Gunkanjima Island~
Ok tak misteri pun..cuma apa yg menarik Ell nak share pasal pulau ni sebab terpandang featured yg dimuatkan dlm History Channel(HD) kat Astro.Ell sebenarnya jarang nak tengok history channel ni,tapi kalau hsbn Ell ada kat rumah..itu antara channel kesukaan dia selain sports,discovery channel,nasional geographics,n animals.Time iklan tu,adalah tunjuk sikit(Life after people)..tapi tak lengkap.Lepas tulah Ell gigih carik info pasal pulau ni.Menarik tau.Jom Ell kongsi.
Gunkanjima Island bermaksud dalam bahasa jepun Gunkan-Kapal perang dan jima(shima)-pulau.Ada yang memanggil Hashima.Oleh itu terciptalah Pulau Kapal Perang (Battleship Island).Sebabnya pulau ni betul2 berbentuk seperti kapal perang.Ia terletak kira-kira 15km dari Nagasaki dan sebab itu pada tahun 2005 ia telah diambil oleh Pentadbir Nagasaki.
(Ell cuba translate ya..leceh jugak nak buat kerja gini,bnyk tempat kene rujuk..takut salah info) Hari ni belajar history sket..:)
r u ready kids!?
ai yai captain!!
Mengikut sejarah,
Pada tahun 1890  Mitsubishi Corporation  membeli pulau tersebut dan memulakan projek  untuk mendapatkan batu arang  dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Pada tahun 1916 mereka  membina bangunan konkrit yang tinggi bertingkat2 dikelilingi tembok bg  mengelakkan diserang angin taufan typhoon.
  Oleh yg demikian, kaya lah Gunkanjima dengan hasil bumi dan menyebabkan  Gunkanjima menjadi kota yang kaya dan padat penduduk. Padahal  Gunkanjima ni tak besar pun. 
Jumlah penduduk pulau ini bertambah pada tahun 1959. Kepadatan  penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektare untuk keseluruhan  pulau (1.391 per hektare untuk daerah pusat pemukiman), sebuah populasi  penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia iaitu 10 kali ganda melebihi penduduk Tokyo,ibukota Jepun.Imagine keluasan pulau tu dgn kepadatan penduduknya.
Untuk  memberi keselesaan kepada pekerja di situ, 10 kompleks apartment  dibangunkan. Sebuah labirin tinggi dihubungkan dengan halaman-halaman,  koridor, dan tangga. Pulau ni juga ada sekolah, restoran,supermaket,cinema dan semua  kemudahan yg terdapat seperti kota biasa. Tetapi semua dikelilingi oleh  tembok pelindung. Disebabkan itu juga Gunkanjima ini dikenali sebagai  "Nashi Midori Shima" iaitu pulau tanpa warna hijau. Sudah semestinya tiada tumbuhan di pulau ni.
 staircase...
 Sekolah (kot..)
Pada  tahun 1960-an. Oleh kerana batu arang terus di korek hingga ke dasar  laut, lama kelamaan ianya habis dan teknologi pada masa itu mula  menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Aktiviti tambang batu arang  semakin mengalami kemerosotan hingga akhirnya Mitsubishi terpakasa  menutup kegiatan eksplorasinya di pulau ini pada tahun 1974.
 Para pekerja dan juga penduduk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Menyebabkan, Gunkanjima di tutup.Pulau yang tidak memiliki tumbuhan hijau ini pun lama kelamaan mati. Gunkanjima dibiarkan kosong sehingga ke hari ini. 
Gunkanjima telah didaftarkan sebagai Situs Warisan Dunia Unesco..selepas melakukan sedikit pambaikan dan memastikan pulau itu selamat untuk org awam..ia mula dibuka untuk pelawat pada April 2009.
So, dgn adanya menswastaan keatas pulau ni, Gunkanjima tidak lah terus lenyap.
Tapi setelah berpuluh tahun Gunkanjima ditinggalkan, mesti tempat ni terlalu misteri.menyeramkan....
tak de ke filem pasal cerita pulau ni?. 1st time Ell tahu kewujudan pulau ni,Ell sangat tertarik..interesting.
the technology..
Agak  unik sistem kt pulau ni, zaman dulu kala pun perancangan dan juga  fasilitis dia org sgt teratur. Tgk lah pada binaan apartmentnya, org  dulu-dulu pon dpt berfikir sehebat itu..
siap ade TV,sekolah sume..hebat..tp apa yg nk dipelikkan, Jepun kn..mmg selalu kehadapan dr yg lain pun...lebih2 lagi bab technology.kan kan kan..
Ok,sumber dan maklumat sepenuhnya dari internet dan sedikit dari TV.
 
Gambar2 keseluruhannya dari google images.tq
 Misteri Pulau tinggal~
Misteri Pulau tinggal~