PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, November 30, 2010

Penting!! Meh baca!!

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"???????? apa maksudnya???

 Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


"Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.

 

Sumber diperolehi dari:Buzz Kidz Shop (Facebook)

Ditulis oleh:Izzudin Shah

 

 

 

Penting!! Meh baca!!

Monday, November 29, 2010

A simple celebration 4 Birthday Boy

 Bismillahirrahmanirrahim..
Mcm biasalh we'ols kalau sambut harijadi ni biasanya simple je.Tambah pulak MIL(mother in law) takde kat rumah,nk mintak tolong masak apa2 pun non ado lah kan..ngee.. Dan pada hari jumaat tu bila Aryan bangun pagi(dah nak dekat tgh hari actually,even Ell habis buat n3 Birthday tu pun die lum bangun) We'ol wish happy Birthday tersipu2 dia malu n senyum2 simpul.Tapi Aryan ni bagus la dia belum pun reti nak mintak2 hadiah bagai..hehe tp,next bila we'ol jln2 cariklh something tuk dia.Buat sementara ni cake ni pun jadiklah...


 Birthday cake Aryan dari hasil tangan babah (hehe hasil tunjuk je..) setengah kilo ni cukuplah utk d'ols 4 beradik..plus Aariz bukan reti mkn cake pun..:D

"bila nak tiup lilin neyh.."


 senyum meleret Aryan bila mama letak candle kat depan ekk.


 tu dia..slps membuat hajat.(mcmlh Aryan reti buat hajat..)

 Aryan ngan birthday cake nyer...


Ok Aryan,we'ols saaaayang banyak2 kat Aryan tau.Lebih dari nilai sebijik cake ni.:) Eh bukan2..bukan setakat nilai cake lah sayang,malah lebih dr segalanya.Harap Aryan pun jadi umpama permata yg sangat tinggi nilainya.We'ols love u sayang.
Mama n babah tetap terus berdoa agar semua ank2 menjanani kehidupan tanpa kesukaran dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.Amin..





A simple celebration 4 Birthday Boy

Friday, November 26, 2010

3rd Birthday ~Aryan



 Hari ni genaplh umur Aryan 3 tahun.Sekejap rasanya masa berlalu.Boleh dikatakn aryan juga seakan membesar didepan mata u'ols yg sudi menjengah sini sekali sekala.

So buat anak mama n babah ni..."Selamat Hari Jadi ya Sayang. Dengan harapan agar Aryan membesar juga berjaya, sepertimana yg kami doa2kn selalu.Amin".




* Juga wish dari Kakak,Kak D n Aariz.

3rd Birthday ~Aryan

Wednesday, November 24, 2010

Terkorban di hari Raya~

 Salam...
Di Kg Serai,Hulu Langat, 10 ekor lembu berjaya dikorbankan sempena hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah,Kerajaan Negeri Selangor juga turut menyumbangkan seekor lembu utk tiap2 Masjid di seluruh negeri Selangor (mesti mentionkn sbb tv tk kluar).Kakak ipar Ell dan suaminya beserta 4 orang anknya tidak termasuk yg bongsu (3thn) berkorban untuk tahun ni di Masjid Sg Serai,Hulu Langat.Untuk melengkapkan bilangan 7 org utk seekor lembu,SIL4 masukkan sekali nama bondanya iaitu MIL kepada El.

Ell tak tahu nak citer panjang lebar,sebab detik2 kejadian tidaklah Ell saksikan dengan mata Ell sendiri.Semuanya dah dikisahkan didalam gambar yg hsbn Ell amik ni.


Inilah lembu ke4 yg ditumbangkan milik SIL4 anak beranak.
Satu bahagian nama dari sekor lembu ni dpt 3kg,jadi 7 nama maknanya we'ols dpt 21kg daging tidak termasuk tulang.Yang selebihnya diagihkan kepada penduduk setempat.

Ada antara yg didalam gambar atas ni hsbn SIL4,tp tah yg mana satu susah nak dicamkan.Pakaian d'ols ni sama je sbb ditaja oleh Masjid kg Serai.Setiap sorang dpt sepasang baju dan topi.Itu utk sesiapa yg dh ditugaskan untuk menumbangkn dn melapah daging.

Ni lah orgnya..SIL4 nye hsbn.Juga owner Kolam memancing Tepian Rimba.
Peladang yg boleh dikatakan agak berjaya jugak lah.Kambing ,arnab,ayam,ikan dan udang semua ada dibela.:)

Ok,untuk menu hari raya Ell tak teringat pun nak amik gambar.Antara juadah hari raya we'ols ialah nasi impit,sayur lodeh,sambal goreng,rendang ayam,udang galah goreng,ikan siakap goreng berlado n pd sebelah petangnya pula sebahagian dri daging korban yg dibawa balik we'ols mengerjakanlah ia n selamat di satey gorengkan juga dimasak merahkan.Yang mana bhgn tulang belulang tu,biasalah  di sup kan.:)Seperiuk sederhana besar sup tu utk fmly we'ols semalaman je dah habis.Syukur tak membazir..

 Semoga sumbangan korban kali ni membawa berkat untuk SIL4 sefamily.Dan secara kebiasaannya SIL4 n hsbn akan berkorban setiap 2thn sekali.






Terkorban di hari Raya~

Monday, November 22, 2010

Rilex session~

Assalamualaikum..Bismillah pembuka kata.
Hari ni owang Johor cuti hari keputraan DYMM Sultan Johor kan.Selamat bercuti...Seronok ekk u'ols cuti panjang.Ahaks,yg Ell ni mcm plak heran sgt bab2 cuti ni.Padahal cuti je manjang.:D 

Last Monday kan Ell dah bgtau yg we'ols sefamily beraya di Hulu Langat.Maaf lah blog ni sunyi je mcm rumah tinggal.Satu posting pun Ell tak sempat nak publish.Even hari ni pun Ell tak tau nak update citer pasal apa.Sebabnya,Ell tak berapa nak ambik gambar sgt time kat Hulu Langat tu.Kali ni we'ols pegi tak kemana2 sangat pun just rilex2 kat rumah sambil menenangkan pikiran,menghirup udara nyaman.Al-maklumlah,bonda2 kami kan baru balik dr Jakarta dn Bandung,battery semua hampir weak lah katanya..so,itulah masanya utk recharge semula kan...sambil sembang2,barulh seronok.:) D'ol punya belanja..masya'allah! mcm nk buat berniaga.:D dengar citer mcm syok je..rasa menggeletek pulak nak kesana.

Hari selasa we'ols buat persiapan raya,all da kidz biasalah kalau dtg ke Langat ni,swimming je lah yg d'ols suka.Yg adults ni jln2 keliling fishing ponds..menikmati alam semesta..(cheaaa)

Gambar d'ols ni pun gamba lama.Halal lh ekk sbb nk tunjuk je camner tempat d'ols mandi manda.Yang lelain sila refer DISINI

Tapi gambar fishing pond ni yg terbaru diambil ya.


gambar bawah ni hsbn ambik time lps korban.dah puas tengok darah,tengok ikan2 kat kolam ni plak.

D'ols ni bergambar atas bridge yg kat bawah tu tergantung sign " ANDA ADALAH PEMANCING HARAM JIKA TIDAK MENGGANTUNGKAN TAG DILEHER ANDA"
 Haa...tau sbb apa ada sign tu? sbb selalu ada yg dtg memancing tapi bila balik die blah camtu je tanpa membuat pembyaran.
Bila ada tag stp kali masuk,balik mesti die pulang dgn bayaran lah.

 lorong keluar masuk kolam

Ini tangga turun naik menuju ke rumah SIL4.Yang bila sampai atas,betul2 sebelah kolam mandi kanak2 tu.

Inilah view dr tepi kolam yg kidz mandi manda...

Ok,itu jelah dulu kot update hari ni..If u'ols nk tengok pemandangan lain kat fishing pond ni, KLIK SINI

Oh ya,nnt Ell update pasal lembu yg hsbn SIL4 korbankan.

Rilex session~

Monday, November 15, 2010

Nak berangkat~


Assalasmualaikum....
Petang ni lps ank2 balik sekolah Ell ngan fmly nak ke Hulu Langat.Alah yg kat Kg Sg Serai tu...yg ada fishing ponds tu..Tahun ni we'ols beraya Haji kt situ.Kebiasaannya we'ols berkumpul di Shah Alam sbb kat sana ada 2 siblings (BIL1 & SIL2) n brmlm bhg 2 rumah tu.Tp memandangkn SIL2 akan berpindah ke Russia,maka rumahnya penuh berselirat dgn kotak2 besar utk diangkut kargo.

Disebabkan cuti sekolah belum start,terpaksalh kami mak bapak ni mencutikn ank2...heheh.Bukannya apa,niat hati sebenarnya petang sebelum raya tu baru we'ol gerak,tp disebabkn flight bonda2 kami touch down kul 8 mlm karang dr Jakarta ke KLIA,rela dgn terpaksalah berangkat hari ni.

Sesiapa kat kawasan berdekatan n rasa nak belanja mkn,atau paling sengkek pun belanja minum..don't forget gimme a ring i mean ring2 me la,alah..calling2....Boleh kita roger n out.:D (kalau sama2 ada masa free)
Oh ya,mungkin sampai hari khamis je sbb jumaat Marsha kene sekolah untuk acara penyampaian hadiah.Tapi tk confirm lg tengok kang camner Marsha balik sekolah,samada boleh wakil atau tidak.Kalau boleh,on lh sampai sabtu atau ahad.

Ok,ini adalah n3 ribut..sbb berebut nak basuh baju,gi klinik jap (ambik pil perancang) ,packing barang2 n susun dlm kete.Ok then,doakan we'ol slmt sampai kedistinasi ya...
Sayang u'olss..





Nak berangkat~

Friday, November 12, 2010

Potty Training :Tips





Seperti yg dah Ell janjikan,Ell nak bg tips cammana nak potty training anak2.Sebenarnya potty train bila rasa anak2 dah ready utk tak pakai diapers bukan ikut umur dia ya.Sebab mengikut perhatian Ell itu sebenarnya akan membuatkan potty train akan mengambil masa yg agak lama.

Sejujurnya,awal tahun 2010 Ell dah cuba utk ajar Aryan pergi ke toilet kalau terasa nak membuang.That means umur Aryan time tu 2thn 2bln.Dan masa tu pulak Ell baru melahirkan Aariz.So,kali pertama mmg agak menghampakan lah.Ell pun terkejar kesana kemari.Kdg2 jadi runsing tak tau nak handle yg mana dulu.Untung sebenarnya Ell duduk ngan mertua ni.boleh jugak memebantu serba sedikit.Tapi mertua Ell ni jenis suka tengok cucu2 dia diasuh dan diajar oleh parents sendiri.Tak sukalah dia nak masuk campur dan memanjakan sgt.Mertua Ell ni suka bantu dr segi masak memasak jelah, itu mmg kesukaan die,yg lelain mmg kene setlle kan sendiri..Yelah diapun ada hobi die sendiri kan..Org tua2 ni apalagi kalau tak dgn pokok2 bunga...Ok dah,terkonar pulak.

Lepas dah gagal utk pertama kali tu,Ell putuskan takyah lh potty train Aryan dulu.Biarlah lama mana pun dia pakai diapers.Tak kisahlah sampai umur 4thn pun...Heheh sampai camtu nye putus asa.

Bila si cousin Aryan yg sebaya,(cuma beza awal 3bln dgn Aryan) ibunya dgn gigih potty trained,terdetik jugak dlm hati nk potty train Aryan.Balik raya haritu dgn bangganya Si Siddiq (cousin nya tu) dah free diapers.Wah..jelesnye..:)

Ok,apa yg Ell cuba buat sekarang nak latih Aryan pulak.

Sebelum start:

#1 Pemerhatian
Ell suruh Aryan tengok kakaks nya camner kalau terasa nak terbuang.(bukan suh tengok dlm toilet ya,tengok caranya)maksudnya kalau terasa nk terbuang kakaks nya akan berlari2 pegi toilet.

#2 Rangsangan
Bgtau dia,org lain yg sebaya dh tak pakai diapers,disbbkn Aryan asyik nk kesekolah Ell ckplh "kalau gi sekolah,tk boleh pakai diapers sbb kat sekolah org tk pakai diepers,nnt kene ketawa."

#3 Underwear kegemaran
Pergi kedai,beli underwear yg mana dirasakn sgt menarik minat dia utk dipakai.Dgn syarat no more diapers.

#4 Potty Chair yg menarik
Belilah potty chair yg menarik,supaya dia rasakan selesa bila duduk kt situ.Bgtau dia, "potty chair tuk yg tak pakai diapers,Tp kalau nk pakai diaper,takyahlh beli potty chair ni." Untuk Aryan Ell tk guna pun potty chair,sbb nmpknya dia dh boleh panjat terus atas toilet bowl tu.

Ok,bila semuanya dh dipersetujui,maknanya semua dia kata "ok",apalagi itulh masa yg sesuai..

n ready,set go!!

#1 Mengatur masa
Ini kerja mmg penat sket.Setiap 15 minit tanya  atau bawak pergi ke toilet.Bg merangsang pembuangan air kecil,basahkn kemaluan dia dgn air atau buat bunyi2an seperti "ssshhhh.."Kalau rasa 15 minit tu singkat,panjangkn sket masa seperti 20-25minit.
Setiap pagi dan sebelum tidur tanyakan samada dia nk ke toilet.Alas plastik atau tikar getah ketika dia tidur. 
-Kalau dia tak buang pun tk mengapa,biasakn membasuh kemaluannya dn membaca doa sebelum masuk dn keluar tandas.

#2 Memberi ganjaran
Secara fitrahnya,budak2 mmg sukakan ganjaran.Menurut kajian,ganjaran yg selalu dipraktikkan diseluruh dunia ialah carta dan sticker bintang.Buat satu jadual warna warni,kemidian ajak dia lekat kalau dia berjaya melakukan potty pd hari itu.Tuliskan"Aryan Barjaya!!" (cnth) pasti dia akan tersenyum bangga melihat kejayaannya. Tentu dia teruja nk kumpul koleksi bintang2 tu.

#3 Rayakan kejayaan
Untuk 1-2 minggu yg pertama dia berjaya menampakkan percubaan tanpa diapers,bawak dia berjln2 ketempat yg selalu dimintanya contoh playground.Kemudian beritahu pd nya yg dia akan selalu bermain kt playground kalau berjaya sepenuhnya tanpa memakai diapers.Bgtahu kwn2 dia atau sesiapa saje bahawa dia dh tak pakai diapers lg.Tentu dia akan bertambah suka..

#4 Motivasi
Sentiasa berikan motivasi kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. 

Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Aryan berjaya!! Sayang anak mama..Mmuaahh” "dia dah besar la..,dh boleh pergi sekolah"

(Sebelum keluar dari rumah) “Aryan akan cakap dengan mama bila terasa nak kencing,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak mama..mmmuaaaah!”

(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Aryan, nanti mama lap. Lain kali, kalau Aryan rasa nak terkencing, Aryan terus pergi ke tandas, tau. Mama rasa Aryan boleh buat. Sayang Aryan..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.

#5 Kesabaran 
Nak ajar anak2 ni perlu sabar,kemalangan atau ketidak sengajaan selalunya tak dpt dielakkan terutama bila dia rasa penat.Berikan senyuman,senyuman dan senyuman serta dorongan supaya dia rasa kita yakin pdnya yg dia boleh melakuknnya.Tak perlu nk marah2,tingkatkn iman dlm diri kita krn sabar itu sebhgn iman..cukup sekadar berkata "uh-oh...tk pe,lain kali mesti dpt sampai ke toilet kan"

#6 Konsisten
Konsisten mesti ada,jgn hari ini tak pakai diapers esok pakaikan semula..dgn alasan dh penat tapi tk berjaya.nanti dia keliru samada nak buang dlm diaper atau di toilet.Jgn lupa bgtau pengasuh rutin potty train ank2.


Selain dr tips2 kat atas ni,Ell amalkn
membaca
Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

-30 minit sebelum tidur, pastikan dia tidak minum air.
-Ajak ke tandas  sebelum tidur.
-Ajar dia beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
-pakaian yg simple,tak perlu seluar berzip atau button,lebih2 lg overall.. buat sementara.Seeloknya seluar getah yg boleh dia tanggalkan sendiri.

MIL pulak selalu urutkan bhgn ari2 (antara kemaluan dn pusat)sebelum masuk tidur.Sambil berbual2 dgn dia dan...
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
  1. Subhanallah 33x
  2. Alhamdulillah 33x
  3. Allaahuakbar 33x
  4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi. InsyaAllah


Biasanya waktu kritikal 3-4hari je..Tp,untuk menambahkn keyakinan dan keupayaan anak,maka berikan peluang selama seminggu.Bg ibu2 yg berkerjaya tu,pilihlh masa ketika cuti panjang dan tdk ada sebarang sbb utk ank keluar rumah sprt majlis kawen,shopping dn sebagainya.Ibu2 pun akan lebih konsisten.




*Semoga perkongsian ini bermanfaat..:)
*Kalau ada salah silap,tolong betulkan.
*Jika ada sebarang cadangan sila kemukakan sbb ini tips yang diambil dan pelaksanaan ikut cara Ell je.







Potty Training :Tips

Thursday, November 11, 2010

Potty Training dah berjaya!

gambar waktu 2 stgh thn brsama dgn sepupu yg sebaya dgnya

Assalamualaikum...
Senang nye hati Ell sekarang ni bila Aryan sepenuhnya dh tak pakai diapers sebelum 3thn.Alhamdulillah,rasanya tak sampai 30 hari.U'ols tak caya ekk.kalau nak ikutkan,semua ank2 Ell dah latih tak pakai diapers umur 2thn ,cuma agak lama lah baru betul2 berjaya(lebih kurang 2-3bln).Tapi dak Aryan ni terpaksa lambat sket sbb masa takut trkejar2.Takut dia 'ter' je kan atas tikar atau karpet.Tambah pulak kat tempat solat.Kan ke dh menambah kerja pulak.

Ok,utk permulaan Ell dah catit pada 9hb 10 cubaan pertama Aryan tak pakai dieper siang n dia mcm dh terbiasa bila time nak kencing terus je tuju kat toilet bowl n kencing sendiri.Rasa heran jugaklah.Cuma kadg2 dia minta on kan lampu.Sebelah mlm utk berjaga2 terpaksalah pakaikan jugak sbb khuatir dia tak sedar time tidur nak kejutkan sesiapa.Untuk pengetahuan ,Aryan tidur dgn atok die aka MIL Ell lah.

Tapi sejak dah seminggu ni atok die gi Jakarta sekalipun Ell tak pakaikan diapers bila tidur malam...sbb sebelum tu atok die dh notice yg diaper Aryan kering je sepanjang malam.Kalau terasa nak kencing dh pandai kejut.:) Ell bimbang jugak kalau dia tak perasan yg dia 'ter' kan,so Ell alaskn die tikar getah baby yg saiz paling besar (XL kot) 


Ok,utk posting yg mendtg Ell ada tips cammana nak potty trained dgn berjaya.




Potty Training dah berjaya!

Wednesday, November 10, 2010

Bubbye Pujaan ku~



Dah 7 hari tukar template baru ni, rindu plak dengan yg lama..Memula rasa berat hati je nak say bye2.Tp tulah die,sekali sekala perlu gak perubahan..dn bila dah berubah perlu jugak masa utk penyesuaian.
>Macam manusia jugaklah.Kalau cadangkan bende baru je kdg2 menentang habis2an padahal belum pun di gunapakai..tp bila dh  jalan diam seribu bahasa tanpa bantahan.Hakikatnya terima je lah kenyataan..:P <

Dengan template baru ni ,lps dh di tacap bagai,tetap rasanya tk setanding dsbbkn header yg lama.Oh rindunyer...Tp header yg baru ni pn cantik jgk kn + nmpak cool n lembut n yg penting ceria je.

Pd Ell sbnrnya yg baru ni cantik gak kan...(sila cakap cantik!) takde lh ralat sangat.Cuma yg lama tu walaupun gelap rupanya sgt menawan...maklumlah..siang malam mengadap itu,segalanya tercurah kat situ..(tipu..bukan segalanya).

Ok,bubbye Astro (nama template).Sedihnye meninggalkan kamu...huk huk huk...:(





Bubbye Pujaan ku~

Tuesday, November 09, 2010

Terlanggar Pantang~


Aduih,dugaan apakah ini? Disaat tengah berseronok dengan diet terpaksa aku mencurangi disebabkan briyani kambing ibu mertuaku ini.Aduh2 tak bleh tahan terpaksa jugak jamah sesudu sejam sebab tak boleh tahan setakat mencium bau wangi nasi briyani itu...

Mata ku ,hidungku dah digoda dengan aroma nasi briyani ni.U'ols bleh tahan tak?

Meh kasik closeup sket..Dengan nasi yang "ermm panjangnyerrr nasik2 tu" tu membuatkan hidung terjungkit2 menghidu bau.

Fresh from da periuk..briyani kambing made by MIL.Tapi kalo tak yah kambing ni pun tak per...

Nasi ni yang sangat memanggil2..maklumlah dh berapa hari tk menjamah nasi...


Hancur diet yg kononnya berkobar2 mcm kene bakar..Lepas ni nak sambung diet ke..nak start all over balik ekk.Tak pun tak diet lagi boleh? :D
Tak per2 minum air limau nipis bnyk2..:)

Nilah die nyer..MIL ni rajin na memasak...tak tau ke ank menantu die ni tgh diet..ewah,menyalah mertua pulak..MIL ni masak briyani ni sbb dia dgn mak Ell nk terbang ke Jakarta u'ols..nk bawak bekal ke KL katanya...tinggalkan lh sket untuk org2 yg tinggal ni.:)

Sebelum terbang tu tido semalam kt rumah cucunya di Bandar Tun Hussien Onn.Alih2 kene postponed pulak la 2-3mlm...Airport Jakarta terpaksa tutup sbb jerebu dh melitupi seluruh kawasan airport dek kerana debu gunung merapi yg meletus tu.Tido pulak kat rumah anaknya di Shah Alam 2mlm...

Alhamdulillah,penerbangan berjaya diteruskan semalam pd pukul 5.30 ptg dn selamat sampai di Jakarta lebih kurang 8mlm..MIL ke Jakarta atas tujuan berkunjung ke rumah anak sulongnya (sekali harunglh tu melancong)yg dh hampir 6 thn menetap kat sana.Bonda ku pun tk lepaskn peluang..org dh offer..:) Anak sedare MIL dgn suaminya pun nk ikut sama.Jadi mereka ber4 berseronoklh disana selama 8hari yer...:)



Terlanggar Pantang~

Monday, November 08, 2010

Majlis Konvo Tadika~


Acara:Majlis Konvokesyen Tadika Islam Al-huda Daerah Pontian
Tarikh:7 November 2010
Masa: 9.00pagi
Tempat: Dewan Mesra MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)


Tadika Al-Huda Pontian mempunyai 3 buah sekolah iaitu di Api-api,Ayer Baloi dan Benut.Majlis penyampaian sijil ini menggabungkan ketiga2 buah sekolah dlm satu majlis.

 Pintu utama MRSM Pontian.Terletak di Jelutong,Ayer Baloi,Pontian.

 Persembahan pertama dari Tadika Al-Huda Ayer Baloi,dengan bacaan ayat2 surah lazim dan zikir.Kanan sekali dalam gambar Dina dengan memegang mic.




Persembahan ke 2 Dari Tadika Al-Huda Ayer Baloi,Koir 'Your Mother'
(video edited)Video dah edit sebab audio yg tk menyenangkn..:) Suara pn lari2 tk tau sbbnya problm hp ni.

 Persembahan ke 3 dari Tadika Al-Huda Ayer Baloi selepas diselang selikan dengan persembahan dari tadika dari sekolah lain.
Dina didalam gambar ini berkedudukan antara adik cilik tengah dengan adik yg pandang belakang.:)


 Persembahan nasyid "Di Pondok Kecil"
Maaf ye..suaranya lari sikit. Masa edit ok je,tp...

 Anugerah pertama #1 dalam kelas.


 Anugerah Kecemerlangan.Siap memakai pakaian lengkap jubah.:)

Syukur,semoga terus cemerlang.

Last post dengan sijil dan hadiah2..

Tamat sudah sesi pembelajaran di Tadika Al-Huda.Semoga dapat dimanfaatkan.Sebelum balik,Dina sempat meninggalkan kenangan bersama teman akrab nya Nana.



*Amacam simple tak posting ni.Asal u'ols paham..
*Bakal berjumpa Aryan penyambung generasi di Tadika Al-Huda Ayer Baloi untuk 2 tahun yang mendatang.





Majlis Konvo Tadika~

Friday, November 05, 2010

Zikir Ya Latiff (Yang Melembutkan)

Sambungan previous n3.

Maaflah u'ols siapa yg dh terbaca n3 semalam tu..Agak mcm tak senonoh sket semalam bila di publish kan.Sebenarnya Ell belum siap lg,Ell tinggalkan sbb trpaksa menghandle bende lain.Tinggal2 sekali tengok dh ada 3 komen..:D Bila tanya sorang kesorang ank2 ni,semua tak mengaku.Mungkin tk perasan.Takpelah takyah gadoh2 Ell sambung je eh.

Zikir Ya Latif ni selalu Ell amalkan time nak tidokan ank2..Tiup kat ubun2.Tapi bila ank2 dah besar ni,masing2 dh tido asing selalu terlupa nak buat.  Sebab tu lah masing2 tunjuk besar kepala.


Cara berzikirnya seperti dalam klip bawah ni.Klip bawah ni ada campur dgn zikir lain,untuk zikir Ya Latiff dr  awal sampai ke 1:13.Zikir yang lain pun baguz untuk amalan.Tambah pulak Ustaz Badrul Amin yang berzikir..Aduh,menyentuh hati.Tah mana agaknya die sekarang..:) Dulu2 zikir2 ustaz Badrul Amin ni banyak yg rekod kat kaset je..tapi habis dh jahanam semua..Sib baik kat YouTube ade..


"Shiela,ko ingat tak lagi time kita sekolah menengah dulu masa dlm perhimpunan..Cikgu Satar mesti suruh kita zikir YaLatiff ni 7 kali kan.Aku rasa zikir ni bagus,sbb tu jadikn amalan untuk ank2 aku."

 Ok,yang Ell tahu zikir YaLatif ni banyak khasiatnye.Salah satunya melembutkan hati anak2lah ni.Antara yg lain umpamanya 
1.klau kita jawap pekse..soklan subjektif ..baca 7x ya latif ni pada setiap kertas yang kita jawap..moga di lembutkan hati pemeriksa yg tanda kertas kita utk bg markah lebeh....tapi jgn lupa usaha jugak..!!!
2. zikir ini boleh juga dibaca pada air utk diberi kepada anak2 dan suami2 yang keras hati..kalau suami nak kawin sorang lagi pun boleh baca gak..hehehe..

3.Zikir ya latif ini sangat mujarrab untuk melembutkan hati kita yang keras..susah menangis takutkan Allah..amalkan selalu ketika bangun malam..insyAllah, Allah akan lembutkan hati kita sehingga kita akan menangis walau melihat semut dipijak..

4.Zikir itu apabila menjadi *wirid maka Allah akan datangkan *warid pada hati kita..jadi selalu amalkan..jgn time nak bagi kertas jawapan je..
5.Zikir ni dapat menyentuh hati kite yg lemah.Kalau benar2 dihayati pasti melembutkn hati kite..Letak kan tangan di bhg dada sambil berzikir dgn penuh ikhlas nanti kite dapat rase kan betapa besar nya Zat Allah yg Maha Lembut lantas hati kite pun akan lembut, mudah mengamalkn kebaikan.
 Zikir ni mudah,boleh baca bila2 masa je kat mana2.Bacalah berapa banyak kali pun,janji kene nombor ganjil.




Note:
Susah kan nak didik ank2 zaman sekarang ni.Mudah2an berkat doa dan zikir ni akan membentuk peribadi ank2 kita."Doa itu senjata mukmin" - "Senjata yang paling mustajab untuk orang2 mukmin ialah berdoa"
amin...
Kamus:
*Wirid:
sesuatu yang dituntut Allah darimu. Segala bentuk macam ibadah baik dlahir dan batin, baik yang wajib maupun yang sunah. semua amal yang solih, yang untuk mengisi semua waktu dan dapat mencegah semua anggota dari perbuatan-perbuatan yang tidak disenangi.
*Warid:
sesuatu yang engkau harapkan dari Allah. Pemberian-pemberian Allah dalam hati hamba yang berupa keterangan hati ( termasuk kema’rifatan tentang Allah), nur cahaya (nur yang membuat dada lapang, dan nur yang membuat hati terang), kesenangan beribadah, taufik dan hidayahnya (pendapat salah satu ulama).


Sumber:
http://el-karanjiy.blogspot.com/2010/01/wirid-dan-warid.html
http://kinokatsu.wordpress.com/2010/03/11/doa-lembutkan-hati-anak/
http://www.youtube.com/
http://lifeofladyell.blogspot.com/2010/11/tangani-anak-nakal-melalui-doa.html


 Maaflh ye,bila satu n3 dh terpotong 2 ni,meleret pulak ekor die.Abes,kepala dh keluar dulu semalam..harini mengarang lebih sket la:)








Zikir Ya Latiff (Yang Melembutkan)

Thursday, November 04, 2010

Tangani Anak Nakal Melalui Doa


Salam ilmu.
Izin kan Ell nak berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa ni.Mudah2an kita dapat menggunakan ia kearah kebaikan.Insya'Allah.


Salinan kertas ni Ell dapat time open day kat sekolah marsha.Sebenarnya ayat2 ni dari marsha baby Ell dh jadikan amalan,tapi yelah..anak2 ni makin besar,makin besar juga kepalanya.
Tangani Anak Nakal Melalui Doa

Selamat Hari Jadi Sayang~





Hari ni 4hb Nov 2010,maka brtambahlalh lg tahun usia suamiku yg trcinta.
Seperti biasa sblm2 ni, disini ada sedikit ucapan buat suamiku yg trcinta.


Suamiku sayang..

Sejak dari awal perkenalan kita, dari dahulu hingga sekarang,
perasaan ku trhadapmu sedikit pun tak pernah berubah.

Kehidupan serta kegembiraan yg dibawa,
sentiasa membuatkan kita sekeluarga bahagia hingga kehari ini.

Dan sempena ulang tahun kelahiran mu bg kali ini sayang,
isterimu ini serta anak2 yg trcinta ingin mengucapkan..
"Selamat hari jadi yg ke 32"
Moga Allah melindungi kita semua
juga memberi masanya lagi utk kita menikmati selagi ada,
erti kehidupan indah ini bersama.


Selamat Hari Jadi Sayang~

Wednesday, November 03, 2010

Diet Programme~


Salam ceria..:)
Harap u'ols ceria lah ye.Ell rasa Ell tak berapa nak ceria kot...
Ell sebenarnya kan runsing dengan penambahan berat badan Ell sejak akhir2 ni.Ell rasa lagi berat dr time pregnant haritu Seriously,ngeri n terkejut sesapa tengok.Ell rasa dalam pantang hari tu ok je..masih nampak normal dan lepas 3 bulan lps bersalin terus meningkat secara mendadak tak reti nak turun2 lagi.tambah tension bila time raya aritu ramai yg menegur tentang shape Ell yg dh lari tune ni..Nampak gayanya Ell terpaksa lah amalkan diet yg pernah Ell buat dulu.Ell pun nak share dgn u'ols Kira ni macam cabaran diet la.ekk.Sesapa yg nak ikut,bleh lah sama2 kita ambik cabaran nak?pastu u'ols show u'ols punyer result kat dlm blog.yang penting jarum kat scale tu mesti tunjuk sebelum dan selepas sbg bukti.Jom kita buat nak..? Tapi tak de ganjaran lah yg Ell nak bg.Hasilnye u'ols yg rasa sendiri..
Oh ya,diet programme ni diberi oleh sorang dokter Ell lupa sape.Dari tv ke dr majalah pun tk ingat.Tapi lama dah lebih kurang 5thn yg dulu.Dulu Ell buat mmg berjaya la.Ell nak tengok keberkesanan nya sekarang.Ok,lets start!!

High Protien Diet

Sarapan
-Susu
-telur rebus/sosej(steam)
-air putih

Makan Tengahhari
-salad/
-sup sayur/
-yong taufo/
-sup fishballs
-air putih


Makan Malam
-sup sayur/
-ikan(bakar)/
ayam(bakar)/
-sup daging
-air putih

NO!!!!
1.Sugar (cake/carbonat drink/fruits)
2.Oily foods
3.Carbohidrat (rice/bread/mee/biscuits)
4.Ice/cold water


*Ok,diet atas ni untuk 14 hari sahaja,lepas tu dah boleh ambil karbohidrat.Tapi dengan cara betul.

Low Carbohidrat Diet

Sarapan
-Susu
-roti,oats,biskut
-air putih

Makan Tengahari
-Bubur ayam/
-sup fishballs
-ikan (steam,bakar)
-sup sayur/yongtaufu
-Apple/oren/jambu batu/betik
-air putih

Makan Malam
-setengah senduk nasi/saiz biasa 
-sayur2
-ikan/ayam(steam/bakar)
-sup daging/sup sayur
-Apple/oren/jambu batu/betik



Amacam,ada berani,?meh ambik cabaran ni.Bagi sesape yg nak kurus jelah.yg dah kurus tu watpe nak diet... ok,jumpa lagi bulan depan ye.Eh,maksud Ell n3 diet ni la..Esok lusa ada lagi Ell post n3 lain..:P

 Sebelum terlupa Ell ada jumpa klip ni kat youtube.Ell pun belum try lagi.katanya seriously can lose 20 pounds in a month.1kg sama dengan
2.20462262185 pounds.Lepas dikira dan dicongak,20 pounds tu sama dengan
9.071847400000001atau pun senang kira 10kg.Wow! sangat menerujakan!!
"DO this workout 3-to-5 times a week 1-to-2 times a day preferably in the morning (before breakfast) and again in the evening."



Meh2 kita diet...Aduih bersemangat habis nih.Harap terus berkobar semangat,konsisten dan disiplin sampai dpt shape yg memuaskan hati.Jom la u'ols..tahun baru, body baru..;)



Tips:tulis dn tampal diet programme ni kat fridge.Jadi setiap kali gi dapur mesti nmpak..






Diet Programme~

contest nama untuk anak wa~






syarat syarat:
1.lu buat entry 'NAMA UNTUK ANAK WA' dalam blog lu.

2.lu perlu lengkapkan tempat kosong ni dengan nama RAJA_____________________SHAH.

3.jadi follower wa.dan taruk gambar baby wa suka kat bawah sekali nih.

4.tarikh tutup : SAMPAI ANAK BUAH WA LAHIR TERUS TUTUP TARIKHNYE. 14hb 11 

5.post link entry lu sebagai komen dalam entry ini.

6.tag kawan lu sekurang kurang 3 orang.(pastikan mereka tahu lu tag dorang okeh..)


Hadiah yang bakal dimenangi:

juara

cincin silver 925.original punya.saiz ikut saiz pemenang.


naib juara

 botol susu,hamper dari annakku dan poney,stok susu selama setahun digantikan dengan tudung indon (macam ekin bini mawi pakai tuh bersaiz dan warna ikut suka rasa lu,kain dijamin selesa dan lembut)
@
selendang macam yuna.lu boleh pilih nak kaler apa.siapa menang nanti kita bincang lu nak yang macammana.sekali dengan post wa kasi hadiah.jika pemenang lelaki wa akan kasi topup rm20 
(boleh pilih hadiah tapi satu jer)

tempat ketiga

topup celcom,maxis atau digi selama sekali berharga rm10

ok,nama yg akak cadangkan utk lu adik,kat bawah ni.Nama anak2 akak tidaklah akak cadangkan yer..Susah tau nak carik nama.Yang bawah ni dulu tersenarai dlm list..tp laki akak tidaklah berkenan pulak.Lu ambik lah ni dik bubuh kat anak sedare lu..:)

>>>>>>RAJA IRDIYAN SHAH <<<<<<
>>>>>>RAJA EZAL ISWAN SHAH<<<<<<
>>>>>>RAJA ARSYIL RAHMAN SHAH<<<<<<

Setelah dikaji dan diselidik,gabungan hujung nama shah sangat sesuai nama tengah akhiran nya dgn huruf 'N' atau 'M'. Try arr lu org akhir dgn huruf lain,mcm tk berapa ngam arr...nasib le menang ke tidak..

Tag:








contest nama untuk anak wa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...