Wednesday, May 23, 2012

Roti Cawan Berinti


"Setiap hari dipagi yang hening tatkala anak2 masih nyenyak tidur,kemudian dikejut pula untuk bersiap kesekolah.Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah,sang ibu bergegas kedapur menyiapkan juadah pagi demi menunaikan permintaan anak2 saban hari."
hahaha...ape bende melalut nih.tak tahu nak start macammana..tetiba je ter'type' macam ni.

Oklah,mari Ell nak share satu lagi resepi bekal sekolah anak2 Ell.



BAHAN-BAHAN:-
~6-8keping roti
~sosej/daging cincang/isi ayam atau apa saja untuk inti kesukaan.Tuna spread pun boleh,tinggal bakar roti je.
~sayur campur paket
~bawang cincang
~serbuk pati ayam
~cheese parut.


CARA-CARANYA:-

1.Guna cawan,masukkan roti kedalamnya.Kalau guna loyang muffin lagi bagus.Ell takde loyang muffin tu,maka Ell guna cawan.Yang penting tahan panas ya.

2.Bentukkan elok2 macam kelopak bunga.Kalau guna loyang muffin,boleh gunting bahagian atas,jadi dia lebih kemas.

3.Ketepikan sebentar.

4.tumis bahan-bahan inti(bawang,sosej/daging kisar/isi ayam,dan sayur campur.)
5.Tambahkan serbuk pati ayam.

kalau ada serbuk cheese,boleh bancuh.

6.Isikan inti yang dah ditumis tadi kedalam roti cawan.

7.Tuang sedikit serbuk cheese yg dah dibancuh,

8.Tabur cheese parut.
9.Bakar dalam oven selama 10minit dgn suhu 190'c.
10.Bila dah siap,keluarkan dari cawan.

atau..

u'ols boleh bakar roti dulu,kemudian baru isi inti.Cara ni boleh guna kalau takde guna cheese.Sangat sesuai kalau inti tuna.



Ok,Sila mencuba.


6 comments:

atty's said...

Nampak sedap dan senang nak buat..
tq share resepi. :)

*ayu the sun* said...

nampak sangat sedap. nak buat lah weekend ni for family breakfast.. nyum!
tq sis fr sharing..

Huda Ahsin said...

Yang ini nampak lebih mudah...

Neeza.Areef said...

nice recipe

cheeze maz said...

sedapnya. jemput ke blog akak cheezemaz.blogspot.com

boleh dapatkan serbuk CHEEZE MAZ yg mmg sebiji dengan sos cheese wedge KFC tapi dgn harga murah

iqbalmyrza said...

huyyo...lame woo aku x bukak blog hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...