Saturday, May 26, 2012

Puding Custard Coctail

Dessert pertama anak dara saya!.


Tak sangka boleh pulak suruh anak dara saya ni.selalu tu kalau buat apa2 nak kene repeat peat peat peat peat banyak kali.:D Ini dia yang mintak nak buat.Beriya2 benar tau.


 Nampak time ni dia enjoy mengacau custard tu.Siap nyanyi2 lg ...tapi terpaksa blur eh gambar nya atas sebab2 tertentu...:)
 Orang lain lagi sehari sekolah agama,dia cuti dulu hari khamis tu.:)


Dia yg buat...dia yg bg thumbs up eh.hehe.Ok lah tu...Cubaan pertama mmg selalunya tak menentu rasa.

isi dalam acuan pun ada yang tak penuh..hehe
but not bad la ...

Untuk resepi

BAHAN-BAHAN:-

tepung custard
susu sejat
gula
vanilla essence
air
coctail fruits(dlm tin)
plus apa2 lg buah2 yg u'ols suka.



CARA-CARANYA:-

(untuk puding)
1.Campur 1cwn tepung custard dgn 4cwn air.tambah 1/2cwn gula.masak atas api sederhana besar.

2.Sentiasa kacau sampai pekat dan proses ini mengambil masa lebih kurang 7-10minit.

3.Masukkan dlm acuan ~ikut bentuk kesukaan sendiri.kemudian sejukkan ~kalau nk cpt,masukkan dlm fridge.


(utk kuah)

4.guna susu sejat,kuantiti..ikut suka berapa bnyk nk kuahnya..tambahkn gula dan sedikit tepung custard.Ini pn agak2 la nk pekat or cair kuah tuh.Boleh tambah telur.

Senang kan..Sebab tu anak dara saya pun boleh buat.



Ermmm...ok,time ni,ketika saya tengah menaip n3 ini,saya dah mula rasa rindu nak mengarah dia.Dari pagi tadi sampai esok Marsha ada Seminar Syahdu di UTM Skudai.We'ols sebagai mak bapak ni cuba nak bagi sedikit kebebasan dalam pengawasan.Mudah-mudahan seminar tu nanti bermanfaat.

Oh ya,seminar tu anjuran SNB Kasih yang dimiliki oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah.Penceramah dan pengendali diuruskan oleh ustazah serta suami dan anak-anaknya sendiri.Khabarnya ibu bapa yang hantar anak2 ke seminar ni semua bagi tindakbalas yang baik.Jadi apa salahnya kita hantar juga kan...tak rugi pun.Insya'allah ada banyak kebaikannya. 





Assalamualaikum.


5 comments:

ratna said...

dah besar anak dara awak.. berapa tahun umur dia dah?

~ Lady ell ~ said...

ratna>>
baru je 11tahun...badan dia boleh tahan besar laa...:)

Huda Ahsin said...

Baguslah tu dia nak ke dapur... Benda yang repeat peat peat peat tu dah masuk kepala... hahaha

Neeza.Areef said...

rajin tlg mama la nanti kan..
puding kastad ni mmg sedap tp bab ngacau tu yg lenguh

Liza Razak said...

muda-muda dah pandai memasak :) untung sis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...