebih kepada mencengkam tapi akar fatimah tu rupanya mengerekot.
Bila Ell try search kat google,Ell perasan ada yang keliru dengan 2 benda ni.akar fatimah tu dikatanya genggam fatimah ataupun akar genggam fatimah.Hati2 kalau tersilap ya...Buatnya direndam genggam fatimah dengan tujuan untuk memudahkan proses bersalin....

Ell nak share khasiatnya mengikut dari keterangan sipenjual:


1.Melancarkan pengaliran darah
2.Menghapuskan lemak dalam badan dan 
3.Menyingkirkan sel-sel mati
4.Menghentikan pendarahan dalaman.
5.Masalah kerapuhan tulang/kurang kalsium
6.darah tinggi dan kencing manis.
7.Mengetatkan rahim & menghilangkan parut.
8.Masalah ketika haid
9.Ketumbuhan & Gout.
10.Kegemukan,kelesuan & mengempiskan perut.
11.Menghilangkan rasa kebas dikaki & tangan.
12.Merawat 6666 urat saraf dalam badan.

Cara nak gunakannya:
Rebus sekuntum genggam fatimah sehingga mendidih dan minum airnya suam atau sejuk(tanpa ais).Minum bila rasa dahag.Takde rasa apa2 cuma rasa tawar macam air kosong.Kalau air habis,boleh tambah air dan jerang lagi sehingga hilang warnaya.Sebenarnya air rebusan nya pun kurang warna,tak macam air teh pun,jernih je.

Ada juga disediakn dalam bentuk uncang.Cuma tambahkan air panas dalam secawan dan minum 10minit kemudian.Boleh refill air lagi sampai hilang warna.

Mak mertua Ell beli 8biji genggam fatimah tu dengan 2 kotak yang jenis uncang harganya RM50.Siap bagi satu untuk tanam.

Sejak seminggu Ell minum air genggam fatimah ni yang dapat dikesan...sistem penghadaman jadi lebih lancar.kalau nak ikutkan,Ell ni jenis susah jugak nak ke tandas..:P











5 comments:

ratna said...

Oooo gitu yer...bagus jaga kesihatan dgn cara tradisional. I..

Arfa Zahra said...
This comment has been removed by the author.
Arfa Zahra said...

Mano nk dpt ni..

Arfa Zahra said...

Mano nk dpt ni..

nothings close said...

Slm sis, caner cara minum dio.ada org kata bleh mnum time period.amalkn sampai la period akan dtg. Ye ke x ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...