Tuesday, May 15, 2012

Kulit Kentang Goreng/Bakar Berinti~



Hello u'ols...harini nak share resepi yang Ell buat untuk sarapan dan bekal anak2 pergi sekolah.Tapi bukan sarapan harini lah...Minggu lepas punya.Since ada org tukang betulkan ceiling rumah loteng tu...banyak gambar2 resepi yang terperam...tengoklah minggu ni ada 2-3 kot n3 resepi.heheh dah macam blog tukang masak pulak nanti.
Errmm sarapan Ell memang tak boleh miss buat untuk anak2.Paling cikai pun toast bread sapu dengan marjerin kemudian tabur gula.Lebih2 lagi yang si kakak Marsha.Walaupun dah 11tahun,tapi kalau takde bekal sekolah...muncung panjang je boleh sangkut baldi.Dia bukan boikot makanana kat kantin sekolah...tapi malas nak beratur dan menunggu.Pastu kalau dah dapat makanan,loceng pulak dah bunyi.tu yang dia malas beli makann kat kantin sekolah tu.Kalau balik,merungut tak habis2 kata lapar tak makan pastu blame kan mamanya ni tak sediakan bekal.Kalau bagi duit,tak pernah luak.Sebab tu kesian..bekal sekolah mesti ada.


Kadang2 kering jugak idea kan nak buat sarapan apa.Ell rajin jugak tengok2 resepi omputih tu.Yang mana kene dengan selera anak2,boleh buat selalu.Kalau tanya resepi kat pak google selalunya Ell cari 'appetizer menu'.


Ok,resepi Kulit kentang ni Ell buat cara goreng.Lagi satu cara bakar dalam oven.Tapi kalau nak buat bekal anak2 sekolah ni mana ada banyak masa nak bakar 2 kali yang ambil masa lebih kurang sejam setengah.Pengsan ko nak bangun sebelum subuh nak siapkan sarapan.




BAHAN-BAHAN:-
6 biji kentang yang bentuk lonjong
daging cincang(kalau guna brand RAMLY,guna sekeping)
bawang merah cincang
bawang putih cincang
sebiji atau setengah tomato didadu
1 sudu serbuk pati ayam
minyak untuk menggoreng
cheese parut


CARA-CARANYA:-
1.Rebus kentang separuh masak.Kalau nak bakar,bakar separuh masak selama 50-60mnt.

twice-bkd-potatoes-3.jpgtwice-bkd-potatoes-4.jpg

2.Belah suku kentang bahagian atas.


twice-bkd-potatoes-5.jpg


twice-bkd-potatoes-6.jpg

3.Korek atau buatkan lubang untuk letak inti.
(Kalau nak jimat masa,sebelum masuk tidur tu rebus dan korek lubang siap2).
Isi kentang yang dah dikorek tu jangan buang.

4.Buatkan inti,Tumis bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak.
5.Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.Kemudian masukkan serbuk pati ayam dan tomato.Kacau rata.Tutup api.
6.Campurkan bahan inti ini bersama isi kentang yang dah dikorek.Gaul rata.
7.Goreng kulit kentang kedalam minyak yang dah dipanaskan.(goreng terendam)



8.Dah siap goreng,masukkan inti kedalam kulit kentang.



7.Taburkan cheese parut.Kemudian dibakar selama 15-20minit dengan suhu 170'c atau cheese dah cair.


Ok,kalau nak buat bekal untuk anak2,balutkan dengan clingwrap supaya inti tu elok sehingga dia nak makan waktu rehat.Makan satu dah boleh kenyang.




SILAKAN MENCUBA.







9 comments:

Huda Ahsin said...

Ell... kita saaayang awak! Kita pun kena buat bekal utk bdk2 hari2. Idea dah kering mcm pdg pasir dah ni... Nanti kita gi carik kentang besor. Tengkiew!

Neeza.Areef said...

wow..lain dr yg lain bekal anak klu mcm nih..

bada said...

nak kena cuba ni, beri kelainan dr cokodok pisang yg selalu aku buat...hahaha

Shiela Latif said...

sedapnyee babe!... :(

UmmiRosma said...

A good idea....nak buat jugaklah...almost like the jacket potatoes ya...

Maybe bila I nak buat, tak perlu deerfry...terus bake dlm oven, boleh jugak kan.

Tnx for the recipe pretty mommy!

~ Lady ell ~ said...

Huda>>
bikin bekal ank2 jugak ke...nanti Ell post lagi resepi sarapan dn bekal kalau rajin ya.Huda boleh jugak refer Ell's recipe atau search je dlm blog ni breakfast.insya'allah ada.tapi tak bnyak manalah.

~ Lady ell ~ said...

neeza>>
anak ell yg tua tu agak cerewet jugak..kalau cupcake2 tu tak nak nyer..dia suka bende2 yg boleh kenyang banyak.sandwich ok,nasi goreng ok,sosejroll ok n yg gitu2 lah dia suka.


bada>>
hehe buat je bada...cucur pisang ko sebut,terus terbayang2 aku.aku kalau pisang rajin buat lempeng je..sbb kurang minyak.mak mertua aku lah ajar,dr buat cucur..baik buat lempeng..letak kelapa parut sket.

~ Lady ell ~ said...

shiela>>
insya'allah sedap...heheh

ummirosma>>
yup ummi,macam jacket potatoes.boleh baked dlm oven..mmg itu resepi asal..:)

Lynn Munir said...

Wow, wow Best resepi ni. Boleh saya buat untuk anak nanti. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...