Monday, May 14, 2012

Kejap ada,Kejap tak de..

Bismillah....
Sebelum nak mulakan cerita,nak ucap selamat hari ibu untuk semua ibu2 yang bergelar ibu...:) semoga tanggungjawab yang dijalankan dengan ikhlas mendapat keberkatan.insya'allah.Buat emak,saya nak ucapkan terima kasih kerana menjaga dan mengasuh serta mendidik dengan ikhlas tanpa meminta balasan.Semoga emak diberkati Allah dan sentiasa mendapat perlindungan NYA.Untuk mak mertua,terima kasih juga yang tak terhingga kerana menjaga ketika dalam pantang,ajar dan nasihat macammana nak jadi seorang ibu dan menjaga anak2.Pengalaman yang dikongsikan amat berharga buat selamanya.Terima kasih emak dan emak...saya sayang kedua2nya.




Ini kad dari anak2 Ell.Yang bikinnya sorang je,tapi wakil bagi pihak adik beradik lain...hehe sweet sangat.oh lupa ada sekuntum bunga mawar plastik beli kat sekolah hari jumaat lepas.Dah siap sorok sebenarnya,tapi dak Aariz yang 2 tahun tu pecah rahsia tunjuk bunga tu hari sabtu.hehe Kesian lahai takde budget nak guna kertas warna warni,guna kertas A4 je.tapi ada seni jugaklah..sekeping kertas dilipat2 pastu dia gunting berbaris serong2.Pastu silang ke 2,4,6, dan seterusnya dilipat kebawah.Kemudian tampal kain polkadot warna merah hati tu...Akhir sekali ditutup pulak dengan kertas.Barulah boleh tulis ucapan....kretif! 


Terima kasih anak2 mama..susah2 je.:)



Ok,tukar subjek.
 Ingat tak Ell ada tunjuk sarang burung yang ada 2 biji telur.Ell ada posted kat SINI .Sekarang telur tu dah takde.Tak best pulak tak dapat tengok anak burung tu menetas.Kesian kat ibu burung tu.Sebenarnya selang beberapa hari je dr hari yang Ell post n3 tu, telur2 burung tu dah hilang.Tak dapat dikesan..mungkin ada kucing liar atau binatang lain datang,sebab pokok tu condong habis hampir nak jejak tanah.Tapi tak pelah,dah takde rezeki nak tengok anak burung tu..Ibu burung tu pun boleh je bertelur lagi kan...Harap buatlah sarang kat tempat lebih tinggi dan selamat.

Bersesuaian dengan tajuk n3 kali ni,tuan punya blog pun kejap ada,kejap takde.Baru nak bersemangat berblog semula.


Bukannya apa,ginilah citernya u'ols....rumah loteng mak mertua ni kene ganti semua ceiling serta wiring.Ceiling dah rosak teruk disebabkan kebocoran bumbung.Bila tengok2, rupa2nya antenna atau bahasa biasanya erial kat rumah ni tumbang hentam bumbung(esbestos).Mungkin dah lama(sejak siaran Indonesia dan singapura we'ols tak clear tahun lepas.)Musim panas tak perasan,bila datang musim hujan baru sedar yang ada bumbung bocor.Nak suruh tukang datang,musim2 hujan kan...siapa yang kene bertanggungjawab kalau berlaku sebarang kecelakaan? we'ols jugak.Ni bila dah start musim panas yang rasanya tak berapa panjang..makanya memang kena gantilah.Dan bila panggil pak tukang,katanya ceiling tu bukan ceiling betul...playwood je.Waduh2...mak mertua ni pun sediakan lah budget untuk ganti keseluruhan ceiling.Bumbung yang bocor tu kasi ganti satu keping je.Apa lagi bila dah gitu,wiring pun kene lah cabut n rewiring semula bila ceiling tu siap.Jadi...we'ols tak berkesempatan nak guna desktop yang memang kat loteng itulah 'pusat'nya.Oh ya, buat pengetahuan,erial tu bukan ASTRO punya ya..yang tumbang ni erial biasa yang bersilang berpalang2 tu.tapi ada booster. 



Ok we'ols dah ada suspek yang menumbangkan erial tu.Tengok lah.slumber je dia makan buah tah dapat dari mana.Inilah jiran sekampung we'ols yang kadang2 muncul dan kadang2 takde.hehe...Time banyak buah pandai dia datang berduyun2.Hebat betul deria bau dia.Sekali dtang tu..makoiii..berdentam dentum atas bumbung,macam nak roboh.Kalau nak tunjuk berani suruh dia balik..dia main angkat2 kening je..haha.Tak takut manusia langsung...Yang paling dahsyat,ada sesetengah rumah jiran2 sekitar dia boleh menerobos masuk dalam dapur.gila dahsyat!!.kalau dah gitu...habislah dapur ko tunggang terbalik.Dan anak2 mesti jaga.Buatnya dia mengganas dan di'kokang'nya budak2 ni,kan ke naya.Setakat ni,belum ada kes macam tu lagi lah kat sini.

PERHILITAN pun we'ols dah report..tindakan susulan dah dibuat..adalah 10ekor masa tu yang kene tembak.Tapi binatang ni memang tak reti bahasa.. masih ada dan datang lagi.Sekarang takyah mengharaplah korang nak merasa  musim buah lama2 sikit.Itupun kalau dapat menjamah kira nasib..mungkin sebab dia pergi main kat kampung lain kot...haha 






4 comments:

Huda Ahsin said...

Monyet-monyet ni mmg tak reti takut. Kita tengok dia, dia yg sergah kita...
Kat rumah Brunei dulu, kereta kat kawasan rumah kitaorg tetiba asyik hilang side mirror. Ingat ada org curik, rupanya monyet yg curik... hehe..
Suka la rumah berloteng...

Neeza.Areef said...

slmt hari ibu ell..

mmg klu dah kna sapu dgn monyet x merasa la kita buah2an yg kita tanam..

rasp said...

selamat hari ibu sis....
seriau ok kalo monyet ada ...
seriaukan keselamatan budak2 aaaa...
eh eh tapi kalo i...
i pun seriau gak takut kena kejar dek monyet hehehehehe

~ Lady ell ~ said...

Huda Ahsin>>
makin berani ekk monyet2 ni.siap curik side mirror plak tu.hehe apa dibuat tu ekk.

neeza>>
betullah kak..kdg2 rasa penatnya nak menanam apa2..tapi hasilnya lahai..ciput je.kalau nak makan rasanya lagi berbaloi kalau beli.

rasp>>
binatang ni nak kata liar,mmg pun.cuma ganas tu tak nmpk sgtlah...tp yg pasti pokok2 buah habis dikerjakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...